RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Sunday, August 07, 2011

Contoh soalan bandingan novel (watak utama)

Berdasarkan dua novel yang anda baca, bandingkan dua watak utama yang terdapat dalam kedua-dua karya tersebut.

Langkah 1: pelajar perlu mengenal pasti watak utama kedua-dua novel tersebut.

Langkah 2: pelajar perlu mengetahui teknik menjawab perbandingan. Pelajar perlu huraikan persamaan dan perbezaan.

Langkah 3: semasa menghuraikan perbandingan, pelajar perlu menulis kata kunci dahulu seperti berikut yang telah digariskan.

Langkah 4: huraian perlu padat dan ringkas.

Langkah 5. semak semula jawapan.

Saya telah mempelajari dua novel, iaitu novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan. Fuad merupakan watak utama dalam novel Melunas Rindu manakala Faridah merupakan watak utama dalam novel Kabus di Perbukitan.

Kedua-dua watak utama mempunyai persamaan, iaitu seorang yang gigih dan tabah. Fuad gigih berusaha melaksanakan tugasnya sebagai guru sandaran dan tidak berputus asa mencari ibunya. Faridah tabah menghadapi cabaran apabila insan kesayangannya Rohayu adik kembar, ibunya puan Salmah dan Ghazali suaminya meninggal dunia.

cuba anda tulis persamaan yang kedua atau perbezaan perwatakan

anda boleh hantar jawapan kepada saya untuk semakan. Selamat mencuba.

http://adf.ly/1okqV

1 comment:

  1. cikgu, di mana saya boleh hantar jawapan untuk cikgu semakan?

    ReplyDelete