Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KARANGAN UMUM

4. Keganasan dan tunjuk perasaan yang menyebabkan kekacauan dan peperangan di kebanyakan dunia telah mencetus kesengsaraan dan penderitaan dalam kalangan rakyat. Keadaan ini telah mengganggu pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Ulaskan penyataan di atas.

Rangka karangan
– karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan sedang berlaku di seluruh dunia bagi menjawab soalan ini.

Pendahuluan
– jenis-jenis kekacauan yang berlaku di seluruh dunia seperti tunjuk perasaan/perang saudara/serangan oleh kuasa luar/besar. Faktor kekacauan dan negara yang terlibat seperti di Iraq yang diserang AS, Mesir, Thailand, dan Libya tunjuk perasaan dan keganasan rakyat, rakyat Palestine yang diserang Israel, Pakistan - ras dan agama

Isi
– Penderitaan rakyat – diseksa/kematian/dirogol/kehilangan keluarga/kehilangan tempat tinggal dan harta/kebuluran/penyakit/keciciran dalam pelajaran/pelarian/jenayah. Ekonomi dan kemajuan negara – negara /bangunan/infrastruktur
musnah. Pendidikan terbantut. Sumber pendapatan negara berkurangan/tiada. Negara menjadi miskin – setiap isi dikukuhkan dengan bukti negara-negara yang terlibat.

Penutup
– jadikan pengajaran/negara-negara lain perlu bantu, PBB perlu tegas,campur tangan,adil.

*Peribahasa – gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment