Dalam ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan atau imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
(i) Ibubapa sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan bersendirian.
(ii) Keretapi itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat.
(iii) Dia memperolehi pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji lima orang pekerja. [6 markah]
Jawapan
Ada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan sahaja. Tulis perkataan yang salah
dan perkataan yang telah dibetulkan sahaja.
(i) Ibubapa – (ibu bapa) sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan (berjalan) bersendirian.
(ii) Keretapi (kereta api) itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat (tempatan)
(iii) Dia memperolehi (memperoleh) pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji (menggaji) lima orang pekerja.
http://adf.ly/1okqV
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment