Saturday, August 06, 2011

Huraikan pendapat anda tentang isu yang diperkatakan dalam dialog tersebut.

En. Roslan : Mana tak sedih Halim. Apa kurangnya budak tu. Semua yang dia minta saya bagi. Tengoklah sikap dia. Merokoklah, merempitlah, ponteng sekolahlah. Hai. Pening kepala saya.

En. Halim : Saya faham perasaan awak tu Roslan. Tapi ada masanya kita sebagai ibu bapa kena faham bahawa kita sendiri yang menjadi punca anak-anak kita jadi seperti itu.

Pendahuluan
- Dialog tersebut berkaitan dengan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
- Terdapat pelbagai fator yang menyumbang ke arah masalah ini.
- Salah satu faktornya ialah kepincangan keluarga atau kesilapan ibu bapa sendiri

Isi 1
- Ibu bapa sibuk - kurang memberikan perhatian
- Anak-anak ketandusan kasih saying
- Anak-anak menjadi rapat dengan rakan sebaya
- Mudah terpengaruh dengan pelbagai aksi negatif rakan

Isi 2
- Ibu bapa abaikan didikan agama
- Anggap tidak penting demi masa depan
- Anak-anak membesar tanpa prinsip/pegangan mulia
- Mudah terjebak dalam gejala negatif

Isi 3
- Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak
- Terlalu mempercayai dan memberikan kebebasan keterlaluan
- Tidak mempedulikan gerak geri mereka
- Anak-anak mengambil kesempatan dan terlibat dalam pelbagai gejala sosial

Isi 4
- Ibu bapa gagal menunjukkan teladan yang baik
- Sesetengah ibu bapa sendiri terlibat dalam pelbagai gejala negatif seperti minum arak, berjudi dan mengunjungi kelab malam
- Anak-anak tiada pedoman
- Jadi mereka mula berkelakuan negatif kerana tidak nampak keburukan dalam aktiviti tersebut

Penutup
- Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada sesebuah keluarga
- Ibu bapa harus mendidik mereka dengan sempurna agar menjadi manusia berguna kepada bangsa dan negara

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment