Sunday, September 11, 2011

Cara Membina Pendahuluan Rumusan Bahasa Malaysia

Terdapat 4 perkara yang perlu anda lakukan bagi membina pendahuluan rumusan anda:

i. Mulakan ayat dengan “Petikan membincangkan…”

ii. Salin semula kehendak pertama dalam soalan (punca kemasukan warganegara asing)

iii. Ganti istilah untuk soalan dalam ii (punca) dengan satu istilah lain yang sama erti
(misalnya alasan, faktor atau sebab)

iv. Akhiri ayat anda dengan satu frasa (idea sendiri) berdasarkan kandungan petikan. Misalnya “……. ke negara kita” atau “….. dari negara-negara jiran kita”.

Sekiranya anda mengabungkan kesemua 4 perkara di atas, anda akan memperoleh satu ayat pendahuluan yang lengkap seperti ini:

Petikan membincangkan + faktor kemasukan warganegara asing + ke negara kita.

Ayat Pendahuluan Lengkap

Petikan membincangkan faktor kemasukan warganegara asing ke negara kita.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment