Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat daripada setiap penggandaan berentak di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

i. Tunggang-langgang
ii. Gegap-gempita
iii. Kacau-bilau
iv. Kusut-masai
v. Lintang-pukang
vi. Haru-biru [6 markah]

Panduan menjawab soalan
(a) Bina satu ayat sahaja dan perkataan yang diuji mesti ada dalam ayat. Boleh bina ayat aktif/ayat pasif/ayat cakap ajuk yang menunjukkan maksud perkataan atau ayat perbualan yang lengkap dengan tanda bacaan.

i. Tunggang-langgang -berlari pontang-panting/keadaan tempat (bilik)yang tidak kemas

ii. gegap-gempita -keadaan riuh-rendah

iii. Kacau-bilau -keadaan yang sangat kacau/tidak tenteram

iv. Kusut-masai -kedudukan perkara yang sangat bercelaru/fikiran yang tidak tenteram/keadaan diri yang tidak kemas

v. Lintang-pukang -bergerak bertempiaran

vi. hiru-biru -keadaan yang bising/kekacauan atau berlaku rusuhan

afterschool.my
ttp://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment