Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(b) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan sujek dan predikat ayat berkenaan.

(i) Seorang pelajar telah memenangi hadiah itu.

(ii) Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita.

(iii) Kebanyakan calon tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat.

(iv) Setengah-setengah rumah itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

(v) Ibu bapa dan kalangan pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi.

(vi) Setiap tuntutan dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab. [6 marka]

Jawapan
(i) Seorang pelajar (S) telah memenangi hadiah itu (P)

(ii) Penyalahgunaan dadah (S)dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita(P)

(iii) Kebanyakan calon (S)tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat (P)

(iv) Setengah-setengah rumah (S)itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi (P)

(v) Ibu bapa dan kalangan pendidik (S) perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi (P)

(vi) Setiap tuntutan (S) dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab (P)

afterschool.my
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment