Sunday, August 07, 2011

TEKNIK MEMBINA PENDAHULUAN

Tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar hari ini tidak meminati aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kita. Jelaskan mengapa hal ini terjadi.

Analisis Tajuk :

SKOP : Kokurikulum
ISU : Pelajar kurang berminat
KEHENDAK : Punca

Komposisi pendahuluan anda haruslah berbentuk seperti berikut:

SKOP = Kokurikulum
ISU = Pelajar kurang berminat
KEHENDAK = Punca

Seterusnya anda perlu mengembangkan idea di atas seperti berikut:

SKOP
Kokurikulum
- sebahagian daripada sistem pendidikan
- bagi mengimbangi bidang akademik
- bagi melahirkan generasi seimbang

ISU
Pelajar kurang berminat
- pelajar memandang ringan
- tidak memberi kerjasama
- memberi pelbagai alasan

KEHENDAK
Punca
- tidak harus dibiarkan
- harus kenal pasti punca pelajar berbuat demikian

Sekiranya anda mengarang dengan menggunakan rangka di atas, anda seharusnya memperoleh sebuah perenggan seperti berikut:

Aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di negara kita. Aktiviti-aktiviti ini diperkenalkan sebagai usaha untuk mengimbangi penekanan terhadap bidang akademik yang sememangnya menjadi fokus utama di sekolahsekolah hari ini. Kerajaan juga berharap aktiviti-aktiviti ini akan melahirkan satu generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Namun begitu, sayang sekali, sebahagian besar pelajar jelas tidak meminati dan memandang remeh akan bidang tersebut. Mereka juga memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada menyertai sebarang aktiviti kokurikulum. Sudaha tentu hal tersebut tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Masanya sudah tiba untuk pihak kerajaan dan sekolah
mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan para pelajar berbuat demikian agar keadaan tersebut boleh dibetulkan.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment