Saturday, August 06, 2011

PENGOLAHAN

Karangan ibarat suatu gubahan bunga. Sebagaimana sebuah gubahan bunga terdiri daripada bunga-bunga dan daun yang berlainan jenis dan warna, begitulah sebuah karangan terdiri daripada pendahuluan, isi-isi dan penutup. Olahan yang sempurna bermaksud setiap perenggan harus ditempatkan di posisi yang betul dan memainkan peranannya dengan berkesan. Pendahuluan harus berfungsi sebagai pengenalan untuk hujah-hujah yang akan disampaikan, isi-isi harus berfungsi untuk mengukuhkan pendirian atau skop perbincangan yang telah dinyatakan pada pendahuluan dan penutup pula perlu berperanan sebagai kesimpulan untuk pembicaraan. Setiap perenggan dalam karangan harus menunjukkan pertautan dan pertalian yang kemas dan logik.

Begitu juga dengan kandungan sesebuah perenggan itu sendiri. Perenggan perlu mempunyai isi dan hujah-hujah yang dapat mengukuhkan isi tersebut. Hujah-hujah itu pula harus disusun secara berperingkat-peringkat agar dapat memberikan nyawa kepada isi tersebut. Pelajar harus bijak memilih ruang untuk menempatkan bukti, contoh serta penerangan yang berkaitan. (Semua aspek ini akan dibicarakan dengan contoh-contoh lengkap dalam pelajaran-pelajaran berikutnya)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment