Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KARANGAN UMUM

2. Gejala pembuangan bayi berleluasa akhir-akhir ini. Masalah ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak.
Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala negatif ini daripada merebak.

Rangka karangan - karangan berbentuk pendapat

Pendahuluan
– jenis-jenis gejala sosial/jenis remaja yang telibat/faktor kegagalan ibu bapa.

Isi
– langkah-langkahnya ialah ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Anak-anak perlu dibekalkan dengan ilmu agama yang mncukupi
- ibu bapa wajar mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Bertanggungjawab terhadap
kebajikan/keperluan anak-anak. Memantau pergerakan anak-anak di rumah, sekolah, dan semasa anak-anak keluar dengan rakan-rakan. Mengenali rakan anak-anak. Menunjukkan teladan yang baik.

Kesimpulan
– Ibu bapa perlu mengambil langkah yang drastik/positif dalam membentuk jati diri anak-anak agar terhindar daripada gejala sosial yang semakin membengkak dalam kalangan remaja masa kini.

*Peribahasa- duri dalam daging. Seperti menatang minyak yang penuh. Sudah terantuk baru terngadah.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment