RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Tuesday, August 02, 2011

Punca permainan jenis ini kurang diminati masyarakat hari ini

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN


CONTOH SOALAN dan RANGKA JAWAPAN
Lihat gambar di sebelah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca permainan jenis ini kurang diminati masyarakat hari ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Jawapan

Pendahuluan
-Wau – sejenis permainan tradisional di negara kita
-Contoh-contoh permainan tradisional lain – gasing, congkah, batu seremban, sepak raga dll
-Sayang sekali kurang diminati masyarakat hari ini
-Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini terjadi

Isi 1
-Dianggap kolot oleh generasi muda hari ini
-Dikaitkan dengan masyarakat lama/ masyarakat di kawasan pedalaman
-Tidak mencerminkan perkembangan sains dan teknologi hari ini
-Generasi muda berasa malu untuk mengidentifikasikan diri mereka dengan permainan-permainan ini

Isi 2
-Banyak persaingan daripada permainan moden
-Wujud banyak permainan moden, terutamanya yang berkaitan dengan komputer
-Permainan-permainan tersebut lebih canggih dan menarik
-Anggap permainan tradisional membosankan

Isi 3
-Generasi kini kurang terdedah kepada permainan tradisional
-Permainan-permainan ini tidak tersebar luas
-Ada anak-anak muda yang tidak pernah melihat permainan tradisional
-Oleh itu mereka tidak mencintainya.

Isi 4
-Permainan tradisional tidak dikategorikan sebagai satu sukan
-Lebih merupakan unsur kebudayaan
-Tidak mencabar bagi anak-anak muda
-Generasi hari ini lebih tertarik dengan sukan moden

Penutup
-Permainan tradisional - satu warisan budaya bangsa
-Tidak harus dibiarkan pupus
-Setiap pihak harus bekerjasama untuk menghidupkan semula permainan-permainan ini

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment