Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KOMSAS

Soalan 2 (d) Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena
Bangkitlah
Matahari sudah tinggi
Di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini
Burung-burung berterbangan di udara
Dan pepohon hijau merendang daunnya
Apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
Jangan sesal nanti
Madu bumi yang kekeringan
Isi laut kekosongan

Anak-anak
Esok apa yang akan kaumakan?
Tanah atau batu atau debu?
Kau mahu terus nangis
Tanpa air mata?

Kalau tidak
Bangkitlah
Dan perut belantara menjadi ladang
Matahari belum lagi rembang
Dan burung-burung belum lagi
menjamah awan!

Rejab F.I,
dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku DBP

Soalan
i. Berdasarkan rangkap ketiga, mengapakah penyajak menyeru agar anak bangsanya agar bangkit? [2 markah]

Jawapan
i. Berdasarkan rangkap ketiga, penyajak menyeru anak bangsanya agar bangkit daripada lena/lalai supaya mereka tidak menyesal melihat hasil bumi berkurangan disebabkan pembangunan - (2 markah)

ii. Cadangkan beberapa usaha yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan-rakan anda yang hanyut dibuai kemajuan teknologi. [3 markah]

Jawapan
ii. Beberapa usaha yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan-rakan yang hanyut dibuai kemajuan teknologi ialah menasihati mereka agar sedar bahawa anak-anak Malaysia perlu berjuang sekiranya tidak mahu negara ketinggalan/bersama-sama menggunakan kemudahan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri atau negara/menggalakkan mereka mengceburi aktiviti riadah/sukan/kebajikan (perlu idea sendiri – maksimum 3 isi)

iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

Jawapan
iii. Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas ialah kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka/kita perlu merebut peluang yang ada di depan mata sekiranya ingin berjaya/kita perlu bersaing dengan bangsa lain sekiranya ingin maju/kita jangan
leka kerana kelekaan akan menyebabkan kita ketinggalan.
(perlu ada huraian ringkas– maksimum 3 isi)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment