Monday, August 08, 2011

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI JENIS LANGKAH

PENGENALAN
1. Isi merupakan inti sesebuah karangan.

2. Namun begitu isi yang tepat sahaja tidak bemakna sekiranya tidak dikembangkan dengan sempurna.

3. Isi yang dikembangkan dengan sempurna bermakna isi yang memperlihatkan urutan idea yang logik beserta hujah-hujah yang kukuh lagi bernas.

4. Oleh itu anda harus mengembangkan isi dengan teliti. Sebenanrya teknik pengembangan isi banyak bergantung kepada jenis isi itu sendiri. Dengan kata lain isi jenis langkah, punca dan kesan perlu dikembangkan dengan kaedah yang berbeza.

ISI JENIS LANGKAH

Isi jenis langkah merujuk kepada isi-isi berbentuk tindakan atau usaha yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau mencapai sesuatu matlamat. Sebenarnya terdapat pelbagai istilah yang boleh digunakan dalam tajuk karangan untuk menguji anda. Oleh itu anda seharusnya sedia maklum tentang kesemua istilah dan frasa yang membawa maksud “langkah”. Perhatikan istilah-istilah tersebut ......

Istilah yang memerlukan isi jenis LANGKAH
-Langkah
-Tanggungjawab
-Berikan cadangan
-Tindakan
-Usaha Cara
-Bagaimana
-Kaedah
-Peranan

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment