Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

• Madana
• Civitas
• Madain

1 Apakah persamaan perkataan dalam senarai di atas

A Pengertian bandar (/)
B Petempatan awal
C Maksud tamadun
D Negara kota terawal

2 Mengapakah Raja-raja Dinasti Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik

A Mendapat mandat
B Ramalan tukang nujum
C Berketurunan pemerintah agama (/)
D Selaras dengan konsep Shang T

3 Kedatangan orang Aryan ke Lembah Indus telah membawa satu budaya dan tahap baru dan dikenali sebagai Zaman Vedik.Mengapakah zaman ini dikenali sebagai zaman Vedik ?

A Kelahiran Raja Veda
B Kemunculan Sami Veda
C Kelahiran kitab-kitab Veda (/)
D Kemenangan orang-orang Viking

4 Antara berikut manakah yang telah dilakukan oleh Shih Huang Ti semasa pemerintahannya?

I Memusnahkan buku-buku yang mengandungi ajaran Confucius
II Menjalankan pemerintahan berdasarkan falsafah Legalisme
III Menghapuskan sistem kasta
IV Menjalankan pemerintahan secara demokrasi

A I dan II (/)
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

5 Pompei merupakan bandar terpenting di bawah pemerintahan Rom yang mempunyai pelbagai kemudahan. Di antara kemudahan yang terdapat di situ ialah

I Pejabat
II Mahkamah
III Pejabat pos
IV colloseum

A I, II dan III
B I, II dan IV (/)
C I,III dan IV
D II, III dan IV

• Borobudur
• Angkor Wat

6 Apakah tujuan pembinaan candi di atas?

I Tempat beribadat
II Tempat menyimpan dokumen
III Melambangkan orde kosmos
IV Melambangkan keagungan seseorang pemerintah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV (/)
D II, III dan IV

7 Mengapakah rakyat kerajaan awal di Asia Tenggara takut untuk menderhaka kepada raja?

I Raja dianggap sebagai bayangan Tuhan
II Raja memiliki kesaktian
III Raja terdiri daripada keturunan dewa-dewi
IV Raja dapat memberikan kebahagiaan

A I dan II (/)
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8 Sebagai Rasulullah, bagaimanakah Nabi Muhammad SAW membetulkan akidah masyarakat Arab Jahiliah?

A Menghapuskan amalan animisme
B Menanamkan keimanan kepada Allah S.W.T (/)
C Menggalakkan mereka membaca kitab agama
D Meyakinkan mereka tentang kedudukan baginda sebagai Rasulullah

9 Mengapakah golongan hamba tertarik untuk memeluk Islam?

A Taraf yang sama (/)
B Pembahagian zakat harta yang adil
C Pengagihan harta rampasan
D Jaminan keselamatan keluarga

10 Apakah sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz pada zaman pemerintahannya?

A Membina hospital pertama di Damsyik
B Menubuhkan pusat pusat pengajaran di Andalusia
C Mendirikan hospital penyakit kusta
D Mengasaskan perpustakaan Cordova (/)

11 Antara berikut, manakah syarat Perjanjian Hudaibiyah yang tidak dipatuhi oleh kaum Quraisy?

A Gencatan senjata selama 10 tahun (/)
B Kabilah Arab bebas memihak kepada sesiapa sahaja
C Memulangkan orang Quraisy yang memihak kepada Madinah
D Tidak memulangkan orang Islam yang berpihak kepada mereka

12 Bagaimanakah bidang pertanian mencapai kemajuan semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia?

A Penggunaan baja menyuburkan tanah
B Penerokaan kawasan hutan untuk pertanian
C Penciptaan jentera moden dalam pembajakan
D Penyelidikan dalam menghasilkan benih berkualiti (/)

13 Antara berikut, fasal yang tidak terkandung dalam Hukum Kanun Melaka ialah

A Tanggungjawab sultan
B Hukum jenayah
C Undang-undang keluarga
D peraturan laut (/)

• Kerajaan Mindanao
• Kerajaan Sulu

14 Bagaimanakah kedua-dua buah kerajaan di Filipina di atas menerima Islam?

A Pendakwahan (/)
B Perdagangan
C Penaklukan
D Perkahwinan

15 Mengapakah orang Eropah terpaksa mencari jalan alternatif untuk ke Timur?

A Galakan daripada Putera Henry
B Semangat inkuiri yang kuat
C Mencari jalan mudah ke Timur
D Penguasaan jalan perdagangan oleh orang Islam (/)

16 “ Kemunculan Renaissance berkait dengan Humanisme” Apakah kesan daripada kemunculan tersebut?

A Manusia dapat berdagang tanpa sempadan
B Ketenteraan dan pertahanan Eropah semakin kuat
C Golongan raja dan pembesar hilang kuasanya
D Manusia dapat berfikir tanpa sekatan agama (/)

17 Apakah kesan pengenalan tarif terhadap Negara Britain?

A Penerokaan hasil bumi secara meluas di tanah jajahannya
B Pengenalan sistem mata wang kepada tanah jajahannya
C Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika (/)
D Britain menggerakkan Revolusi perindustrian secara besar-besaran

Portugal dan Sepanyol menandatangani perjanjiannTordesillas pada 1494

18 Apakah implikasi perjanjian di atas terhadap kedua-dua kuasa tersebut?

A Keruntuhan Monarki Baru
B Kerjasama politik dipereratkan
C Pembahagian kawasan pengaruh (/)
D Perbezaan mazhab agama ditamatkan

19 Pada pengetahuan sejarah anda, kenapakah British membawa masuk buruh dari China secara beramai-ramai pada kurun ke-19?

A Menjayakan perusahaan getah
B Mengusahakan lombong bijih timah (/)
C Menjalankan kegiatan perdagangan
D Membina jalan raya dan landasan kerata api

20 Apakah tujuan utama penubuhan hospital Tung Shin di Kuala Lumpur?

A Mengawal wabak penyakit
B Membantu klinik luar bandar (/)
C Memberi khidmat khas kepada pelombong
D Membuat penyelidikan tentang penyakit berjangkit

21 • Sistem Tanaman Paksa di Indonesia
• Sistem Polo di Filipina

Apakah persamaan dasar ekonomi di atas yang diperkenalkan oleh penjajah Barat?

A Meningkatkan taraf sosial
B Menambah jumlah eksport
C Membasmi kemiskinan
D Menindas penduduk pribumi (/)

• Hluttaw, Wun, Myothugyi, Athi

22 Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

A Thailad
B Vietnam
C Filipina
D Burma (/)

23 Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

A Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran
B Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan
C Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan
D Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia (/)

24 Perjuangan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) termasuklah

I Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura
II Menjadi wakil orang Melayu dalam pentadbiran British
III Mendapatkan petempatan untuk orang Melayu di Singapura
IV Memperjuangkan pemerintahan sendiri untuk kerajaan Singapura

A I,II dan III (/)
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

25 Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan itu dilakukan?

A Pengenalan pendidikan sekular
B Pengenalan peraturan tanah (/)
C Perlucutan jawatan pembesar
D Pembunuhan penduduk tempatan

27 Mengapakah Count Camillo di Cavour menyanjung amalan realpolitik?

A Kestabilann politik terjamin
B Kejayaan menyatukan Itali (/)
C Kerjasama dengan negara jiran
D Kemakmuran ekonomi negara

28 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah buktinya

A Pemerintah raja berkuasa mutlak
B Perlembagaan bertulis yang lengkap (/)
C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
D Persamaan dengan Hukum Kanun Melaka

Negeri Sembilan mengamalkan Sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih

29 Dalam sistem pemerintahan Adat Perpatih kedaulatan negara ditentukan oleh

A Rakyat (/)
B Ketua Suku
C Pembesar daerah
D Yang Dipertuan Besar

Malayan Union ------> Negeri jajahan British

30 Berdasarkan maklumat di atas, pentadbiran Malayan Union tertakluk kepada

A Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
B Parlimen British di London (/)
C Pejabat Tanah Jajahan di London
D Pejabat Luar British

31 Megapakah orang Melayu menentang Malayan Union?

I Sultan dan raja Melayu menerima ugutan dari Sir Harold MacMichael
II Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berbincang
III Sultan menandatangani perjanjian atas dasar setia kawan
IV Sultan menganggap Malayan Union melambatkan usaha kemerdekaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV (/)

Barisan Sosialis -------> Gagasan Malaysia di Singapura

32 Pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada Barisan Sosialis di Singapura. Mengapakah penentangan ini berlaku?

A Menganggap satu bentuk penjajahan baru (/)
B Tiada keyakinan terhadap Tunku Abdul Rahman
C Bimbang pengaruh komunis disekat
D Ingin memerdekakan diri sendiri dahulu

33 Mengapakah Perlembagaan Malaysia bersifat luhur

A Perlembagaan melarang perkara sensitif dipersoalkan
B Ahli parlimen berkuasa meminda perlembagaan negara
C Kerajaan negeri berhak mempunyai perlembagaan sendiri
D Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan (/)

34 Maklumat berikut adalah syarat-syaratnya
• Berusia 21 tahun
• Sempurna akal
• Tidak muflis

A Menjadi calon pilihan raya (/)
B Mengundikan dalam pilihan raya
C Memohon taraf kewarganegaraan
D Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam

35 Apakah sistem persekolahan yang dilaksanakan selepas kajian berikut di buat

Kajian Aminuddin Baki ---------> Menampung pelajar yang gagal
memasuki sekolah menengah akademik

A Dua bahasa pengantar
B Pendidikan percuma
C Sekolah vernakular
D Aneka jurusan (/)

36 Mengapakah program pembangunan in-situ diperkenalkan?

A Melarang pembangunan industri
B Memudahkan operasi sektor swasta
C Meningkatkan pendapatan sektor pertanian
D Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah (/)

37 Bagaimanakah dasar berikut dilaksanakan?

• Dasar Hala Tuju Cara Baru

I Mendirikan pusat latihan kemahiran
II Mengelompokkan kampung-kampung
III Melaksanakan program usahawan desa
IV Membuka tanah pertanian besar-besaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III (/)
D III dan IV

38 Mengapakah pertubuhan ASA dibubarkan pada tahun 1967?

A Ancaman komunis
B Penubuhan Malaysia (/)
C Campurtangan asing
D Konfrontasi Indonesia

39 Apakah elemen penting yang terdapat dalam LaporannPenyata Razak 1956?

I Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
II Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
III Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
IV Membina lebih banyak pusat latihan perguruan

A I dan II (/)
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

40 Mengapakah cukai yang rendah terhadap eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain terhakis?

A Malaysia menarik diri dari Komanwel
B Bitain menganggotai Kesatuan Eropah (/)
C Malaysia mengamalkan pedagangan bebas
D Britain membuka pertubuhan Komanwel

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN

afterschool.my
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment