Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 (NOVEL)

SOALAN
(a) Nyatakan nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang anda kaji dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. [7 markah ]

JAWAPAN
(a) Nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang dikaji ialah (Papa...) nilai bertanggungjawab / nilai belas kasihan/ nilai kasih sayang / nilai hormat-menghormati

(Interlok – nilai kegigihan – Kim Lock sekeluarga gigih menempuhi kehidupan semasa berhijrah dari tempat asal mereka ke Tanah Melayu dan berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barang hasil daripada kegigihan mereka. Nilai cinta akan
tanah air – Seman/Kim Lock dan Maniam sama-sama memerangi komunis melalui kerjasama dengan unit keselamatan. Nilai bekerjasama Pak Musa membantu Maniam semasa Maniam dipukul semasa keluar dari Cangkat Lima -

(pilih sama ada novel yang dipelajari semasa di tingkatan empat atau lima. Beri kekurang-kurangnya dua isi beserta contoh – 4 markah untuk isi dan 3 markah bahasa =7 markah)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SOALAN
(b) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji. [8 markah]

JAWAPAN
(b) Dua latar masyarakat yang terdapat dalam Papa.. ialah masyarakat bandar yang terdiri daripada golongan elit dan berpendidikan tinggi/masyarakat yang mementingkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan/masyarakat yang mengutamakan pendidikan/masyarakat yang prihatin(4 markah ) manakala dua latar masyarakat dalam Interlok ialah masyarakat majmuk/masyarakat yang suka berhutang/masyarakat
yang gigih bekerja/masyarakat yang suka menolong/masyarakat yang mengenang jasa/masyarakat mempercayai akan khabar angin/masyarakat komunis yang zalim –
(4 markah)

Perlu disokong dengan contoh yang sesuai. Sekiranya calon menyatakan latar
daripada satu novel sahaja calon hanya akan mendapat markah maksimum 4 sahaja)

afterschool.my
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment