Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan dan kekangannya kepada anak-anak.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan melalui kerjasama dengan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai, ibarat kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan malah kejayaan atlet negara dalam bidang sukan akan menjunjung nama Malaysia seantero dunia.

Ibu bapa boleh dianggap jurulatih kedua kepada anak-anak mereka. Mereka boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai, sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contoh ibu bapa perlu membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut, dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi anak-anak mereka seperti raket badmintan, squash, dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan serta mereka mampu melakar kemenangan malah mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri, dan negara.

Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu anak-anak yang berbakat dalam bidang sukan tertentu boleh melibatkan diri dalam sukan atau permainan yang mereka minati melalui saluran yang betul. Dengan cara inilah maka bakat mereka boleh digilap dan penyertaan mereka akan menjadi perhatian pihak berkenaan untuk ditingkatkan kepada tahap profesional. Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara ini, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut.
Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan. Seterusnya mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi.

Dalam usaha menanam minat yang lebih dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Impaknya, anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan
tersebut dan berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut malah, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam
majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Tuntasnya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingankan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak
ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak dilahirkan dengan kecergasan dan minat yang berbeza. Kita mahu
agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam pelbagai bidang. Perkara ini akan menjadi realiti jika perpatah, genggam bara api biar sampai jadi arang sentiasa menjadi amalan dalam diri orang yang ingin akan kejayaan.

Dipetik daripada Fokus Karangan SPM 2010
sumber daripada Cikgu Mohd Khir Kassim

Soalan 2 (a) Petikan Umum
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti yang terdapat dalam petikan? [2 markah]

JAWAPAN
i. Maksudkan melakar kemenangan ialah mengukir kejayaan
(maksud berdasarkan petikan bukan sinonim daripada kamus- 2 markah)

ii. Kemukakan beberapa langkah untuk menarik perhatian anak-anak agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan. [4 markah]

JAWAPAN
ii. Beberapa langkah yang perlu di laksanakan pada peringkat sekolah bagi menarik perhatian pelajar-pelajar agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan ialah menyediakan guru khas
sukan/permainan agar pelajar didedahkan dengan peraturan permainan/sukan yang betul/menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalani latihan/memberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan agar mereka rasa dihargai/ menyediakan kelas-kelas
tambahan/tution sekiranya mereka ketinggalan dalam akademik/menyediakan peralatan sukan yang bermutu tinggi. (idea daripada calon sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan – maksimum 4 isi)

iii. Nyatakan manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan. [3 markah]

JAWAPAN
iii. Manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut/berusaha untuk menceburi bidang tersebut dengan lebih serius/mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut/kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat/motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. (Jawapan dari dalam petikan – maksimum 3 isi)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

JAWAPAN RUMUSAN

Pendahuluan
Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas (mengikut tema petikan bukan sinonim kepada perkataan) ibu bapa dalam mengalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.

Isi tersurat
(ambil seperti yang terdapat dalam petikan. Tidak perlu edit atau ubah ayat agar maksud ayat tidak berubah. Peranan ibu bapa sahaja))

1. ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral
2. mereka/ibu bapa boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk
anak-anak mereka.
3. ibu bapa juga boleh mengalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif.
4. ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum (seperti sukan dan permainan)
5. ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi.
6. ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan.
7. mereka/ibu bapa juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.
8. ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka.
9. ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik sematamata/
mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka.

Isi tersirat (perlukan idea daripada calon sendiri, jangan ambil/cedok daripada petikan) kekangannya kepada anak-anak (kekangan/halangan yang dihadapi oleh anak-anak sahaja)

1. anak-anak/pelajar dibebani kerja rumah
2. anak-anak tidak mendapat galakkan daripada ibu bapa/minat anak-anak dalam bidang sukan ditentang oleh ibu bapa
3. anak-anak lebih berminat bermain peralatan elektronik(play station/game/telefon bimbit)
4. anak-anak tidak mampu membeli peralatan sukan sendiri

Kesimpulan
(perlu ada cadangan - kesimpulannya dan harapan - agar)

Kesimpulannya, Ibu bapa perlulah menyokong minat anak-anak dalam bidang sukan agar mutu sukan negara cemerlang / pencapaian anak-anak dalam bidang sukan cemerlang.

*pastikan bilangan perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan kerana isi selepas 120 patah perkataan tidak akan disema

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment