Friday, August 12, 2011

Meritokrasi Kokurikulum

Langkah-langkah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

Isi Pertama
AT : Penguatkuasaan peraturan sekolah.

AH :-pihak sekolah perlulah mewajibkan setiap badan berunifom dan kelab persatuan bergiat secara aktif.
-mewajibkan setiap pelajar mempunyai satu kelab dan persatuan serta satu unit berunifom.
-meminta guru yang terlibat untuk memastikan kehadiran pelajar setiap kali perjumpaan.

AC :
-mewajibkan pelajar memiliki buku kokurikulum bagi memastikan kehadiran pelajar.
-mewajibkan setiap persatuan mengadakan aktiviti tahunan yang aktif dan memasuki pertandingan sekurang-kurangnya sekali setahun.

AP :
-jelaslah di sini bahawa sekolah memainkan peranan yang dominan dalam mengaktifkan kokurikulum sekolah.

Isi Kedua
AT : Menerusi sistem demerit

AH :-sekolah mengaktifkan sistem merit demerit agar pelajar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh mengaktifkan diri dalam bidang kokurikulum yang diceburinya.
-pelajar menjadi lebih sistematik dalam setiap perkara dan seimbang antara kurikulum dan kokurikulum.

AC :-memberikan mata merit mengikut peringkat penglibatan pelajar sepanjang tahun.

AP :-konklusinya, penggalakan sekolah melalui sistem merit demerit dapat menjana keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum.


Isi Ketiga
AT : memberikan ganjaran terhadap setiap kejayaan

AH :-pihak sekolah mengiktiraf setiap kejayaan dalam bidang kokurikulum yang dirangkuli oleh pelajar.
-mengadakan satu hari istimewa untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kokurikulum.

AC :-mengadakan malam istimewa seperti Malam Rasa Sayang dan jamuan perdana.
-menyediakan hadiah khas bagi pelajar yang cemerlang dalam penglibatannyavdan membawa nama baik sekolah.

AP :-secara amnya, imbuhan yang setimpal dapat menaikkan semangat pelajar untuk bergiat aktif dalam kokurikulum.

Isi Keempat
AT : menjadikan penglibatan kokurikulum selaras dengan kurikulum

AH : -pihak sekolah memberikan jaminan yang jitu dalam keseimbangan pelajaran sekiranya terlibat dalam kokurikulum.
-menghadkan masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum dan memberikan masa yang mencukupi untuk belajar.

AC :-mengadakan ceramah mengenai pengurusan masa dan kepentingan kokurikulum selain kurikulum.
-menetapkan tempoh masa yang sesuai bagi setiap aktiviti kokurikulum.

AP :-Tuntasnya, penglibatan kokurikulum tidak menjejaskan prestasi pembelajaran sekiranya dapat dibahagikan dengan baik.

Isi Kelima
AT : mengadakan pelbagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.

AH :-menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti sekolah dengan mengadakan pelbagai aktiviti peringkat sekolah.
-memvariasikan aktiviti sepanjang tahun.

AC :-setiap persatuan mengadakan minggu-minggu khas seperti minggu bahasa melayu dan minggu sejarah.

AP :-tegasnya, aktiviti kokurikulum yang pelbagai dapat memancing minat pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Penutup
-secara intihannya, sekolah memainkan peranan yang dominan dalam memberikan impak yang besar dalam bidang kokurikulum selain dari kesungguhan pelajar itu sendiri supaya generasi yang bakal memimpin seimbang antara kokurikulum dan kurikulum dan sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang.

Sumber rujukan : Cemerlang Bahasa
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment