Saturday, August 06, 2011

faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan seseorang individu yang ingin membeli kenderaan peribadi.

Pendahuluan
- Dalam perkembangan dunia moden hari ini, kenderaan peribadi sudah menjadi satu keperluan asas bagi sesetengah orang
- Pasaran kini dipenuhi pelbagai jenis kereta
- Namun, pembeli mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk membeli

Isi 1
- Faktor utama yang diambil kira oleh pembeli ialah harga kenderaan tersebut
- Pembeli mengambil kira kemampuan diri
- Juga memikirkan jumlah pinjaman yang boleh diperoleh
- Juga memikirkan jumlah bayaran ansuran bulanan

Isi 2
- Seterusnya pembeli juga memberikan pertimbangan berat terhadap khidmat lepas jualan yang disediakan oleh syarikat kenderaan tersebut
- Pembeli sedar hakikat kenderaan bermotor boleh menimbulkan pelbagai masalah
- Hal ini melibatkan kos dan masa
- Oleh itu akan hanya membeli sekiranya pasti syarikat menyediakan khidmat selepas jualan yang cekap

Isi 3
- Selain itu pembeli juga sering mengambil kira faktor ruang sesebuah kenderaan sebelum membuat keputusan untuk membelinya
- Kenderaan peribadi bukannya untuk kegunaan seorang individu tetapi untuk keluarga
- Akan mengambil kira faktor ruang untuk semua anggota keluarga dan barangan
- Tidak akan membeli kenderaan yang terlalu sempit

Isi 4
- Akhir sekali kebanyakan pembeli juga sering memikirkan harga yang boleh diperoleh semasa menjual semula kenderaan sebelum memutuskan jenis kenderaan yang hendak dibeli
- Pembeli sedar kenderaan tidak boleh digunakan selama-lamanya
- Akan mengutamakan kenderaan yang memberikan pulangan terbaik apabila dijual
- Hal ini akan mengurangkan beban untuk membeli kenderaan lain

Penutup
- Pembelian kenderaan merupakan satu komitmen kewangan yang besar
- Bukan suatu barangan yang murah
- Sewajarnya mengambil kira kesemua faktor di atas sebelum membuat keputusan

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment