Monday, August 15, 2011

PENGENALAN PUISI TRADISIONAL

Soalan pemahaman berdasarkan puisi akan dikemukakan pada Soalan 2d, Kertas 2. Anda boleh diberikan sebuah puisi tradisional atau sajak. Sebanyak tiga soalan akan diperuntukkan bagi bahagian ini. Pola soalannya adalah seperti berikut:

i.Soalan pemahaman kontekstual, frasa atau rangkai kata. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada puisi. Walau bagaimanapun anda seharusnya mampu mentafsirkan perlambangan yang digunakan agar jawapan anda menunjukkan pemahaman terhadap maksud sebenar puisi tersebut. Selain itu anda juga mungkin diminta menerangkan sesuatu konsep yang disampaikan dalam bentuk frasa. Sekali lagi, anda perlu mentafsirkan perlambangan, simbol dan maksud tersirat yang terkandung di dalamnya bagi membuktikan pemahaman anda.

ii.Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan idea peribadi tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan puisi tersebut. Anda perlu menggunakan pandangan sendiri dan tidak boleh bergantung kepada kandungan puisi yang diberikan.

iii.Soalan KOMSAS. Di sini anda akan disoal tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam puisi tersebut. Antaranya anda mungkin perlu memberikan tema, persoalan, pengajaran, nilai dan sebagainya.

Ditulis oleh :
Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)

No comments:

Post a Comment