Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KOMSAS

Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Dialah yang mengetuai kami berpindah. Dialah yang mengusung Jarah. Dia jugalah yang mengumpulkan kami ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dia tertinggal dalam saat akhir apabila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak ada
seorang pun antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang, dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain Mak Bidah, isterinya juga tidak
sedar. Sekarang Mak Bidah mula meraung. Ketiadaan Pak Husain, pahlawan kami menjadi suatu kumpulan fikiran kami bersamasama. Sebagai lazimnya dalam saat-saat yang menekan maut di mana-mana, kehilangan itu terpaksa ditelan. Tiap-tiap kami hanya mendoakan dalam hati.

Kami berkumpul di Dal.
Ketika matahari benar-benar mencerahkan seluruh penglihatan kami, mata kami dan pendengaran kami dengan segera tertumpupada dengungan kapal terbang. Ya, kapal terbang! Kami tidak mendengar sebelum menjelang jam tujuh pagi. Kapal-kapal terbang
yang bertanda bulat matahari menggegarkan suasana pagi jam sembilan. Kelajuannya yang seperti lang sewang telah menyemburkan rentetan peluru dan bom.

Nyata kepada kami bahawa benteng Kuala Pak Amat sudah jatuh. Secara automatik, aku melihat wajah Pak Husain yang
berkecai-kecai dalam batinku. Bagaimana benteng di Dasar dan Sabak? Aku tidak tahu.

Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung
oleh Othman Kelantan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku

i. Apakah punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh. [2 markah]

Jawapan
i. Punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh ialah serangan kapal terbang / bom yang digugurkan daripada kapal terbang tentera Jepun
(Jawapan dari dalam petikan namun perlu diolah supaya jawapan lebih jelas - 2 markah)


ii. Cadangkan beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk menyertai Program Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. [4 markah]

Jawapan
ii. Beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah paparkan kesengsaran rakyat
menanggung derita akibat peperangan/ keganasan semasa penjajahan Jepun/Inggeris. Jadikan prasyarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau untuk mendapatkan pekerjaan. Adakan kempen penyertaan beramai-ramai dengan menawarkan ganjaran
seperti peluang untuk mendapatkan biasiswa. Mewajibkan semua belia yang telah menamatkan persekolah agar menyertai PLKN.
(Jawapan daripada idea sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan – maksimun 4 isi)


iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan, dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]

Jawapan
iii. Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemusnahan akibat penjajahan contoh benteng Kuala Pak Amat telah musnah akibat dibom @ tabah meneruskan perjuangan walaupun tanpa pemimpin contohnya penduduk Kuala Pak Amat terpaksa meneruskan perjuangan mereka menyelamatkan diri walaupun tanpa Pak Husin yang selama ini dianggap pejuang mereka.

(Pilih satu isi beserta contoh yang terdapat dalam petikan sahaja)
Dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah keberanian dan
kecekalan dalam menentang musuh/kerjasama antara anggota masyarakat dalam
menghadapi kesukaran/mengenang jasa tokoh yang telah berjasa/membina semula
kehidupan selepas kesengsaraan hidup/hormat kepada warga tua

(Kemukakan dua isi beserta contoh yang bukan terdapat dalam petikan tetapi dalam
cerpen- maksimum 2 isi)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment