Tuesday, August 02, 2011

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM Kertas 2 (1103/2)

1. Masa yang diperuntukkan bagi kertas ini ialah 2 Jam 30 minit.

2. Terdapat EMPAT soalan yang wajib dijawab dalam kertas ini iaitu:

Soalan 1 - Rumusan
Soalan 2 - Pemahaman
Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Soalan 4 - Novel

Soalan 1 : Rumusan

1. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

2. Anda akan dibekalkan sebuah petikan dalam lingkungan 400 patah perkataan. Anda dikehendaki merumuskan petikan tersebut menjadi 120 patah perkataan.

3. Jawapan anda harus ditulis dalam pentuk karangan ringkas. Karangan tersebut harus mempunyai EMPAT komponen wajib iaitu:

i. Pendahuluan
ii. Isi Tersurat
iii. Isi Tersirat
iv. Penutup


Soalan 2a : Pemahaman

1. Di sini anda akan diberikan 3 soalan pemahaman berdasarkan petikan yang dibekalkan untuk rumusan.

2. Soalan pertama biasanya akan meminta anda memberikan maksud rangkai kata dalam petikan.

3. Soalan kedua pula merupakan soalan pemahaman secara langsung. Jawapan untuk soalan ini pasti terkandung di dalam petikan.

4. Soalan ketiga pula merupakan soalan KBKK. Di sini anda akan diminta mengemukakan pendapat tentang pelbagai isu yang berkaitan dengan petikan tersebut. Namun jawapan untuk soalan ini tidak akan terdapat di dalam petikan itu.


Soalan 2 : Pemahaman

1. Sebanyak 35 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

2. Di sini anda perlu menulis jawapan subjektif untuk soalan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang diberikan. Terdapat EMPAT soalan dalam bahagian ini iaitu:

i. Soalan 2a - Petikan Umum
ii. Soalan 2b - Petikan Cerpen
iii. Soalan 2c - Petikan Prosa Klasik
iv. Soalan 2d - Puisi

Soalan 2b , 2c dan 2d Soalan Komsas

1. Soalan-soalan komponen kesusasteraan akan menduduki soalan 2b, 2c dan 2d dalam Kertas 2. Soalan akan dikemukakan berdasarkan Antologi Kesusasteraan Tingkatan 4 dan 5.
Pembahagian soalan adalah seperti berikut:

Nombor Soalan Petikan Bilangan Soalan Markah
2b Prosa Moden (Cerpen atau Drama) Tiga 9m
2c Prosa Klasik Tiga 8m
2d Piusi (Puisi Traditional atau Sajak) Tiga 9m

2. Soalan 2b merupakan soalan pemahaman berdasarkan prosa moden. Anda akan
diberikan sebuah petikan drama atau cerpen. Tiga soalan akan dikemukakan berdasarkan petikan tersebut. Bentuk soalan adalah seperti berikut:

i. Soalan kontekstual. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada petikan yang diberikan.

ii. Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan pandangan peribadi, pendirian atau rumusan tentang sesuatu isu yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Jawapan untuk bahagian ini tidak akan terkandung dalam petikan atau cerita berkenaan.

iii.Soalan KOMSAS. Soalan ini akan menguji pengetahuan pelajar tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam bahan yang diberikan. Antara aspek yang boleh disoal ialah tema, persoalan, mesej, pengajaran, nilai, perwatakan dan sebagainya. Soalan
yang dikemukakan juga tidak semestinya terbatas kepada petikan yang diberikan. Sebaliknya anda mungkin perlu mengetahui unsur-unsur yang terkandung dalamm keseluruhan cerita tersebut.

3. Soalan 2(c) merupakan soalan pemahaman berdasarkan petikan prosa tradisional. Anda akan diberikan sebuah petikan daripada mana-mana prosa tradisional yang terkandung dalam antologi tingkatan 4 dan 5. Tiga soalan akan dikemukakan untuk petikan
ini. Bentuk soalannya adalah seperti berikut:

i. Soalan pemahaman frasa atau rangkai kata. Anda akan diberikan satu rangkai kata, frasa atau ayat dan diminta memberikan maksudnya. Anda perlu memberikan maksud kontekstual (berdasarkan petikan) dan bukannya hanya maksud kamus.

ii. Soalan kontekstual;. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada petikan yang diberikan.

iii.Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan pandangan, pendapat atau rumusan tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan cerita tersebut. Jawapan anda haruslah berdasarkan pengetahuan dan logik dan bukannya bersandar kepada kandungan petikan.

4.Soalan 2d merupakan pemahaman berdasarkan puisi. Anda boleh diberikan sebuah puisi tradisional atau sajak. Sebanyak tiga soalan akan diperuntukkan bagi bahagian ini. Pola soalannya adalah seperti berikut:

i. Soalan pemahaman kontekstual, frasa atau rangkai kata. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada puisi. Walau bagaimanapun anda seharusnya mampu menafsirkan perlambangan yang digunakan agar jawapan anda menunjukkan pemahaman terhadap maksud sebenar puisi tersebut. Selain itu anda juga mungkin diminta menerangkan sesuatu konsep yang disampaikan dalam bentuk frasa. Sekali lagi, anda perlu menafsirkan perlambangan, simbol dan maksud tersirat yang terkandung di dalamnya bagi membuktikan pemahaman anda

ii. Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan idea peribadi tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan puisi tersebut. Anda perlu menggunakan pandangan sendiri dan tidak boleh bergantung kepada kandungan puisi yang diberikan.

iii.Soalan KOMSAS. Di sini anda akan disoal tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam puisi tersebut. Antaranya anda mungkin perlu memberikan tema, persoalan, pengajaran, nilai dan sebagainya.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment