RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Thursday, August 04, 2011

Isu lambakan pelajar asing di Malaysia

Saya cadangkan anda lihat dari dua sudut pandangan iaitu isu ini memberi sumbangan kebaikan dan memberi kesan keburukan

Isu lambakan pelajar asing di Malaysia. Kerajaan Malaysia tidak akan menyekat jumlah kemasukan pelajar asing ke Malaysia kerana isu dan kes kecil ( pelacuran, GRO, masalah sosial, dll) yang dilakukan oleh mereka di sini terutamanya dari Afrika, China, dll kerana mahu menjadikan Malaysia sebagai pilihan dan pusat pendidikan serantau bertaraf antarabangsa di rantau ini.

Menurutnya berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia 2009, jumlah kes jenayah kekerasan melibatkan pelajar antarabangsa ialah 17 kes, iaitu enam kes ugutan jenayah, empat kes merusuh, tiga kes curi, dua kes cabul, satu kes rogol dan satu kes mendatangkan cedera.

Kemasukan pelajar asing yang banyak dapat menampung kerugian bagi IPTS di Malaysia akibat kos dan modal yang tinggi. Semua pelajar IPTS tahu bahawa yuran yang dibayar pelajar asing adalah lebih tinggi daripada pelajar tempatan. Ini sekaligus memberi pulangan lumayan buat IPTS yang menjalankan bisnes dan mengaut keuntungan melalui sektor pendidikan.

Pelajar asing yang mahu melanjutkan pelajaran ke Jepun, mesti terlebih dahulu belajar bahasa negara itu. (Begitu juga dengan Perancis ataupun Rusia). Tetapi di Malaysia mereka tidak perlu belajar bahasa kebangsaan kita dahulu cukup bahasa pengantar bahasa Inggeris. Tidak dinafikan ada juga pelajar asing kadangkala bahasa Inggeris pun betul terutamanya pelajar dari China. Akibatnya kurangnya interaksi antara pelajar tempatan dan asing.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung, berkata sehingga 31 Disember lalu, Malaysia menerima hampir 80,700 pelajar asing dari lebih 150 buah negara dan daripada jumlah itu 22,400 menuntut di instituti pengajian tinggi awam manakala bakinya, 58,300 di institusi pengajian tinggi swasta. "Ini bermakna, Kementerian Pengajian Tinggi berjaya mendahului sasaran 80,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2010. Data yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa bilangan pengambilan pelajar antarabangsa di 51 sekolah antarabangsa di seluruh negara ialah hampir 16,600 orang," katanya.

Kerajaan perlu memantau kemasukan pelajar asing ni. Sekurang-kurangnya yang pelajar terpilih untuk mendapatkan pendidikan di Malaysia adalah di kalangan yang benar-benar layak sahaja. Bukan nak dikriminasi tetapi biarlah rakyat Malaysia berasa aman berada di bumi sendiri.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung, IPTS juga perlu memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan kementerian mengenai pelajar yang tidak hadir ke kuliah bagi tiga hari berturut-turut atau kehadiran kurang daripada 80 peratus, CGPA kurang daripada 2 atau gagal peperiksaan serta tamat pengajian dan pulang ke negara asal.

Pihak berwajib perlu mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah berhubung pelajar asing seperti memperkemas kriteria-kriteria pengambilan melalui garis panduan permohonan persekutuan pelajar antarabangsa ke IPTS dalam negara.

-Memyumbang peningkatan ekonomi negara - yuran pengajian yang tinggi memberi keuntungan IPTS dan negara.

-Pertukaran aliran wang asing ke Malaysia - nilai mata wang asing lebih tinggi -

-Menyumbang sektor pelancongan - Pelajar mengambil kesempatan melancong semasa cuti semester

Saya masih mencari maklumat.
Abd. Rahman Lo

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment