Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KOMSAS

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengakuakan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam
dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelahmenyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu dalam Antologi Harga Remaja DBP)


(i) Mengapakah Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga. [3 markah]

Jawapan
(i) Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga kerana hanya mereka berdua yang hidup, nenek dan ibu bapa mereka telah terbunuh, sekiranya mereka terus tinggal di situ mereka tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan mereka perlu mencari tempat tinggal yang lebih baik. (maksimum 3 isi)

(jawapan ada dalam petikan namun, calon perlu ubah kepada ayat moden - betapa bicara
kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah
hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana)


(ii) Sekiranya anda Merah Hasum, setujukan anda dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga. Berikan alasan anda. [3 markah]

Jawapan
(ii) Sekiranya saya Merah Hasum, saya akan setuju dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga kerana Semerlanga sudah tidak selamat didiami/saya dan Merah Silu mungkin dibunuh oleh musuh/sudah tiada sumber untuk membangunkan kerajaan Semerlanga/keluarga telah tiada/membawa kenangan yang amat menyedihkan/perlu meneruskan
hidup dan panjangkan zuriat. Saya tidak akan setuju kerana saya dan Merah Silu perlu meneraju semula kerajaan Semerlanga yang kematian raja/saya dan Merah Silu sahaja zuriat raja yang tinggal/mesti berani mengalahkan musuh yang membunuh keluarga saya/masih ada pengikut yang berjanji akan taat setia
(Boleh pilih sama ada setuju atau tidak – maksimum 3 isi)


(iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita. [3 markah]

Jawapan
(ii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah nilai taat setia contohnya rakyat yang mengaku akan taat setia kepada Merah Silu dan Merah Hasum/nilai kecekalan/keyakinan, Merah Silu dan Merah Hasum berani menghadapi cabaran untuk berhijrah bagi memulakan kehidupan baru/nilai kesepakatan, Merah Silu dan Merah Hasum bersepakat untuk berhijrah (pilih satu nilai dengan satu contoh yang ada dalam petikan sahaja) dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita ialah nilai murah hati/
nilai menghormati tetamu/nilai berdikari/nilai keberanian (pilih dua nilai beserta dua contoh dan tidak boleh diambil daripada petikan – maksimum dua isi daripada keseluruhan petikan)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment