Monday, September 26, 2011

FORMULA BIJAK KOMSAS BAHASA MALAYSIA ( Tingkatan 1, 2 dan 3 )

Bahagian D : Novel

1. Guru memperkenalkan formula “BARNIAT” iaitu akronim bagi sabar, berani, dan taat.

2. Formula ini boleh digunakan untuk menjawab soalan berikut:
i. Nilai kemanusiaan
ii. Mesej dan Pengajaran
iii. Latar masyarakat
iv. Persoalan
v. Watak dan perwatakan

FORMULA BARNIAT
-SABAR
-BERANI
-TAAT

BARNIAT
Persoalan Sampingan
Watak & Perwatakan
Nilai Kemanusiaan
Mesej & Pengajaran
Latar Masyarakat

Contoh soalan.

NOVEL TINGKATAN 3 : EKSPEDISI

Huraikan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda kaji?

1. Nilai sabar menempuh pelbagai dugaan. Contohnya ialah
................................................................

2. Nilai berani menghadapi kesusahan hidup. Contohnya ialah
...............................................................

3. Nilai taat kepada orang tua. Contohnya ialah ....................................................


Contoh soalan.

NOVEL TINGKATAN 2 : Timulak Kapal Perang.

Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji?
1. Kita hendaklah sabar menempuh pelbagai dugaan hidup. Contohnya ialah
......................................................................

2. Kita haruslah berani menghadapi kesusahan hidup. Contohnya
ialah.................................................................

3. Kita hendaklah taat kepada orang tua/ibu bapa. Contohnya
ialah.................................................................


Contoh Jawapan Bahagian D

Novel yang saya kaji ialah Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh. Terdapat beberapa
persoalan yang dipaparkan dalam novel tersebut antaranya, persoalan kesabaran anggota
ekspedisi mendaki Gunung Itik. Hal ini dapat dibuktikan apabila Hadi dan anggota
ekspedisi lain sabar menempuh pelbagai dugaan seperti melalui kawasan yang batubatunya
berceracakan dan kawasan yang curam.

Selain itu, persoalan kedua yang terdapat dalam novel tersebut ialah keberanian Hadi
dan rakan-rakannya semasa menyertai ekspedisi. Keberanian Hadi dan rakan-rakannya
tergambar apabila mereka tidak menunjukkan rasa panik semasa mereka berhadapan
dengan situasi yang mencemaskan seperti bertembung dengan harimau semasa
pendakian mereka.

Akhir sekali persoalan taat kepada perintah Allah turut dipaparkan dalam novel ini. Hal
ini dapat dibuktikan apabila mereka tetap menunaikan solat walaupun berada di dalam
hutan. Pak Musa telah mengarahkan anggota ekspedisi berhenti daripada meneruskan
perjalanan untuk menunaikan solat.

http://adf.ly/1okqV

1 comment: