Sunday, August 07, 2011

LANGKAH 3 TENTUKAN KEDUDUKAN ISI

Sebagaimana yang telah diterangkan dalam pelajaran sebelum ini, karangan merupakan satu gubahan. Keindahan karangan antara lain bergantung kepada cara anda mengolah kedudukan isi secara logik. Kekuatan sesebuah karangan bukannya bergantung kepada kesaratan isinya tetapi juga kepada kedudukan setiap isi terse¬but. Anda sudah sedia maklum bahawa setiap
isi akan menduduki perenggan yang berbeza. Walau bagaimanapun harus terdapat suatu justifikasi untuk menempatkan isi-isi berkenaan di perenggan-perenggan tersebut. Kedudukan isi-isi ini harus ditentukan berda¬sarkan urutan kepentingan dan kelogikannya.
Sebagai contoh per¬hatikan tajuk ini sekali lagi:

Contoh :
Mutu sukan negara kita semakin merosot sejak kebelakangan ini. Cadangkan cara-cara masalah ini boleh dibaiki. Senarai isi yang telah dikenal pasti untuk tajuk ini ialah:

i. Mengadakan lebih banyak pertandingan persahabatan.
ii. Membawa masuk jurulatih asing.
iii. Membina institusi sukan.
iv. Mencungkil bakat anak-anak sejak kecil lagi.
vi. Menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan.
vii. Memberikan ganjaran yang lebih lumayan kepada ahli-ahli sukan.

Kesemua isi tersebut merupakan fakta-fakta yang terbit dalam fikiran anda. Walaupun isi-isi tersebut adalah tepat tetapi minda anda tidak mungkin menerbitkan isi-isi berdasarkan susunan tertentu. Sebaliknya isi-isi tersebut akan terbit secara rawak
berdasarkan pengalaman, pendidikan, pembacaan dan ilmu anda. Oleh itu, selepas menyenaraikan isi-isi tersebut anda harus merenungkan kesemua isi tersebut dan memikirkan bagaimana hendak menempatkanya.

Sekiranya anda merenungkan dengan mendalam anda tentu berse¬tuju bahawa peningkatan mutu sukan seharusnya bermula dengan mencungkil bakat anak-anak sejak di bangku sekolah. Ini disebabkan segala usaha untuk melentur dan meningkatkan prestasi sukan seseo¬rang individu harus dimulakan sejak dia masih kecil lagi. Selepas itu dia harus ditempatkan di institusi sukan yang khas agar bakat¬nya boleh terus dikembangkan. Institusi-institusi ini bukan sahaja harus menyediakan segala peralatan sukan tetapi juga perlu mempunyai jurulatih-jurulatih pakar dari luar negara. Jurulatih-jurulatih profesional ini akan banyak membantu untuk mengasah bakat anak-anak ini dan seterusnya menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran di arena
sukan antarabangsa.

Selepas anak-anak ini keluar dari akademik sukan mereka perlu terus menjalani latihan. Oleh itu kerajaan perlu menyediakan cukup kemudahan/prasarana/infrastruktur sukan di seluruh negara. Seterusnya satu lagi cara untuk menajamkan keupayaan bersukan atlet-atlet kita adalah dengan menghantar mereka mengikuti per¬tandingan-pertandingan persahabatan sama ada di dalam atau di luar negeri. Melalui pertandingan-pertandingan ini ahli-ahli sukan kita bukan sahaja boleh mengasah ketajaman mereka tetapi juga dapat mengenal pasti kelemahan peribadi mereka. Akhir sekali apabila ahli-ahli sukan ini telah mula mewakili negara, kerajaan harus membantu meringankan beban kewangan mereka. Hal ini disebabkan ada antara mereka yang bukan merupakan golongan profesional. Mereka perlu membahagikan masa di antara aktiviti bersukan dan tanggungjawab mereka sebagai pencari rezeki keluarga. Oleh itu kerajaan perlu menyediakan ganjaran yang lebih lumayan kepada golongan ini.

Dengan mengambil kira urutan di atas, seharusnya isi-isi untuk karangan ini ditempatkan seperti berikut:

**Satu Isi – Satu Perenggan

Pendahuluan
Mencungkil bakat anak-anak sejak kecil lagi

(ISI 1)
Membina institusi sukan

(ISI 2)
Membawa masuk jurulatih asing

(ISI 3)
Menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan.

(ISI 4)
Mengadakan lebih banyak pertandingan persahabatan

(ISI 5)
Memberikan ganjaran yang lebih lumayan kepada ahli-ahli sukan

(ISI 6)
Penutup

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment