Thursday, August 11, 2011

KELEBIHAN BERPUASA

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setai sebaikan digandankan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali handa. Allah SWT berfirman; kecuali puasa; ia adalah untuk-KU dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang berpuasa ada dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah SWT. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah SWT dibandingkan wangian Kasturi". (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad SAW bersabda, Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalami dan doa orang yang musafir". (HR Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bersabda. "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka". (HR Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan. "Di manakah orang yang berpuasa?" Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya". (HR Bukhari dan Muslim)

http://adf.ly/1okq

No comments:

Post a Comment