RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Tuesday, August 02, 2011

Kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Pendahuluan
- Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
- Kaum-kaum utama di negara ini ialah Melayu, Cina dan India di Semenanjung serta Kadazan, Bajau dan Iban di Malaysia Timur.
- Mengamalkan pelbagai agama, budaya dan bahasa
- Namun hidup bersatu padu.

Isi 1
- Perpaduan antara kaum membolehkan rakyat hidup bahagia
- Sikap tolerensi membolehkan mereka hidup bersatu padu
- Tiada sebarang perselisihan faham
- Setiap kaum bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing

Isi 2
- Perpaduan menjamin pembangunan negara
- Negara aman, tiada sebarang rusuhan kaum
- Setiap kaum bekerjasama demi kemajuan negara
- Pelabur asing yakin untuk melabur di negara kita

Isi 3
- Perpaduan menjamin pembangunan rakyat
- Setiap kaum bebas menuntut ilmu , memilih kerjaya atau berniaga
- Perniagaan setiap kaum mendapat sambutan daripada kaum lain
- Setiap kaum saling bekerjasama untuk menangani krisis
Isi 4
- Perpaduan antara kaum meningkatkan imej negara
- Malaysia menjadi model perpaduan kepada negara majmuk yang lain
- Suara Malaysia mendapat perhatian di persada antarabangsa
- Pelabur dan pelancong asing sering memilih Malaysia – ekonomi kita meningkat

Penutup
- Perpaduan antara kaum merupakan rahsia utama kejayaan Malaysia setakat ini
- Menjadi warisan hidup kita
- Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan perpaduan ini

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment