Tuesday, August 02, 2011

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Membezakan SKOP TERBUKA dan SKOP TERHAD

PENGENALAN

1. Dalam pelajaran yang lalu anda telah melihat cara mendekati soalan karangan berdasarkan bahan rangsangan.

2. Sebenarnya terdapat DUA jenis soalan yang boleh dikemukakan untuk bahan rangsangan iaitu:

a. SOALAN SKOP TERBUKA
b.. SOALAN SKOP TERHAD

3. Kedua-dua jenis soalan ini memerlukan pendekatan yang amat berbeza. Perhatikan ciri kedua-dua soalan ini:



SOALAN SKOP TERBUKA

CONTOH SOALAN

1. Lihat gambar di atas dengan teliti. Berikan pandangan anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2. Skop soalan tidak dinyatakan

3. Calon perlu memberikan EMPAT skop sendiri yang relevan dengan permainan tradisional.

4. Empat skop (isi) yang sesuai untuk tajuk ini ialah
1. Asal-usul permainan tradisional
2. Kepentingan permainan tradisional
3. Sebab permainan tradisional semakin dilupakan
4. Cara-cara menghidupkan permainan tradisional

SOALAN SKOP TERHAD

CONTOH SOALAN

1. Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan jenis ini. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

2. Skop dinyatakan (kepentingan)

3. Calon perlu memberikan EMPAT kepentingan permainan tradisional.

4. Empat isi yang sesuai untuk tajuk ini ialah :(kesemuanya mesti KEPENTINGAN)

1. Menjadi warisan budaya negara
2. Mencerminkan ketinggian daya cipta masyarakat silam
3. Memberikan harga diri kepada generasi muda
4. Menjadi daya tarikan pelancong

Bagi soalan SKOP TERBUKA, anda perlu memberikan pandangan daripada pelbagai sudut untuk sesuatu isu yang diberikan dalam tajuk. Antara skop yang perlu difikirkan ialah :

Contoh Skop SKOP TERBUKA

-Punca
-Kesan Baik
-Kesan Buruk
-Asal - usul
-Kepentingan
-Langkah Mengatasi
-Sebab Diabaikan
-Kesan Jika Diabaikan
-Sikap Masyarakat

(Kesemua skop di atas merupakan contoh sahaja. Anda perlu menentukan skop yang sesuai berdasarkan ISU yang dikemukakan dalam tajuk)

5. Bagi tajuk SKOP TERHAD pula, anda hanya perlu memberikan isi-isi yang menepati kehendak soalan yang dinyatakan dalam tajuk.

6. Pendek kata, soalan SKOP TERBUKA memerlukan pemikiran yang mendalam dan matang tentang sesuatu isu. Anda perlu berfikir seolah-olah anda sedang mengendalikan suatu foram tentang isu yang dinyatakan dalam tajuk.

7. Semua ciri lain ( bilangan perenggan, bilangan perkataan dalam perenggan dll) adalah sama seperti yang telah dinyatakan dalam pelajaran sebelum ini.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment