Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kedua-dua adik-beradik itu sangat bernas dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

(ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung oleh para-para pekerja itu

(iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur ke seluruh dunia.

Jawapan
Ada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa sahaja
Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Catat perkataan yang salah dan jawapan yang betul sahaja.

(i) Kedua-dua adik-beradik (Kedua-dua beradik) itu sangat bernas (cerdik/pandai/cerdas) dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

(ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung (dipikul) oleh para-para pekerja (para pekerja) itu.

(iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi (memperluas/perluaskan lagi/memperluaskan)
perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur (terkenal) di seluruh dunia.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment