Saturday, August 06, 2011

PEMERENGGANAN

Pemerengganan karangan mungkin kelihatan sebagai suatu perkara yang mudah tetapi perkara ini tidak harus dipandang ringan. Semua orang tahu bahawa pendahuluan, setiap isi dan penutup harus ditempatkan di perenggan-perenggan yang berbeza. Walau bagaimanapun pemerengganan karangan meliputi kemahiran yang lebih daripada itu. Pelajar harus bijak dalam menyusun isi-isi mengikut urutan kepentingan dan logiknya. Pemerengganan isi harus bergerak daripada yang paling penting kepada yang kurang penting. Pemerengganan menjadi lebih kompleks dalam karangan-karangan tertentu. Sebagai contoh sebuah surat kiriman
mempunyai perenggan pembuka surat, pengenalan, jambatan, pendahuluan, isi-isi, penutup isi dan penutup surat. Kekompleksan yang sama juga dapat diperhatikan dalam karangan ulasan dan rencana. Para pelajar perlu memahami peranan dan kandungan yang perlu dimuatkan di dalam setiap perenggan tersebut.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa penulisan karangan merupakan satu tugasan yang memerlukan pelbagai kemahiran. Pendek kata tidak ada satu kemahiran atau aspek khusus yang boleh menjamin kecemerlangan sesebuah karangan. Sebaliknya kecemerlangan karangan bergantung kepada perancangan yang teliti serta pengabungjalinan pelbagai kebolehan dan
kemahiran.

**Oleh yang demikian, dalam pelajaran-pelajaran akan datang, anda akan dipandu secara teliti dan berperingkat-peringkat sehingga mampu menghasilkan sebuah karangan yang benar-benar bermutu.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment