Tuesday, August 23, 2011

Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

Pendahuluan
-kraftangan merupakan satu cabang seni yang unik dan mempunyai nilai yang tersediri.
-kraftangan boleh menjadi lambing sesuatu negeri dan tradisi seperti wau yang terkenal di Kelantan dan anyaman tikar Sarawak.

Isi Pertama

Ayat fakta :
-peranan kerajaan dalam mempromosikan barangan kraftangan di mata dunia.

Ayat huraian :
-mengadakan promosi meluaskan pasaran kraftangan secara besar-besaran bagi menarik minat ramai pengusaha kraftangan.
-mengadakan minggu kraftangan peringkat antarabangsa untuk menggalakkan pengusaha kraftangan bergiat lebih aktif selain kerajaan dapat menyelam sambil minum air dengan menarik lebih ramai pelancong.

Ayat contoh :
-mempromosikan barangan kraftangan ketika mengadakan pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang diadakan di negara-negara luar.
-Kementerian Seni dan Budaya mengadakan minggu kraftangan bagi menghargai seni dan dan nilai keaslian barangan kraftangan yang dibuat ekslusif untuk minggu tersebut.

Ayat Penegas :
Jelaslah bahawa kerajaan memainkan peranan yang lebih dominan dalam mempromosikan barangan kraftangan.


Isi Kedua

AT :
-Kerajaan dan swasta memberikan sokongan dan dorongan.

AH :
-Memberikan pinjaman modal bagi pengusaha yang ingin meluaskan sayap pengusahaan kraftangan.
-Memberikan tumpuan dan dorongan terhadap industri kraftangan dengan merancang perkembangan semasa industri.
-Mengadakan bengkel kraftangan bagi mengajar dan memantapkan kemahiran seni kraftangan.

AC :
-Jabatan-jabatan seperti MARA memberikan pinjaman modal kepada pengusaha untuk memajukan lagi pengusahaan kraftangan.
-Kerajaan membuka peluang yang cerah dengan berusaha mencari pasaran di peringkat global.

AP :
-Galakan dan dorongan dapat menarik minat pengusaha dalam memajukan lagi industri kraftangan.


Isi Ketiga

AT :
-peranan media massa dalam menerapkan minat terhadap seni kraftangan.

AH :
-menarik minat masyarakat terhadap seni kraftangan.
-membantu meningkatkan permintaan orang ramai terhadap barangan kraftangan.

AC :
-Menyiarkan artikel menarik mengenai seni kraftangan.
-menarik minat orang awam dan sekaligus membantu memajukan industri kraftangan.

AP :
-Konklusinya, pihak media massa turut membantu memajukan industry kraftangan Malaysia.

UM :tak kenal maka tak cinta.


Isi Keempat

AT :
-kreativiti pengusaha barangan kraftangan

AH :
-memvariasikan hasil barangan kraftangan agar lebih menarik.
-mempromosikan barangan kraftangan dengan cara yang tersendiri.

AC :
-pengusaha barangan kraftangan Sarawak mempelbagaikan hasil kraftangan dari rotan, anyaman dan peralatan hiasan rumah.

AP :
-kreativiti pengusaha juga memberikan impak yang besar dalam memajukan industry kraftangan di Malaysia.


Isi Kelima

AT :
-sokongan masyarakat terhadap industry kraftangan itu sendiri.

AH :
-kebanyakan individu tidak menghargai nilai kesenian barangan kraftangan.
-menunjukkan perasaan kagum dan menghargai barangan kraftangan yang merupakan hasil karya terunik yang tidak semua pihak dapat menghasilkannya.

AC :
-masyarakat tidak memandang enteng terhadap usaha memajukan industri kraftangan serta memberikan sokongan yang berterusan.

AP :
-secara amnya, masyarakat juga turut membantu dalam memajukan industry kraftangan di Malaysia.

Penutup :
-Secara intihannya, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, tidak hilang ditelan zaman agar industri kraftangan ini terus maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita.

http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment