Saturday, August 06, 2011

Huraikan pendapat anda tentang tujuan kerajaan memperkenalkan konsep ini.

KUALA LUMPUR, Selasa - …………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Menteri Pelajaran juga berkata bahawa konsep “seorang murid, satu permainan” ini akan meninggalkan kesan yang amat besar bukan sahaja terhadap pelajar berkenaan tetapi juga
terhadap negara. Menurut beliau lagi ………….

Pendahuluan
- Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan konsep “seorang pelajar satu sukan”
- Berhasrat untuk menerapkannya di semua sekolah di seluruh negara
- Terdapat pelbagai sebab yang mendorong kerajaan memperkenalkan konsep ini

Isi 1
- Memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum
- Kini ramai pelajar yang menjauhi aktiviti kokurikulum
- Sebab – dipaksa menyertai aktiviti yang tidak digemari
- Sekiranya pelajar diberi peluang untuk menyertai aktiviti sukan pilihannya sendiri pasti tidak keberatan

Isi 2
- Mencungkil bakat terpendam pelajar dalam sesuatu permainan
- Pelajar yang berminat dalam sesuatu acara sukan mungkin mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang tersebut
- Berpeluang untuk mengasah bakatnya dalam bidang tersebut
- Boleh menjadi seorang ahli sukan yang baik

Isi 3
- Memberikan harga diri kepada pelajar/individu
- Pelajar yang berkebolehan dalam sesuatu bidang sukan itu akan berasa bangga dengan kebolehan dirinya
- Akan berasakan dirinya berguna untuk sekolah
- Memberikan keyakinan diri kepadanya
Isi 4
- Meningkatkan mutu sukan negara
- Sekolah boleh mengenal pasti kebolehan seseorang individu
- Latihan berterusan dan sistematik boleh mengasah kebolehannya
- Akan melahirkan barisan ahli sukan yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa

Penutup
- Konsep ini satu matlamat yang murni
- Ibu bapa. pelajar dan pihak sekolah harus memberikan sokongan penuh terhadap konsep ini.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment