Wednesday, August 10, 2011

TEKNIK MENGEMBANGKAN ISI JENIS KESAN

PENGENALAN

1. Secara ringkas, kesan bermaksud akibat, hasil atau kesudahan.

2. Oleh itu, karangan jenis kesan merujuk kepada tajuk-tajuk karangan yang menghendaki anda memberikan akibat, hasil atau kesudahan yang menyusuli sesuatu perkara.

3. Selain daripada istilah kesan, terdapat pelbagai istilah dan frasa lain yang mungkin digunakan dalam tajuk-tajuk ini. Antaranya ialah :

Istilah / Frasa yang menghendaki isi jenis kesan
--Kesudahan
Kepentingan
-Faedah Natijah Masalah
-Manfaat
-Akibat
-Kebaikan

TEKNIK PENGEMBANGAN ISI

Apabila berhadapan dengan tajuk-tajuk yang menghendaki isi jenis kesan, pastikan isi anda benar-benar merupakan kesan, akibat atau hasil sesuatu kejadian. Selepas itu, kembangkan isi tersebut dengan teknik seperti berikut:

SATU PERENGGAN ISI
!
ISI ( KESAN )
!
ALASAN UNTUK ISI
!
*KESAN UNTUK ALASAN
!
**KESAN KESELURUHAN

* Fokus utama isi KESAN ialah KESAN UNTUK ALASAN. Oleh itu pastikan anda memberikan lebih banyak hujah untuk komponen ini berbanding dengn komponen-komponen lain.

** Pada bahagian KESAN KESELURUHAN anda hanya perlu mengukuhkan pernyataan atau masalah yang dinyatakan padatajuk. Anda juga boleh memberikan satu kesan yang sehabis baik atau buruk untuk isi tersebut.

Seterusnya perhatikan tajuk ini:

Penglibatan para pelajar dalam pelbagai kegiatan kongsi gelap atau kumpulan haram terus meningkat dari setahun ke setahun.

Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan terjadi sekiranya hal ini berterusan?
Salah satu isi yang sesuai dan tepat untuk tajuk ini ialah “Hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna”.

Seterusnya perhatikan bagaimana kita mengembangkan isi tersebut dengan menggunakan kaedah di atas:

ISI (KESAN) Hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna

ALASAN UNTUK ISI
- mereka akan terlalu sibuk dengan urusan kumpulan haram
- hilang tumpuan terhadap pelajaran

KESAN UNTUK ALASAN
- selalu ponteng
- tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar
- tidak dapat menyiapkan kerja rumah
- gagal dalam ujian/peperiksaan
- akhirnya tercicir

KESAN KESELURUHAN
- meninggalkan sekolah tanpa sijil/kelulusan
- masa depan menjadi gelap

Sekiranya anda membina ayat-ayat lengkap dengan menggunakan rangka di atas, anda pasti akan memperoleh satu perenggan isi yang mantap. Perhatikan contoh perenggan lengkap yang dikarang berdasarkan rangka tersebut:

Salah satu kesan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang melibatkan diri dengan kegiatan kumpulan haram ialah mereka akan hilang peluang untuk memperoleh pendidikan yang sempurna. Hal ini disebabkan mereka akan terlalu sibuk dan asyik
dengan urusan kumpulan mereka sehingga hilang tumpuan tehadap pelajaran. Peajar-pelajar ini juga akan sentiasa ponteng sekolah. Kesudahannya mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh para guru. Mereka juga tidak akan berminat
tehadap pengajaran guru dan tidak mampu menyiapkan pelbagai tugasan yang diamanahkan oleh guru. Kebanyakan pelajar ini akan gagal dalam segala ujian atau peperiksaan yang dijalankan. Ada juga dalam kalangan mereka yang akan meninggalkan dunia
persekolahan tanpa menamatkan pengajian. Pendek kata, pelajar-pelajar ini akan meninggalkan bangku sekolah tanpa sebarang kelulusan atau kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan hari ini. Akibatnya mereka akan menghadapi masalah
besar untuk mendapatkan pekerjaan dan hidup melarat.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment