Saturday, August 06, 2011

SKOP TERBUKA

KUALA LUMPUR, Selasa – Satu laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
semalam menunjukkan bahawa penyakit yang berkaitan dengan amalan pemakanan yang
kurang baik terus meningkat di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut
jurucakap ……

Lihat petikan akhbar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan petikan tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

SENARAI ISI

1. Maksud amalan pemakanan yang tidak sihat:
- makan berlebihan
- makan mengikut rasa dan bukannya keperluan
- makan terlalu banyak makanan ringan

2. Sebab wujud amalan pemakanan yang tidak sihat:
- kemewahan
- tiada masa untuk memasak
- tidak mempedulikan kesihatan

3. Kesan amalan pemakanan yang tidak sihat:
- pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan
angin ahmar

4. Cara membendung:
- Kerajaan – kempen kesedaran
- Kerajaan – tekankan amalan pemakanan yang sihat dalam sistem pendidikan
- Masyarakat – harus ambil berat kesihatan diri

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment