Saturday, August 20, 2011

Ramalan SPM 2011 KOMSAS : Gurindam Tonggak Dua Belas Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah sikap yang dimiliki oleh individu yang menghargai masa? [2 markah]

Jawapan
i. Individu yang menghargai masa tidak akan menangguhkan kerjanya.


ii. Pada pendapat anda, apakah sikap yang harus ada pada seseorang individu yang diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas? [3 markah]

Jawapan
ii. Pada pendapat saya seseorang individu yang diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan harus melaksanakannya dengan sepenuh hati dan penuh rasa bertanggungjawab. Selain itu dia juga harus meletakkan kepentingan masyarakat di hadapan kepentingan
diriya. Seterusnya dia tidak harus menindas golongan di bawahnya dalam usahanya membereskan tugasan tersebut.

iii. Huraikan dua peringatan yang terkandung dalam puisi ini. [4 markah]

Jawapan
iii. Satu peringatan dalam puisi ini ialah kita diingatkan agar sentiasa berhemat dan tidak membazir. Selain itu terdapat juga peringatan
suapaya sentiasa bersabar dan memikirkan sesuatu perkara itu dengan tenang.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment