Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

1 Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek serta memberi sumbangan kepada peningkatan dalam bidang lain.

a Nyatakan matlamat pendidikan dalam negara kota Yunani berikut:

i Athens
Jawapan
Melahirkan insan yang seimbang pencapaiannya dari segi rohani dan jasmani

ii Sparta

Jawapan
Melahirkan warganegara tentera yang gagah dan setia kepada negara kota

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

b Nyatakan dua aspek yang diberi penekanan oleh pemerintah Rom dalam bidang pendidikan.

Jawapan
i Ilmu yang praktikal untuk membina kemudahan awamyang bermanfaat kepada rakyat Rom
ii Mementingkan semangat setia kepada Rom

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

c Apakah ilmu yang perlu dikuasai oleh bakal Brahmin dalam sistem pendidikan dalam tamadun India?

Jawapan
i. Menghafal kitab Veda dan buku agama yang mengandungi peraturan ritual, mentera, dan
lagu-lagu agama.
ii. Mempelajari karya saintifik dan falsafah

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

d Senaraikan tiga ciri sistem peperiksaan awam yang dijalankan dalam tamadun China.

i Peniru dalam peperiksaan akan dihukum mati
ii Pemeriksaan akan dikurung sebelum tiba tarikh peperiksaan
iii Calon akan dikurung dalam bilik khas selama tiga hari untuk menulis jawapan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

e Dalam konteks masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa, pendidikan menjadi faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum. Nyatakan dasar pendidikan yang sesuai diamalkan untuk mengekalkan perpaduan kaum.

i. Sistem persekolahan dan peperiksaan yang sama bagi semua penduduk
ii.Kurikulum yang bercorak kebangsaan, iaitu berciri Malaysia


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment