Wednesday, August 10, 2011

TEKNIK MEMBINA AYAT / MENGARANG

PENGENALAN

1. Karangan merupakan satu gubahan fikiran seseorang individu berdasarkan satu topik yang telah ditetapkan.

2. Keindahan dan keberkesanan sesebuah karangan bergantung kepada TIGA faktor iaitu:

Kekuatan Karangan
-Isi
-Bahasa
-Huraian

3. ISI karangan haruslah tepat, logik dan bersesuaian dengan kehendak soalan.

4. Sementara itu HURAIAN pula haruslah bernas dan menggambarkan kematangan calon dalam berhujah secara logik. Anda tidak seharusnya menghadapi sebarang masalah dengan huraian sekiranya anda berpegang kepada kaedah pengembangan isi yang telah ditunjukkan dalam pelajaran-pelajaran sebelum ini.

5. Namun begitu, tidak kira betapa tepat sekalipun isi anda dan betapa mantap sekalipun hujah-hujah huraian anda, namun karangan tersebut tidak akan bermakna sekiranya tidak disampaikan dengan BAHASA menarik.

6. Bahasa yang menarik merujuk kepada kemampuan pelajar membina ayat-ayat yang gramatis, menepati hukum tatabahasa dan menggunakan pilihan kata yang tepat dan menarik. Selain itu anda juga seharusnya memastikan terdapat PERTAUTAN yang logik
daripada satu ayat kepada ayat yang lain semasa anda menyampaikan sesuatu hujah.

7. PERTAUTAN YANG MENARIK akan hanya terhasil sekiranya anda menggunakan penanda
wacana atau frasa/kata permulaan ayat yang sesuai pada permulaan setiap ayat.

CONTOH BINAAN AYAT
Perhatikan tajuk dibawah dengan teliti.
Kerajaan dan pelbagai agensi bukan kerajaan sedang cuba sedaya-upaya untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan remaja kita. Bincangkan kepentingan amalan membaca bagi generasi pelajar.

Salah satu isi yang tepat untuk tajuk ini ialah “Meningkatkan pengetahuan am”
Daripada pelajaran yang lalu anda telah melihat kaedah pengembangan isi ini:

ISI ( KESAN )
Meningkatkan pengetahuan am

ALASAN UNTUK ISI
- pengetahuan umum dalam buku-buku teks terbatas
- sistem pendidikan lebih menekankan kemahiran dan bukannya pengetahuan am

KESAN UNTUK ALASAN
- pengetahuan am penting bagi membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka
- boleh memahami kejadian di seluruh dunia
- boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain di seluruh dunia
- maklumat-maklumat ini akan membantu mereka menghadapi/menyelesaikan pelbagai krisis hidup
- membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza

KESAN KESELURUHAN
- menjadi manusia yang berfikiran matang dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan

Seterusnya perhatikan bagaimana kita harus menerapkan penanda wacana atau frasa/kata permulaan ayat dalam rangka ini.

Salah satu kepentingan
- Meningkatkan pengetahuan am

Sebenarnya
- pengetahuan umum dalam buku-buku teks terbatas Hal ini disebabkan
- sistem pendidikan lebih menekankan kemahiran dan bukannya pengetahuan am

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sesungguhnya
- pengetahuan am penting bagi membolehkan pelajar memahami persekitaran mereka

Selain itu
- boleh memahami kejadian di seluruh dunia

Di samping itu
- boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain di seluruh dunia

Bukan itu sahaja
- maklumat-maklumat ini akan membantu mereka menghadapi/menyelesaikan pelbagai krisis hidup

Secara keseluruhannya
- membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran berbeza

Pendek kata
- menjadi manusia yang berfikiran matang dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan

Sekiranya anda mengarang dengan menggunakan kata dan frasa tersebut, anda akan memperoleh satu perenggan isi yang mantap, logik dan kemas. Perhatikan perenggan yang terhasil melalui proses ini:

Salah satu kepentingan tabiat membaca ialah amalan ini dapat meningkatkan pengetahuan am para pelajar. Sebenarnya pengetahuan umum yang terkandung di dalam buku-buku teks adalah terbatas Hal ini disebabkan sistem pendidikan kita lebih menekankan aspek kemahiran dan bukannya pengetahuan am. Sesungguhnya pengetahuan am penting bagi membolehkan para pelajar memahami persekitaran mereka dengan lebih sempurna. Selain itu, minat membaca juga akan membantu mereka memahami kejadian di seluruh dunia Di samping itu mereka juga boleh memahami pemikiran, fahaman dan budaya kaum-kaum lain yang terdapat di dunia ini. Bukan itu sahaja, maklumat-maklumat yang diperoleh melalui pembacaan yang meluas ini akan membantu mereka menghadapi dan menyelesaikan pelbagai krisis hidup mereka. Secara keseluruhannya segala pengetahuan am ini akan membantu mereka menyesuaikan diri dalam dalam sebarang persekitaran yang berbeza Pendek kata, tabiat membaca akan membantu anak-anak muda hari ini menjadi manusia yang berfikiran
matang dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran masa depan.

Oleh itu anda perlu menguasai penanda wacana dan juga frasa-frasa yang sesuai digunakan bagi memulakan sesuatu ayat. Sebagai usaha permulaan, perhatikan dengan teliti semua frasa yang digunakan dalam bahan-bahan bacaan (seperti majalah dan surat
khabar). Gariskan penanda wacana atau frasa permulaan ayat itu dan catatkan secara berasingan. Pastikan anda tahu maksud dan,cara menggunakannya. Lama-kelamaan anda akan mempunyai satu senarai penanda wacana dan frasa permulaan ayat yang mantap. Sekadar contoh di sini diberikan beberapa penanda wacana dan frasa-frasa permulaan ayat yang amat berguna bagi karangan,anda. Perhatikan senarai ini dengan teliti dan seterusnya mulakan usaha menambah senarai tersebut.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment