Saturday, August 06, 2011

MEMILIH TAJUK & TEKNIK MENGENAL PASTI ISI

PROSEDUR MENGARANG

PENGENALAN
Dari saat anda membuka kertas soalan karangan Bahasa Melayu SPM, anda mempunyai masa 90 minit untuk melaksanakan satu tugasan yang berat iaitu:

A. MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG LENGKAP Hal ini bermaksud karangan anda mempunyai pendahuluan, badan dan penutup.

B. MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG TEPAT Hal ini bermaksud karangan anda menepati format dan mengupas kehendak soalan.

C. MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN YANG MATANG DAN MENYAKINKAN Hal ini pula bermaksud karangan anda mempunyai bilangan isi yang mencukupi dan setiap isi telah dikembangkan dengan jitu, bernas dan menyakinkan.

D.MENGHASILKAN SEBUAH KARANGAN DENGAN BAHASA YANG INDAH
Hal ini bermaksud karangan anda harus memperlihatkan penggunaan bahasa yang gramatis, pilihan kata yang luas, gaya bahasa yang indah, menggunakan tanda-tanda baca yang tepat dan tidak terdapat sebarang kesilapan ejaan. Sekiranya anda memahami kesemua empat matlamat di atas, anda tentu faham betapa beratnya tanggungjawab anda. Oleh
yang demiki¬an anda harus merancang penulisan anda dengan teliti. Anda seharusnya memulakan proses mengarang dengan prosedur yang betul:

PROSEDUR MENULIS KARANGAN

Berikut merupakan prosedur terancang untuk mendekati soalan karangan.

1.PILIH TAJUK YANG SESUAI
- Fahami kehendak soalan.
-Adakah anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bidang/isu tersebut.

2.KENAL PASTI ISI
- Pastikan isi-isi menepati kehendak soalan
- Pastikan juga isi-isi anda logik/boleh diterima akal.
- Pastikan isi-isi anda tidak bersifat remeh; isi yang tepat tetapi terlalu remeh akan mengurangkan mutu karangan.

3.TENTUKAN KEDUDUKAN ISI
- Isi-isi perlu disusun mengikut urutan kepentingannya.
- Pastikan juga isi-isi ditempatkan menurut urutan logik.

4.KEMBANGKAN ISI
- Sediakan rangka. Buat catatan ringkas untuk setiap isi
- Kekuatan karangan bukan bergantung kepada bilangan isi atau ketepatan isi semata-mata.
- Apa yang lebih penting ialah semua isi perlu dikembangkan dengan kaedah dan teknik yang sesuai.
- Tahukah anda bahawa terdapat kaedah yang berbeza untuk mengembangkan isi yang berbeza. (Hal ini akan diperincikan dalam pelajaran-pelajaran akan datang)

5. MENGARANG
- Mula mengarang.
- Bina ayat-ayat lengkap untuk menukarkan rangka anda menjadi perenggan lengkap.

6. SEMAK KARANGAN SEBELUM DIHANTAR
- Betulkan semua kesalahan ejaan.
- Betulkan kesalahan tanda baca ( . ) ( ! ) ( ; ) ( , ) ( : ) ( ” ) ( ’ ) ( ? ) dan huruf besar dan huruf kecil dll)
- Betulkan struktur ayat.
- Pastikan anda telah menuliskan nombor soalan.


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment