Sunday, August 07, 2011

LANGKAH 2 KENAL PASTI ISI

Seterusnya anda harus mengenal pasti isi-isi yang sesuai untuk tajuk yang telah anda pilih. Senaraikan semua isi yang terbit dalam fikiran anda pada sehelai kertas kasar. Sebagai contoh perhatikan tajuk ini:

Contoh 1:
Mutu sukan negara kita semakin merosot sejak kebelakangan ini. Cadangkan cara-cara masalah ini boleh dibaiki. Adakah anda faham kehendak tajuk ini? Tajuk ini menghendaki anda mencadangkan langkah / cara / usaha / tindakan yang boleh diambil untuk memajukan mutu sukan negara. Oleh itu pastikan anda tidak memberikan punca mutu sukan negara kita
semakin merosot atau kesan-kesan kemerosotan mutu sukan terhadap negara kita. Antara isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah:

i. Mengadakan lebih banyak pertandingan persahabatan.
ii. Membawa masuk jurulatih asing.
iii. Membina institusi sukan.
iv. Mencungkil bakat anak-anak sejak kecil lagi.
v. Menyediakan lebih banyak infrastruktur sukan.
vi. Memberikan ganjaran yang lebih lumayan kepada ahli-ahli sukan.

Perhatikan bahawa kesemua isi tersebut menepati kehendak soalan, logik dan tidak bersifat remeh. Sekadar contoh perhatikan satu lagi tajuk:

Contoh 2:
Pengalaman di tadika amat penting dalam memastikan anak-anak menikmati alam persekolahan selepas memasuki sekolah rendah. Jelaskan kepentingan pengalaman tadika bagi anak-anak. Adakah anda faham kehendak tajuk ini? Tajuk ini menghendaki anda memberikan kebaikan/kesan postif tadika bagi anak-anak. Antara isi yang boleh anda senaraikan ialah:

i. Membolehkan anak-anak memahami maksud persahaba¬tan/menjalin hubungan
dengan anak-anak lain.
ii. Mengurangkan pergantungan terhadap ibu bapa.
iii. Memberikan ilmu asas kepada anak-anak (misalnya mengenal abjad, suku kata,
angka dll).
iv Membolehkan anak-anak berdikari dalam soal pelaja¬ran/menyelesaikan masalah
pendidikan.
v. Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa - terutamanya bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris - boleh mengikuti pelajaran dengan mudah.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment