Saturday, August 06, 2011

ISI / FIKIRAN

Isi merupakan nadi sesebuah karangan. Perkara inilah yang menjadi fokus utama dan matlamat penulisan sesebuah karangan itu sendiri. Oleh itu anda perlu benar-benar memahami keperluan bahagian ini agar dapat menghasilkan sebuah karangan yang padat, berkesan dan menyakinkan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:

a.Bilangan Isi
Pastikan karangan anda menampilkan bilangan isi yang mencu¬kupi. Sebenarnya sesebuah karangan peringkat SPM boleh berdiri hanya dengan TIGA isi yang tepat. Namun begitu, anda tidak harus menjadikan ini sebagai alasan untuk mengehadkan bilangan isi anda. Hal ini disebabkan anda memerlukan isi-isi tambahan sekiranya ada antara isi yang dikemukakan tidak tepat atau kurang bermaya.

b.Kelogikan Isi
Selain itu, anda juga harus memastikan isi-isi anda tepat serta bernas dan menjadi jawapan yang logik kepada persoa¬lan yang dikemukakan dalam tajuk. Sebagai contoh perhati¬kan tajuk ini:

Contoh:
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kera¬jaan untuk memajukan sektor pelancongan Malaysia. Tajuk ini menghendaki anda mencadangkan tindakan/usaha dan cara industri pelancongan kita boleh ditingkatkan. Oleh itu sekiranya anda memberikan isi MENAMBAHKAN KAWASAN PELANCON¬GAN DI MALAYSIA, maka isi tersebut tepat,
logik dan boleh diterima. Hal ini disebabkan sememangnya pemilihan destinasi pelancongan bergantung kepada bilangan tempat-tempat menarik yang ada di sesebuah negara. Namun begitu sekiranya anda memberikan isi MENGEKALKAN KESTABILAN
POLITIK NEGARA, maka isi ini boleh dipersoalkan. Hal ini disebabkan kestabilan politik sesebuah negara harus dikekalkan tidak kira sama ada negara tersebut ingin menarik pelancong atau tidak bergantung kepada sektor pelancongan.

c. Pengembangan Isi
Sesebuah karangan yang kaya dengan isi tidak membawa sebarang makna sekiranya isi-isi tersebut tidak dikembangkan dengan menyakinkan. ( KAEDAH PENGEMBANGAN ISI AKAN DIPERINCIKAN DALAM PELAJARANPELAJARAN AKAN DATANG ) Setiap isi yang dikemukakan harus dikukuhkan dengan hujah-hujah, bukti, alasan, contoh dan apa sahaja kaedah sehingga boleh berdiri sebagai satu pernyataan yang berasas dan kukuh. Anda perlu ingat bahawa setiap perenggan isi bukanlah tempat untuk menyatakan isi semata-mata tetapi merupakan ruang untuk anda memperincikan isi tersebut sehingga menyakinkan pembaca.

d. Kematangan Isi / Hujah
Isi-isi yang dikemukakan juga haruslah mencerminkan pemiki¬ran seorang individu yang matang. Kematangan seseorang pelajar boleh diperhatikan daripada dua sudut. Pertama daripada isi-isi yang dikemukakan dan kedua daripada cara isi-isi tersebut dikembangkan. Sebagai contoh perhatikan tajuk dan isi-isi ini.

Contoh:
Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Tanggungjawab anak-anak bersekolah terhadap ibu bapa”. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. Di sini anda perlu menyediakan satu ucapan yang memuatkan isi-isi tentang bagaimana seseorang pelajar boleh memainkan peranannya sebagai anak yang baik. Dengan kata lain anda perlu mencadangkan cara-cara seseorang anak boleh membantu meringankan beban ibu bapanya. Bagi karangan ini anda boleh mengemukakan isi-isi seperti berikut:

- Menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga
- Cuba berdikari/jangan menyusahkan mereka
- Jangan membazirkan wang mereka
- Bantu mereka dengan kerja-kerja rumah

Semua isi tersebut tepat dan bernas. Sekarang perhatikan pula isi-isi ini:
- Membantu mereka menjaga adik
- Membantu membersihkan rumah
- Membantu ibu dalam kerja-kerja memasak

Sebenarnya isi-isi ini juga bernas dan tepat. Walau bagaima¬napun, adakah isi-isi ini mencerminkan kematangan pemikiran seseorang calon tingkatan lima? Sudah tentu tidak. Isi-isi ini amat remeh dan akan menimbulkan anggapan penulisnya berfikiran cetek dan tidak mampu mengulas sesuatu topik dengan mendalam.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment