RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Tuesday, August 02, 2011

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM Kertas 1 (1103/1)

1. Masa yang diperuntukkan ialah 2 Jam 15 minit.
2. Terbahagi kepada DUA bahagian:
Bahagian A
Bahagian B

Bahagian A

1. Ini merupakan soalan menulis karangan ringkas berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. Antara contoh bahan rangsangan yang mungkin diberikan ialah:

a. Gambar tunggal
b. Gambar bersiri
c. Dialog
d. Petikan akhbar
e. Carta aliran
f. Petikan akhbar dll

2. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 45 minit.

3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

4. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan.

5. Karangan anda harus terdiri daripada 6 perenggan seperti berikut:

a. Pendahuluan
b. Isi Satu
c. Isi Dua
d. Isi Tiga
e. Isi Empat
f. Penutup

Bahagian B

1. Ini merupakan soalan mengarang berdasarkan tajuk yang diberikan.

2. Jenis-jenis tajuk yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:

A. JENIS BERFORMAT

i. Ucapan
- Ucapan Pertandingan
- Ucapan Bukan Pertandingan

ii. Surat Kiriman
- Surat Kiriman Rasmi
- Surat Kiriman Tak Rasmi

iii. Laporan
- Laporan Peristiwa
- Laporan Tahunan

iv. Perbahasan
- Perbahasan Pertandingan
- Bahaskan Tajuk

v. Forum

vi. Rencana

vii. Wawancara

B. JENIS TIDAK BERFORMAT

i. Huraian

ii. Perbincangan

iii. Ulasan

iv. Peribahasa

v. Gambaran

vi. Keperihalan

3. Masa yang dicadangkan untuk menyiapkan bahagian ini ialah 1 Jam 30 minit.

4. Sebanyak 100 markah diperuntukkan bagi soalan ini.

5. Jawapan harus ditulis dalam bentuk karangan. Panjang karangan hendaklah melebihi 350 patah perkataan

6. Karangan anda dianggap lengkap sekiranya mempunyai sekurang-kurangnya 3 isi. Namun begitu, sebuah karangan yang baik seharusnya terdiri daripada 7 perenggan seperti berikut:

a. Pendahuluan
b. Isi Satu
c. Isi Dua
d. Isi Tiga
e. Isi Empat
f. Isi Lima
g. Penutup

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment