RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Saturday, August 06, 2011

kesan negatif iklan sedemikian terhadap pengguna.

Pendahuluan
- Iklan – satu strategi peniaga untuk melariskan jualan mereka
- Bukan semua maklumat di dalamnya benar/sahih
- Namun mampu mempengaruhi pengguna
- Meninggalkan pelbagai kesan terhadap pengguna

Isi 1
- Memberikan gambaran kurang tepat kepada pengguna
- Sebagai contoh iklan tersebut menyatakan jualan murah, tetapi tidak menyatakan kualiti barangan
- Ada masanya barangan tersebut dijual murah kerana pelbagai kecacatan
- Ada masanya jualan murah hanya merupakan satu kaedah peniaga untuk melupuskan stok lama

Isi 2
- Mendorong pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan
- Sesetengah pengguna akan membeli semata-mata kerana harganya murah
- Padahal tidak wujud keperluan untuk barangan tersebut
- Hal ini merupakan satu pembaziran

Isi 3
- Mendorong pengguna berbelanja lebih daripada kemampuan
- Pembelian tersebut bukan sebahagian daripada belanjawan mereka
- Menimbulkan masalah kewangan kepada diri dan keluarga
- Terpaksa mengurangkan perbelanjaan lain yang lebih penting

Isi 4
- Kemudahan bayaran ansuran menggalakkan pengguna berhutang
- Terpaksa menanggung beban kewangan untuk jangka masa yang panjang
- Terpaksa membayar kadar faedah
- Menanggung risiko barangan ditarik balik sekiranya gagal membayar

Penutup
- Iklan lebih merupakan helah peniaga
- Pengguna harus bijak merancang perbelanjaan
- Tidak harus terlalu terpengaruh dengan iklan

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment