Sunday, August 07, 2011

Faridah ( Kabus di Perbukitan) watak utama

Anak kembar kepada Kamarudin dan Salmah. Kakak kembar Rahayu, namun mereka berpisah ketika berusia tujuh tahun apabila ibu bapa mereka berpisah. Berkahwin dengan Ghazali iaitu Pegawai JKM. Setelah ibunya dan Ghazali meninggal dunia, dia sangat tertekan dan membawa diri ke New Zealand. Tidak pulang selama 25 tahun setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memperoleh dua orang anak kembar perempuan iaitu Anne dan Melina. Faridah seorang yang baik hati dan mulia, contohnya, dia suka berkhidmat untuk kanak-kanak isitmewa dengan bekerja di PDK Suria. Faridah juga seorang yang memahami, contohnya dia memahami penderitaan ibunya yang merana akibat kehilangan anak kembarnya iaitu Rahayu. Seterusnya Faridah kuat berpegang pada ajaran agama, contohnya, dia bersolat Tahajud selepas terjaga kerana bermimpi tentang ibunya dan juga arwah adiknya Rahayu. Di samping itu, yang Faridah seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan, contohnya, Faridah menggadaikan tanah untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand. Seterusnya penyayang, contohnya, Faridah sangat menyayangi anak-anaknya Anne dan Melina. Faridah juga seorang yang tabah, contohnya, Faridah tabah menghadapi dugaan apabila kembar yang dirinduinya iaitu Rahayu meninggal dunia. Akhir sekali, Faridah juga mempunyai jati diri tinggi apabila sentiasa merindui bumi Malaysia walaupun telah meniggalkan Malaysia selama 25 tahun

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment