Wednesday, August 31, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Chemistry

1. What is a substance that used as a baking powder?

A. Sodium chloride
B. Sodium sulphate
C. Calcium carbonate
D. Sodium hydrogen carbonate. (/)

2. Which of the following statements is true about one mole of a substance?

A. 1 mole of magnesium contains 6 x 1023 molecules
B. 1 mole of carbon dioxide contains 6 x 1023 atoms
C. 1 mole of water contains the same number of molecules as the number of atoms in 12 g carbon-12. (/)
D. 1 mole of carbon monoxide contains the same number of atoms as the number of atoms in 12 g carbon-12.

3. Elements in Periodic Table are arranged according to the

A. Increasing of proton number (/)
B. Increasing of nucleon number
C. Increasing of the size of atoms
D. Increasing of number of electron

4. When metal in group 1 reacts with water, acidic solution and gas X produced. What is gas X?

A. Oxygen
B. Carbon dioxide
C. Chlorine
D. Hydrogen (/)

5. Covalent bond between atoms nitrogen and atoms hydrogen is formed when

A. Atom nitrogen receives electron from atom hydrogen
B. Atom hydrogen receives electron from atom nitrogen
C. Atom hydrogen donates electron to atom nitrogen
D. Both atoms share their valence electron (/)

6. Which of the following is a property of ionic compound

A. Need a lot of energy to break their bonds.(/)
B. Able to conduct electricity in solid state
C. Soluble in organic solvent
D. Easily to volatile

7. Which of the following statements correctly describe a strong acid?

I have a high pH value
II Ionizes completely in water
III Has a high concentration of hydrogen ions
IV reacts with alkali to produce salt and water

A. I and II
B. II and III (/)
C. I, II and III
D. I, II, III and IV

8. Which statement correct about noble gases

A. Exist as diatomic molecules
B. Do not formchemical bonds (/)
C. Form ions with different valencies
D. Combine with transition metals to form coloured compounds

9. What is the product of reaction when zinc is reacted with sodium carbonate?

I water
II hydrogen gas
III zinc carbonate
IV carbon dioxide gas

A. I and II
B. II and III
C. I, III and IV (/)
D. I, II, III and IV

10. A substance has the following properties:

• Hard and opaque
• Good insulator of heat and electricity
• Inert towards chemicals

Which of following substances has the above properties?

A. Ceramic (/)
B. Glass
C. Metal
D. Polymer

11. Which of the following statements is true about fat?

I Saturated fat can be converted to unsaturated fat by hydrogenation process.
II Fat form from the reaction between glycerol and fatty acid
III Palm oil is an example unsaturated fat
IV Fat is a natural ester

A. I, II and III
B. I, III and IV
C. II, III and IV (/)
D. I, II, III and IV

12. Which of the following is an oxidation process?

A. Propene changes into propane
B. Lead(II) oxide loses its oxygen
C. Magnesiumatomformsmagnesiumion. (/)
D. Chlorine molecule gains electrons.

13. Ali facing a lot of family problems and he is under depression. He cannot sleep normally for the last two weeks. Which of the following medicine could be suitable to treat him?

A. Codeine
B. Barbiturate (/)
C. Paracetamol
D. Streptomycin

14. Vinegar is used widely in fruit pickle industry. Which type of food additive is represented by vinegar?

A. Colouring agent
B. Thickener
C. Antioxidant
D. Preservative (/)

15. Which of the following characteristics shows that salt is suitable used as food preservative

A. Saltiness
B. Dehydrating property (/)
C. Easy to find
D. Toxicity

16. Dry hydrogen chloride gas is passed through methyl benzene for a few minutes. Which of the following statements is true about the liquid produced?

I it has a pH value of less than 7
II it consists of hydrogen chloride molecules
III it changes blue litmus to red
IV it does not conduct electric current

A. I and III only
B. II and IV only (/)
C. I, II and III only
D. I, II , III and IV

www.afterschool.my

Friday, August 26, 2011

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

4 a Nyatakan dua sebab berlakunya Perang Dunia Pertama

Jawapan
F1 Kemunculan nasionalisme
F2 Kewujudan pakatan negara-negara pakatan Eropah/ wujud Perikatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga
F3 Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
F4 Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand , pewaris takhta Austria-Hungary
F5 Jerman menyerang Perancis melalui Belgium
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

b Namakan dua negara yang menganggotai Pakatan Bertiga

Jawapan
F1 Jerman
F2 Austria-Hungary
F3 Itali
F4 Turki
F5 Bulgaria
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

c Namakan dua negara yang menganggotai Perikatan Kuasa Tengah

Jawapan
F1 Britain
F2 Perancis
F3 Rusia
F4 Itali
F5 Jepun
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

d Nyatakan dua kesan Perang Dunia Pertama

Jawapan
F1 Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah
F2 Termeterai Perjanjian Versailles pada Jun 1919
F3 Terbentuk beberapa buah negara baru
F4 Berubahnya peta Eropah
F5 Penubuhan Liga Bangsa
F6 Menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa serta menjamin keselamatan bersama
F7 Negara-negara yang berperang mengalami inflasi
F8 Berlakunya pengangguran
F9 Menanggung hutang peperangan yang tinggi
F10 Pasaran dunia dikuasai oleh amerika Syarikat dan Jepun
F11 Britain kehilangan 1/3 daripada sumber perdagangan luar
F12 Kehilangan nyawa yang ramai / kecederaan yang tinggi
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

e Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain?

Jawapan
F1 Menghormati undang-undang negara lain
F2 Menghormati kedaulatan negara lain
F3 Menghormati hak negara lain
F4 Tidak campur campur dalam hal-ehwal negara lain 1
F5 Menyelesaikan sebarangmasalah/pertikaian/ perselisihan melalui rundingan/diplomasi/
tolak-ansur
F6 Menggalakkan kerjasama dalam ekonomi/politik/sosial
F7 Bersatu-padu/ bekerjasama/ bantu membantu/ tolong-menolong mana-mana yang munasabah

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

Pada kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Mesir. Merekan mengasaskan Gerakan Islah.

3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islah

Jawapan
Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan
mereka terhadap Islam
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

(b) Namakan tokoh yang memimpin Gerakan Islah

Jawapan
F1 Syeikh Tahir Jalaluddin
F2 Syed Syed al-Hadi
F3 Dr. Burhanuddin al-helmy
F4 Hj. Abbas Muhammad Tah
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

(c) Senaraikan akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah untuk menyebarkan idea perjuangan mereka?

Jawapan
F1 Al-imam
F2 Neracha
F3 Idaran Zaman
F4 Pengasuh
F5 Al-ikhwan
F6 Saudara
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

(d) Nyatakan idea-idea yang disampaikan melalui Gerakakan Islah

Jawapan
F1 Menjana ajaran Islamdari sudut kemajuan dunia
F2 Gesaan memajukan ekonomi/pendidikan/sosial/politik orang melayu
F3 Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam
F4 Mengkritik raja yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
F5 Pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
F6 Pendidikan untuk orang perempuan
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

(e) Mengapakah Gerakan Islah hanya dapat bergerak di Negeri—negeri Selat?

Jawapan
F1 Masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Kaum Tua
F2 Undang2 dikeluarkan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda
F3 Kegiatan dakwah Kaum Muda (gerakan Islah) tidak dibenarkan kecuali mendapat kebanaran Sultan
F4 Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kuam Muda ke negeri-negeri Melayu
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

(f) Pada pandangan anda, mengapakah sebahagian masyarakat Melayu boleh menerima idea yang dibawa oleh Gerakan Islah?

Jawapan
F1 Sistem pendidikan Islam yang lebih terbuka
F2 Terdedah kepada ilmu agama yang lebih luas
F3 Lahir tokoh-tokoh agama yang mendapat pendidikan luar negara
F4 Terdapat kitab-kitab dan buku agama yang banyak
F5 Sikap pemimpin yang lebih terbuka danberpendidikan

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

2 Kerajaan Bani Umaiyah mempunyai dua fasa pemerintahan iaitu di Damsyik dan Cordova, Sepanyol iaitu bermula 661 M hingga 1031 M.

a Nyatakan dua perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah kerajaan Bani Umaiyah Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran sejurus sahaja menguasai kerajaan Islam.

Jawapan
i Sistem khalifah
ii Sistem Wazarah
iii Sistem Urus Setia
iv Sistem Hijabah
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

b Senaraikan tiga jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Bani Umaiyah untuk melicinkan urusan pentadbiran.

i Jabatan cukai
ii Jabatan Surat Menyurat
iii Jabatan Urusan Am
iv Jabatan Urusan
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

c Apakah tujuan penubuhan Diwanul Jundi?

Jawapan
Menguatkan sistem pertahanan
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

d Berikan dua sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah

Jawapan
i Kharaj ( cukai tanah)
ii Jizyah ( cukai perlindungan)
iii Zakat
iv Usyur ( cukai 1/10 dari hasil pertanian)
v Ghanimah ( harta yang dirampas oleh tentera melalui peperangan)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

e Berdasarkan kepada pengetahuan sejarah anda, apakah ciri pemimpin yang perlu ada untuk mengekalkan kegemilangan sesebuah kerajaan.

Jawapan
i Pusat ilmu
ii Pusat kegiatan ekonomi
iii Pusat perdagangan antarabangsa
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

1 Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek serta memberi sumbangan kepada peningkatan dalam bidang lain.

a Nyatakan matlamat pendidikan dalam negara kota Yunani berikut:

i Athens
Jawapan
Melahirkan insan yang seimbang pencapaiannya dari segi rohani dan jasmani

ii Sparta

Jawapan
Melahirkan warganegara tentera yang gagah dan setia kepada negara kota

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

b Nyatakan dua aspek yang diberi penekanan oleh pemerintah Rom dalam bidang pendidikan.

Jawapan
i Ilmu yang praktikal untuk membina kemudahan awamyang bermanfaat kepada rakyat Rom
ii Mementingkan semangat setia kepada Rom

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

c Apakah ilmu yang perlu dikuasai oleh bakal Brahmin dalam sistem pendidikan dalam tamadun India?

Jawapan
i. Menghafal kitab Veda dan buku agama yang mengandungi peraturan ritual, mentera, dan
lagu-lagu agama.
ii. Mempelajari karya saintifik dan falsafah

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

d Senaraikan tiga ciri sistem peperiksaan awam yang dijalankan dalam tamadun China.

i Peniru dalam peperiksaan akan dihukum mati
ii Pemeriksaan akan dikurung sebelum tiba tarikh peperiksaan
iii Calon akan dikurung dalam bilik khas selama tiga hari untuk menulis jawapan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

e Dalam konteks masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa, pendidikan menjadi faktor utama dalam memupuk perpaduan kaum. Nyatakan dasar pendidikan yang sesuai diamalkan untuk mengekalkan perpaduan kaum.

i. Sistem persekolahan dan peperiksaan yang sama bagi semua penduduk
ii.Kurikulum yang bercorak kebangsaan, iaitu berciri Malaysia


http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SEJARAH

• Madana
• Civitas
• Madain

1 Apakah persamaan perkataan dalam senarai di atas

A Pengertian bandar (/)
B Petempatan awal
C Maksud tamadun
D Negara kota terawal

2 Mengapakah Raja-raja Dinasti Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik

A Mendapat mandat
B Ramalan tukang nujum
C Berketurunan pemerintah agama (/)
D Selaras dengan konsep Shang T

3 Kedatangan orang Aryan ke Lembah Indus telah membawa satu budaya dan tahap baru dan dikenali sebagai Zaman Vedik.Mengapakah zaman ini dikenali sebagai zaman Vedik ?

A Kelahiran Raja Veda
B Kemunculan Sami Veda
C Kelahiran kitab-kitab Veda (/)
D Kemenangan orang-orang Viking

4 Antara berikut manakah yang telah dilakukan oleh Shih Huang Ti semasa pemerintahannya?

I Memusnahkan buku-buku yang mengandungi ajaran Confucius
II Menjalankan pemerintahan berdasarkan falsafah Legalisme
III Menghapuskan sistem kasta
IV Menjalankan pemerintahan secara demokrasi

A I dan II (/)
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

5 Pompei merupakan bandar terpenting di bawah pemerintahan Rom yang mempunyai pelbagai kemudahan. Di antara kemudahan yang terdapat di situ ialah

I Pejabat
II Mahkamah
III Pejabat pos
IV colloseum

A I, II dan III
B I, II dan IV (/)
C I,III dan IV
D II, III dan IV

• Borobudur
• Angkor Wat

6 Apakah tujuan pembinaan candi di atas?

I Tempat beribadat
II Tempat menyimpan dokumen
III Melambangkan orde kosmos
IV Melambangkan keagungan seseorang pemerintah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV (/)
D II, III dan IV

7 Mengapakah rakyat kerajaan awal di Asia Tenggara takut untuk menderhaka kepada raja?

I Raja dianggap sebagai bayangan Tuhan
II Raja memiliki kesaktian
III Raja terdiri daripada keturunan dewa-dewi
IV Raja dapat memberikan kebahagiaan

A I dan II (/)
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8 Sebagai Rasulullah, bagaimanakah Nabi Muhammad SAW membetulkan akidah masyarakat Arab Jahiliah?

A Menghapuskan amalan animisme
B Menanamkan keimanan kepada Allah S.W.T (/)
C Menggalakkan mereka membaca kitab agama
D Meyakinkan mereka tentang kedudukan baginda sebagai Rasulullah

9 Mengapakah golongan hamba tertarik untuk memeluk Islam?

A Taraf yang sama (/)
B Pembahagian zakat harta yang adil
C Pengagihan harta rampasan
D Jaminan keselamatan keluarga

10 Apakah sumbangan yang diberikan oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz pada zaman pemerintahannya?

A Membina hospital pertama di Damsyik
B Menubuhkan pusat pusat pengajaran di Andalusia
C Mendirikan hospital penyakit kusta
D Mengasaskan perpustakaan Cordova (/)

11 Antara berikut, manakah syarat Perjanjian Hudaibiyah yang tidak dipatuhi oleh kaum Quraisy?

A Gencatan senjata selama 10 tahun (/)
B Kabilah Arab bebas memihak kepada sesiapa sahaja
C Memulangkan orang Quraisy yang memihak kepada Madinah
D Tidak memulangkan orang Islam yang berpihak kepada mereka

12 Bagaimanakah bidang pertanian mencapai kemajuan semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia?

A Penggunaan baja menyuburkan tanah
B Penerokaan kawasan hutan untuk pertanian
C Penciptaan jentera moden dalam pembajakan
D Penyelidikan dalam menghasilkan benih berkualiti (/)

13 Antara berikut, fasal yang tidak terkandung dalam Hukum Kanun Melaka ialah

A Tanggungjawab sultan
B Hukum jenayah
C Undang-undang keluarga
D peraturan laut (/)

• Kerajaan Mindanao
• Kerajaan Sulu

14 Bagaimanakah kedua-dua buah kerajaan di Filipina di atas menerima Islam?

A Pendakwahan (/)
B Perdagangan
C Penaklukan
D Perkahwinan

15 Mengapakah orang Eropah terpaksa mencari jalan alternatif untuk ke Timur?

A Galakan daripada Putera Henry
B Semangat inkuiri yang kuat
C Mencari jalan mudah ke Timur
D Penguasaan jalan perdagangan oleh orang Islam (/)

16 “ Kemunculan Renaissance berkait dengan Humanisme” Apakah kesan daripada kemunculan tersebut?

A Manusia dapat berdagang tanpa sempadan
B Ketenteraan dan pertahanan Eropah semakin kuat
C Golongan raja dan pembesar hilang kuasanya
D Manusia dapat berfikir tanpa sekatan agama (/)

17 Apakah kesan pengenalan tarif terhadap Negara Britain?

A Penerokaan hasil bumi secara meluas di tanah jajahannya
B Pengenalan sistem mata wang kepada tanah jajahannya
C Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika (/)
D Britain menggerakkan Revolusi perindustrian secara besar-besaran

Portugal dan Sepanyol menandatangani perjanjiannTordesillas pada 1494

18 Apakah implikasi perjanjian di atas terhadap kedua-dua kuasa tersebut?

A Keruntuhan Monarki Baru
B Kerjasama politik dipereratkan
C Pembahagian kawasan pengaruh (/)
D Perbezaan mazhab agama ditamatkan

19 Pada pengetahuan sejarah anda, kenapakah British membawa masuk buruh dari China secara beramai-ramai pada kurun ke-19?

A Menjayakan perusahaan getah
B Mengusahakan lombong bijih timah (/)
C Menjalankan kegiatan perdagangan
D Membina jalan raya dan landasan kerata api

20 Apakah tujuan utama penubuhan hospital Tung Shin di Kuala Lumpur?

A Mengawal wabak penyakit
B Membantu klinik luar bandar (/)
C Memberi khidmat khas kepada pelombong
D Membuat penyelidikan tentang penyakit berjangkit

21 • Sistem Tanaman Paksa di Indonesia
• Sistem Polo di Filipina

Apakah persamaan dasar ekonomi di atas yang diperkenalkan oleh penjajah Barat?

A Meningkatkan taraf sosial
B Menambah jumlah eksport
C Membasmi kemiskinan
D Menindas penduduk pribumi (/)

• Hluttaw, Wun, Myothugyi, Athi

22 Maklumat di atas merujuk kepada pentadbiran tradisional di

A Thailad
B Vietnam
C Filipina
D Burma (/)

23 Mengapakah Parti Sarekat Islam mendesak Belanda menubuhkan Volksraad?

A Peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pentadbiran
B Menyekat penularan pengaruh asing di kalangan penduduk tempatan
C Mendesak Belanda mengadakan pilihanraya membentuk kerajaan
D Langkah awal ke arah kemerdekaan Indonesia (/)

24 Perjuangan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) termasuklah

I Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura
II Menjadi wakil orang Melayu dalam pentadbiran British
III Mendapatkan petempatan untuk orang Melayu di Singapura
IV Memperjuangkan pemerintahan sendiri untuk kerajaan Singapura

A I,II dan III (/)
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

25 Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan itu dilakukan?

A Pengenalan pendidikan sekular
B Pengenalan peraturan tanah (/)
C Perlucutan jawatan pembesar
D Pembunuhan penduduk tempatan

27 Mengapakah Count Camillo di Cavour menyanjung amalan realpolitik?

A Kestabilann politik terjamin
B Kejayaan menyatukan Itali (/)
C Kerjasama dengan negara jiran
D Kemakmuran ekonomi negara

28 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah buktinya

A Pemerintah raja berkuasa mutlak
B Perlembagaan bertulis yang lengkap (/)
C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
D Persamaan dengan Hukum Kanun Melaka

Negeri Sembilan mengamalkan Sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih

29 Dalam sistem pemerintahan Adat Perpatih kedaulatan negara ditentukan oleh

A Rakyat (/)
B Ketua Suku
C Pembesar daerah
D Yang Dipertuan Besar

Malayan Union ------> Negeri jajahan British

30 Berdasarkan maklumat di atas, pentadbiran Malayan Union tertakluk kepada

A Pejabat Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
B Parlimen British di London (/)
C Pejabat Tanah Jajahan di London
D Pejabat Luar British

31 Megapakah orang Melayu menentang Malayan Union?

I Sultan dan raja Melayu menerima ugutan dari Sir Harold MacMichael
II Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berbincang
III Sultan menandatangani perjanjian atas dasar setia kawan
IV Sultan menganggap Malayan Union melambatkan usaha kemerdekaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV (/)

Barisan Sosialis -------> Gagasan Malaysia di Singapura

32 Pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada Barisan Sosialis di Singapura. Mengapakah penentangan ini berlaku?

A Menganggap satu bentuk penjajahan baru (/)
B Tiada keyakinan terhadap Tunku Abdul Rahman
C Bimbang pengaruh komunis disekat
D Ingin memerdekakan diri sendiri dahulu

33 Mengapakah Perlembagaan Malaysia bersifat luhur

A Perlembagaan melarang perkara sensitif dipersoalkan
B Ahli parlimen berkuasa meminda perlembagaan negara
C Kerajaan negeri berhak mempunyai perlembagaan sendiri
D Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan (/)

34 Maklumat berikut adalah syarat-syaratnya
• Berusia 21 tahun
• Sempurna akal
• Tidak muflis

A Menjadi calon pilihan raya (/)
B Mengundikan dalam pilihan raya
C Memohon taraf kewarganegaraan
D Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam

35 Apakah sistem persekolahan yang dilaksanakan selepas kajian berikut di buat

Kajian Aminuddin Baki ---------> Menampung pelajar yang gagal
memasuki sekolah menengah akademik

A Dua bahasa pengantar
B Pendidikan percuma
C Sekolah vernakular
D Aneka jurusan (/)

36 Mengapakah program pembangunan in-situ diperkenalkan?

A Melarang pembangunan industri
B Memudahkan operasi sektor swasta
C Meningkatkan pendapatan sektor pertanian
D Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah (/)

37 Bagaimanakah dasar berikut dilaksanakan?

• Dasar Hala Tuju Cara Baru

I Mendirikan pusat latihan kemahiran
II Mengelompokkan kampung-kampung
III Melaksanakan program usahawan desa
IV Membuka tanah pertanian besar-besaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III (/)
D III dan IV

38 Mengapakah pertubuhan ASA dibubarkan pada tahun 1967?

A Ancaman komunis
B Penubuhan Malaysia (/)
C Campurtangan asing
D Konfrontasi Indonesia

39 Apakah elemen penting yang terdapat dalam LaporannPenyata Razak 1956?

I Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
II Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
III Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
IV Membina lebih banyak pusat latihan perguruan

A I dan II (/)
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

40 Mengapakah cukai yang rendah terhadap eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain terhakis?

A Malaysia menarik diri dari Komanwel
B Bitain menganggotai Kesatuan Eropah (/)
C Malaysia mengamalkan pedagangan bebas
D Britain membuka pertubuhan Komanwel

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN

afterschool.my
http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan dan kekangannya kepada anak-anak.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan melalui kerjasama dengan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai, ibarat kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan malah kejayaan atlet negara dalam bidang sukan akan menjunjung nama Malaysia seantero dunia.

Ibu bapa boleh dianggap jurulatih kedua kepada anak-anak mereka. Mereka boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai, sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contoh ibu bapa perlu membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut, dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi anak-anak mereka seperti raket badmintan, squash, dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan serta mereka mampu melakar kemenangan malah mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri, dan negara.

Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu anak-anak yang berbakat dalam bidang sukan tertentu boleh melibatkan diri dalam sukan atau permainan yang mereka minati melalui saluran yang betul. Dengan cara inilah maka bakat mereka boleh digilap dan penyertaan mereka akan menjadi perhatian pihak berkenaan untuk ditingkatkan kepada tahap profesional. Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara ini, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut.
Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan. Seterusnya mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi.

Dalam usaha menanam minat yang lebih dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Impaknya, anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan
tersebut dan berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut malah, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam
majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Tuntasnya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingankan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak
ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak dilahirkan dengan kecergasan dan minat yang berbeza. Kita mahu
agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam pelbagai bidang. Perkara ini akan menjadi realiti jika perpatah, genggam bara api biar sampai jadi arang sentiasa menjadi amalan dalam diri orang yang ingin akan kejayaan.

Dipetik daripada Fokus Karangan SPM 2010
sumber daripada Cikgu Mohd Khir Kassim

Soalan 2 (a) Petikan Umum
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri.

i. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti yang terdapat dalam petikan? [2 markah]

JAWAPAN
i. Maksudkan melakar kemenangan ialah mengukir kejayaan
(maksud berdasarkan petikan bukan sinonim daripada kamus- 2 markah)

ii. Kemukakan beberapa langkah untuk menarik perhatian anak-anak agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan. [4 markah]

JAWAPAN
ii. Beberapa langkah yang perlu di laksanakan pada peringkat sekolah bagi menarik perhatian pelajar-pelajar agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan ialah menyediakan guru khas
sukan/permainan agar pelajar didedahkan dengan peraturan permainan/sukan yang betul/menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalani latihan/memberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan agar mereka rasa dihargai/ menyediakan kelas-kelas
tambahan/tution sekiranya mereka ketinggalan dalam akademik/menyediakan peralatan sukan yang bermutu tinggi. (idea daripada calon sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan – maksimum 4 isi)

iii. Nyatakan manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan. [3 markah]

JAWAPAN
iii. Manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut/berusaha untuk menceburi bidang tersebut dengan lebih serius/mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut/kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat/motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. (Jawapan dari dalam petikan – maksimum 3 isi)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

JAWAPAN RUMUSAN

Pendahuluan
Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas (mengikut tema petikan bukan sinonim kepada perkataan) ibu bapa dalam mengalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.

Isi tersurat
(ambil seperti yang terdapat dalam petikan. Tidak perlu edit atau ubah ayat agar maksud ayat tidak berubah. Peranan ibu bapa sahaja))

1. ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral
2. mereka/ibu bapa boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk
anak-anak mereka.
3. ibu bapa juga boleh mengalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif.
4. ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum (seperti sukan dan permainan)
5. ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi.
6. ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan.
7. mereka/ibu bapa juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.
8. ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka.
9. ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik sematamata/
mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka.

Isi tersirat (perlukan idea daripada calon sendiri, jangan ambil/cedok daripada petikan) kekangannya kepada anak-anak (kekangan/halangan yang dihadapi oleh anak-anak sahaja)

1. anak-anak/pelajar dibebani kerja rumah
2. anak-anak tidak mendapat galakkan daripada ibu bapa/minat anak-anak dalam bidang sukan ditentang oleh ibu bapa
3. anak-anak lebih berminat bermain peralatan elektronik(play station/game/telefon bimbit)
4. anak-anak tidak mampu membeli peralatan sukan sendiri

Kesimpulan
(perlu ada cadangan - kesimpulannya dan harapan - agar)

Kesimpulannya, Ibu bapa perlulah menyokong minat anak-anak dalam bidang sukan agar mutu sukan negara cemerlang / pencapaian anak-anak dalam bidang sukan cemerlang.

*pastikan bilangan perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan kerana isi selepas 120 patah perkataan tidak akan disema

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KARANGAN UMUM

4. Keganasan dan tunjuk perasaan yang menyebabkan kekacauan dan peperangan di kebanyakan dunia telah mencetus kesengsaraan dan penderitaan dalam kalangan rakyat. Keadaan ini telah mengganggu pembangunan sosial dan ekonomi negara.
Ulaskan penyataan di atas.

Rangka karangan
– karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan sedang berlaku di seluruh dunia bagi menjawab soalan ini.

Pendahuluan
– jenis-jenis kekacauan yang berlaku di seluruh dunia seperti tunjuk perasaan/perang saudara/serangan oleh kuasa luar/besar. Faktor kekacauan dan negara yang terlibat seperti di Iraq yang diserang AS, Mesir, Thailand, dan Libya tunjuk perasaan dan keganasan rakyat, rakyat Palestine yang diserang Israel, Pakistan - ras dan agama

Isi
– Penderitaan rakyat – diseksa/kematian/dirogol/kehilangan keluarga/kehilangan tempat tinggal dan harta/kebuluran/penyakit/keciciran dalam pelajaran/pelarian/jenayah. Ekonomi dan kemajuan negara – negara /bangunan/infrastruktur
musnah. Pendidikan terbantut. Sumber pendapatan negara berkurangan/tiada. Negara menjadi miskin – setiap isi dikukuhkan dengan bukti negara-negara yang terlibat.

Penutup
– jadikan pengajaran/negara-negara lain perlu bantu, PBB perlu tegas,campur tangan,adil.

*Peribahasa – gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KARANGAN UMUM

3. Sebagai pakar pemakanan anda telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Pemakanan Seimbang Menjamin Kecerdasan Minda.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka karangan – karangan format berbentuk ceramah

Pendahuluan
– ucapan alu-aluan kepada tetamu kehormat dan hadirin/ucapan penghargaan/tajuk ceramah
Isi – Faktor pemakanan seseorang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit seperti jantung, buah pinggang,darah tinggi,kencing manis,barah Masyarakat perlu menjaga pemakanaan yang seimbang bukan sahaja untuk mengelakkan penyakit berbahaya, malah bagi
menjamin kecerdasan minda. Pengambilan makanan yang seimbang iaitu yang mengikut piramid pemakanan. Orang ramai terutama remaja yang sedang membesar perlukan pemakanan seimbang supaya otak berfungsi dengan lebih aktif. Remaja perlukan kesihatan yang baik kerana merekalah bakal peneraju negara.

Penutup
– tegaskan perlunya pemakanan seimbang agar masyarakt dapat hidup sihat dan dapat mencurahkan tenaga untuk manfaat kepada diri sendiri dan juga negara. Ucapan terima kasih.

* Peribahasa -badan sihat/cergas otak cerdas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KARANGAN UMUM

2. Gejala pembuangan bayi berleluasa akhir-akhir ini. Masalah ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak.
Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala negatif ini daripada merebak.

Rangka karangan - karangan berbentuk pendapat

Pendahuluan
– jenis-jenis gejala sosial/jenis remaja yang telibat/faktor kegagalan ibu bapa.

Isi
– langkah-langkahnya ialah ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Anak-anak perlu dibekalkan dengan ilmu agama yang mncukupi
- ibu bapa wajar mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Bertanggungjawab terhadap
kebajikan/keperluan anak-anak. Memantau pergerakan anak-anak di rumah, sekolah, dan semasa anak-anak keluar dengan rakan-rakan. Mengenali rakan anak-anak. Menunjukkan teladan yang baik.

Kesimpulan
– Ibu bapa perlu mengambil langkah yang drastik/positif dalam membentuk jati diri anak-anak agar terhindar daripada gejala sosial yang semakin membengkak dalam kalangan remaja masa kini.

*Peribahasa- duri dalam daging. Seperti menatang minyak yang penuh. Sudah terantuk baru terngadah.

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KARANGAN UMUM

1. Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar.
Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini.

Rangka karangan – karangan bentuk pendapat

Pendahuluan – maksud kitar semula/bila program kitar semula mula diaksanakan

Isi
- Peranan remaja iaitu melatih diri/
- mendisiplinkan diri mengumpul barangan yang boleh dikitar semula.
- Mengajak rakan-rakan/adik-adik agar menyertai program ini.
- Melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak kerajaan/NGO.
- Mulakan tabiat mengumpul barang yang boleh dikitar semula di rumah/sekolah.

Kesimpulan
– harapan agar program ini mendapat sambutan setiap rakyat di Malaysia agar negara bebas daripada ancaman pencemaran dan kepupusan bahan mentah.

*kemukakan beberapa peribahasa seperti hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Beringat-ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kedua-dua adik-beradik itu sangat bernas dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

(ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung oleh para-para pekerja itu

(iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur ke seluruh dunia.

Jawapan
Ada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa sahaja
Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Catat perkataan yang salah dan jawapan yang betul sahaja.

(i) Kedua-dua adik-beradik (Kedua-dua beradik) itu sangat bernas (cerdik/pandai/cerdas) dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

(ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung (dipikul) oleh para-para pekerja (para pekerja) itu.

(iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi (memperluas/perluaskan lagi/memperluaskan)
perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur (terkenal) di seluruh dunia.

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Dalam ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan atau imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Ibubapa sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan bersendirian.

(ii) Keretapi itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat.

(iii) Dia memperolehi pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji lima orang pekerja. [6 markah]

Jawapan
Ada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan sahaja. Tulis perkataan yang salah
dan perkataan yang telah dibetulkan sahaja.

(i) Ibubapa – (ibu bapa) sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan (berjalan) bersendirian.

(ii) Keretapi (kereta api) itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat (tempatan)

(iii) Dia memperolehi (memperoleh) pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji (menggaji) lima orang pekerja.

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KOMSAS

Soalan 2 (d) Puisi Moden
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lena
Bangkitlah
Matahari sudah tinggi
Di puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi ini
Burung-burung berterbangan di udara
Dan pepohon hijau merendang daunnya
Apa kau masih belum bangkit?

Bangkitlah
Jangan sesal nanti
Madu bumi yang kekeringan
Isi laut kekosongan

Anak-anak
Esok apa yang akan kaumakan?
Tanah atau batu atau debu?
Kau mahu terus nangis
Tanpa air mata?

Kalau tidak
Bangkitlah
Dan perut belantara menjadi ladang
Matahari belum lagi rembang
Dan burung-burung belum lagi
menjamah awan!

Rejab F.I,
dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku DBP

Soalan
i. Berdasarkan rangkap ketiga, mengapakah penyajak menyeru agar anak bangsanya agar bangkit? [2 markah]

Jawapan
i. Berdasarkan rangkap ketiga, penyajak menyeru anak bangsanya agar bangkit daripada lena/lalai supaya mereka tidak menyesal melihat hasil bumi berkurangan disebabkan pembangunan - (2 markah)

ii. Cadangkan beberapa usaha yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan-rakan anda yang hanyut dibuai kemajuan teknologi. [3 markah]

Jawapan
ii. Beberapa usaha yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan-rakan yang hanyut dibuai kemajuan teknologi ialah menasihati mereka agar sedar bahawa anak-anak Malaysia perlu berjuang sekiranya tidak mahu negara ketinggalan/bersama-sama menggunakan kemudahan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri atau negara/menggalakkan mereka mengceburi aktiviti riadah/sukan/kebajikan (perlu idea sendiri – maksimum 3 isi)

iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

Jawapan
iii. Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas ialah kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka/kita perlu merebut peluang yang ada di depan mata sekiranya ingin berjaya/kita perlu bersaing dengan bangsa lain sekiranya ingin maju/kita jangan
leka kerana kelekaan akan menyebabkan kita ketinggalan.
(perlu ada huraian ringkas– maksimum 3 isi)

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KOMSAS

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad.

Tinggallah Merah Silu dan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengakuakan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.

Tiada berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam
dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”

Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelahmenyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu dalam Antologi Harga Remaja DBP)


(i) Mengapakah Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga. [3 markah]

Jawapan
(i) Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga kerana hanya mereka berdua yang hidup, nenek dan ibu bapa mereka telah terbunuh, sekiranya mereka terus tinggal di situ mereka tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan mereka perlu mencari tempat tinggal yang lebih baik. (maksimum 3 isi)

(jawapan ada dalam petikan namun, calon perlu ubah kepada ayat moden - betapa bicara
kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah
hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana)


(ii) Sekiranya anda Merah Hasum, setujukan anda dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga. Berikan alasan anda. [3 markah]

Jawapan
(ii) Sekiranya saya Merah Hasum, saya akan setuju dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga kerana Semerlanga sudah tidak selamat didiami/saya dan Merah Silu mungkin dibunuh oleh musuh/sudah tiada sumber untuk membangunkan kerajaan Semerlanga/keluarga telah tiada/membawa kenangan yang amat menyedihkan/perlu meneruskan
hidup dan panjangkan zuriat. Saya tidak akan setuju kerana saya dan Merah Silu perlu meneraju semula kerajaan Semerlanga yang kematian raja/saya dan Merah Silu sahaja zuriat raja yang tinggal/mesti berani mengalahkan musuh yang membunuh keluarga saya/masih ada pengikut yang berjanji akan taat setia
(Boleh pilih sama ada setuju atau tidak – maksimum 3 isi)


(iii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita. [3 markah]

Jawapan
(ii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah nilai taat setia contohnya rakyat yang mengaku akan taat setia kepada Merah Silu dan Merah Hasum/nilai kecekalan/keyakinan, Merah Silu dan Merah Hasum berani menghadapi cabaran untuk berhijrah bagi memulakan kehidupan baru/nilai kesepakatan, Merah Silu dan Merah Hasum bersepakat untuk berhijrah (pilih satu nilai dengan satu contoh yang ada dalam petikan sahaja) dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita ialah nilai murah hati/
nilai menghormati tetamu/nilai berdikari/nilai keberanian (pilih dua nilai beserta dua contoh dan tidak boleh diambil daripada petikan – maksimum dua isi daripada keseluruhan petikan)

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 KOMSAS

Soalan 2 (b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Dialah yang mengetuai kami berpindah. Dialah yang mengusung Jarah. Dia jugalah yang mengumpulkan kami ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dia tertinggal dalam saat akhir apabila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak ada
seorang pun antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang, dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain Mak Bidah, isterinya juga tidak
sedar. Sekarang Mak Bidah mula meraung. Ketiadaan Pak Husain, pahlawan kami menjadi suatu kumpulan fikiran kami bersamasama. Sebagai lazimnya dalam saat-saat yang menekan maut di mana-mana, kehilangan itu terpaksa ditelan. Tiap-tiap kami hanya mendoakan dalam hati.

Kami berkumpul di Dal.
Ketika matahari benar-benar mencerahkan seluruh penglihatan kami, mata kami dan pendengaran kami dengan segera tertumpupada dengungan kapal terbang. Ya, kapal terbang! Kami tidak mendengar sebelum menjelang jam tujuh pagi. Kapal-kapal terbang
yang bertanda bulat matahari menggegarkan suasana pagi jam sembilan. Kelajuannya yang seperti lang sewang telah menyemburkan rentetan peluru dan bom.

Nyata kepada kami bahawa benteng Kuala Pak Amat sudah jatuh. Secara automatik, aku melihat wajah Pak Husain yang
berkecai-kecai dalam batinku. Bagaimana benteng di Dasar dan Sabak? Aku tidak tahu.

Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung
oleh Othman Kelantan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku

i. Apakah punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh. [2 markah]

Jawapan
i. Punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh ialah serangan kapal terbang / bom yang digugurkan daripada kapal terbang tentera Jepun
(Jawapan dari dalam petikan namun perlu diolah supaya jawapan lebih jelas - 2 markah)


ii. Cadangkan beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk menyertai Program Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. [4 markah]

Jawapan
ii. Beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah paparkan kesengsaran rakyat
menanggung derita akibat peperangan/ keganasan semasa penjajahan Jepun/Inggeris. Jadikan prasyarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau untuk mendapatkan pekerjaan. Adakan kempen penyertaan beramai-ramai dengan menawarkan ganjaran
seperti peluang untuk mendapatkan biasiswa. Mewajibkan semua belia yang telah menamatkan persekolah agar menyertai PLKN.
(Jawapan daripada idea sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan – maksimun 4 isi)


iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan, dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]

Jawapan
iii. Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemusnahan akibat penjajahan contoh benteng Kuala Pak Amat telah musnah akibat dibom @ tabah meneruskan perjuangan walaupun tanpa pemimpin contohnya penduduk Kuala Pak Amat terpaksa meneruskan perjuangan mereka menyelamatkan diri walaupun tanpa Pak Husin yang selama ini dianggap pejuang mereka.

(Pilih satu isi beserta contoh yang terdapat dalam petikan sahaja)
Dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah keberanian dan
kecekalan dalam menentang musuh/kerjasama antara anggota masyarakat dalam
menghadapi kesukaran/mengenang jasa tokoh yang telah berjasa/membina semula
kehidupan selepas kesengsaraan hidup/hormat kepada warga tua

(Kemukakan dua isi beserta contoh yang bukan terdapat dalam petikan tetapi dalam
cerpen- maksimum 2 isi)

http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(b) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan sujek dan predikat ayat berkenaan.

(i) Seorang pelajar telah memenangi hadiah itu.

(ii) Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita.

(iii) Kebanyakan calon tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat.

(iv) Setengah-setengah rumah itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

(v) Ibu bapa dan kalangan pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi.

(vi) Setiap tuntutan dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab. [6 marka]

Jawapan
(i) Seorang pelajar (S) telah memenangi hadiah itu (P)

(ii) Penyalahgunaan dadah (S)dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita(P)

(iii) Kebanyakan calon (S)tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat (P)

(iv) Setengah-setengah rumah (S)itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi (P)

(v) Ibu bapa dan kalangan pendidik (S) perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi (P)

(vi) Setiap tuntutan (S) dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab (P)

afterschool.my
http://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat daripada setiap penggandaan berentak di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

i. Tunggang-langgang
ii. Gegap-gempita
iii. Kacau-bilau
iv. Kusut-masai
v. Lintang-pukang
vi. Haru-biru [6 markah]

Panduan menjawab soalan
(a) Bina satu ayat sahaja dan perkataan yang diuji mesti ada dalam ayat. Boleh bina ayat aktif/ayat pasif/ayat cakap ajuk yang menunjukkan maksud perkataan atau ayat perbualan yang lengkap dengan tanda bacaan.

i. Tunggang-langgang -berlari pontang-panting/keadaan tempat (bilik)yang tidak kemas

ii. gegap-gempita -keadaan riuh-rendah

iii. Kacau-bilau -keadaan yang sangat kacau/tidak tenteram

iv. Kusut-masai -kedudukan perkara yang sangat bercelaru/fikiran yang tidak tenteram/keadaan diri yang tidak kemas

v. Lintang-pukang -bergerak bertempiaran

vi. hiru-biru -keadaan yang bising/kekacauan atau berlaku rusuhan

afterschool.my
ttp://adf.ly/1okqV

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 (NOVEL)

SOALAN
(a) Nyatakan nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang anda kaji dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. [7 markah ]

JAWAPAN
(a) Nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang dikaji ialah (Papa...) nilai bertanggungjawab / nilai belas kasihan/ nilai kasih sayang / nilai hormat-menghormati

(Interlok – nilai kegigihan – Kim Lock sekeluarga gigih menempuhi kehidupan semasa berhijrah dari tempat asal mereka ke Tanah Melayu dan berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barang hasil daripada kegigihan mereka. Nilai cinta akan
tanah air – Seman/Kim Lock dan Maniam sama-sama memerangi komunis melalui kerjasama dengan unit keselamatan. Nilai bekerjasama Pak Musa membantu Maniam semasa Maniam dipukul semasa keluar dari Cangkat Lima -

(pilih sama ada novel yang dipelajari semasa di tingkatan empat atau lima. Beri kekurang-kurangnya dua isi beserta contoh – 4 markah untuk isi dan 3 markah bahasa =7 markah)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SOALAN
(b) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji. [8 markah]

JAWAPAN
(b) Dua latar masyarakat yang terdapat dalam Papa.. ialah masyarakat bandar yang terdiri daripada golongan elit dan berpendidikan tinggi/masyarakat yang mementingkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan/masyarakat yang mengutamakan pendidikan/masyarakat yang prihatin(4 markah ) manakala dua latar masyarakat dalam Interlok ialah masyarakat majmuk/masyarakat yang suka berhutang/masyarakat
yang gigih bekerja/masyarakat yang suka menolong/masyarakat yang mengenang jasa/masyarakat mempercayai akan khabar angin/masyarakat komunis yang zalim –
(4 markah)

Perlu disokong dengan contoh yang sesuai. Sekiranya calon menyatakan latar
daripada satu novel sahaja calon hanya akan mendapat markah maksimum 4 sahaja)

afterschool.my
http://adf.ly/1okqV

Tuesday, August 23, 2011

Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia.

Pendahuluan
-kraftangan merupakan satu cabang seni yang unik dan mempunyai nilai yang tersediri.
-kraftangan boleh menjadi lambing sesuatu negeri dan tradisi seperti wau yang terkenal di Kelantan dan anyaman tikar Sarawak.

Isi Pertama

Ayat fakta :
-peranan kerajaan dalam mempromosikan barangan kraftangan di mata dunia.

Ayat huraian :
-mengadakan promosi meluaskan pasaran kraftangan secara besar-besaran bagi menarik minat ramai pengusaha kraftangan.
-mengadakan minggu kraftangan peringkat antarabangsa untuk menggalakkan pengusaha kraftangan bergiat lebih aktif selain kerajaan dapat menyelam sambil minum air dengan menarik lebih ramai pelancong.

Ayat contoh :
-mempromosikan barangan kraftangan ketika mengadakan pelancaran Tahun Melawat Malaysia yang diadakan di negara-negara luar.
-Kementerian Seni dan Budaya mengadakan minggu kraftangan bagi menghargai seni dan dan nilai keaslian barangan kraftangan yang dibuat ekslusif untuk minggu tersebut.

Ayat Penegas :
Jelaslah bahawa kerajaan memainkan peranan yang lebih dominan dalam mempromosikan barangan kraftangan.


Isi Kedua

AT :
-Kerajaan dan swasta memberikan sokongan dan dorongan.

AH :
-Memberikan pinjaman modal bagi pengusaha yang ingin meluaskan sayap pengusahaan kraftangan.
-Memberikan tumpuan dan dorongan terhadap industri kraftangan dengan merancang perkembangan semasa industri.
-Mengadakan bengkel kraftangan bagi mengajar dan memantapkan kemahiran seni kraftangan.

AC :
-Jabatan-jabatan seperti MARA memberikan pinjaman modal kepada pengusaha untuk memajukan lagi pengusahaan kraftangan.
-Kerajaan membuka peluang yang cerah dengan berusaha mencari pasaran di peringkat global.

AP :
-Galakan dan dorongan dapat menarik minat pengusaha dalam memajukan lagi industri kraftangan.


Isi Ketiga

AT :
-peranan media massa dalam menerapkan minat terhadap seni kraftangan.

AH :
-menarik minat masyarakat terhadap seni kraftangan.
-membantu meningkatkan permintaan orang ramai terhadap barangan kraftangan.

AC :
-Menyiarkan artikel menarik mengenai seni kraftangan.
-menarik minat orang awam dan sekaligus membantu memajukan industri kraftangan.

AP :
-Konklusinya, pihak media massa turut membantu memajukan industry kraftangan Malaysia.

UM :tak kenal maka tak cinta.


Isi Keempat

AT :
-kreativiti pengusaha barangan kraftangan

AH :
-memvariasikan hasil barangan kraftangan agar lebih menarik.
-mempromosikan barangan kraftangan dengan cara yang tersendiri.

AC :
-pengusaha barangan kraftangan Sarawak mempelbagaikan hasil kraftangan dari rotan, anyaman dan peralatan hiasan rumah.

AP :
-kreativiti pengusaha juga memberikan impak yang besar dalam memajukan industry kraftangan di Malaysia.


Isi Kelima

AT :
-sokongan masyarakat terhadap industry kraftangan itu sendiri.

AH :
-kebanyakan individu tidak menghargai nilai kesenian barangan kraftangan.
-menunjukkan perasaan kagum dan menghargai barangan kraftangan yang merupakan hasil karya terunik yang tidak semua pihak dapat menghasilkannya.

AC :
-masyarakat tidak memandang enteng terhadap usaha memajukan industri kraftangan serta memberikan sokongan yang berterusan.

AP :
-secara amnya, masyarakat juga turut membantu dalam memajukan industry kraftangan di Malaysia.

Penutup :
-Secara intihannya, pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama untuk memajukan industri kraftangan di Malaysia supaya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas, tidak hilang ditelan zaman agar industri kraftangan ini terus maju seiring dengan pembangunan negara dan sekaligus menarik minat pelancong untuk bertandang ke negara kita.

http://adf.ly/1okqV

Pantun Enam Kerat Md. Ali Bachik (ILADAM)

Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersiap tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

Soalan ramalan BM SPM 2011

Soalan
i. Mengapakah kita tidak harus menyalahkan orang lain untuk kesusahan yang kita hadapi? [3 markah]

Jawapan
i. Kita tidak harus menyalahkan orang lain untuk kesusahan yang kita hadapi kerana ia merupakan sebahagian daripada takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan.


ii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus diambil oleh seserang yang menghadapi musibah dalam hidupnya? [3 markah]

Jawapan
ii. Pada pendapat saya orang seperti ini haruslah sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dibebaskan dirinya daripada musibah tersebut. Selain itu dia harus mencari punca permasalahan tersebut dan cuba meyelesaikannya. Di samping itu dia juga harus mendapatkan bantuan, pandangan dan nasihat mereka yang lebih arif dalam soal tersebut bagi menyelesaikan masalah tersebut.

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terkandung dalam puisi ini. [3 markah]

Jawapan
iii. Salah satu persoalan dalam puisi ini ialah sikap sesetengah individu yang tidak mempedulikan penderitaan hatinya sebaliknya menjalani kehidupannya seperti biasa. Selain itu terdapat juga persoalan akur akan ketetapan takdir. Satu lagi persoalan dalam puisi ini ialah sikap sesetengah individu yang tergamak untuk meninggalkan kekasih semata-mata kerana telah menemui teman yang baru.

http://adf.ly/1okqV

Syair Makna Riak Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,

Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

Soalan Ramalan SPM 2011

i. Apakah tujuan sesetengah individu itu memperkatakan hal-hal mantik? [3 markah]

Jawapan
i. Tujuan individu itu berbuat demikian adalah supaya masyarakat menganggap dirinya bijak pandai dan memberikannya sesuatu ganjaran.

ii. Pada pendapat anda, apakah keperibadian yang akan dimiliki oleh seseorang individu yang ikhlas dalam mengerjakan suruhan agamanya? [3 markah]

Jawapan
ii. Individu sedemikian tidak akan menunjuk-nunjukkan segala ibadah yang dilakukannya kepada orang ramai. Selain itu dia juga tidak akan berlagak pandai tetapi sebaliknya akan sentiasa bersedia untuk mendengar pandangan dan nasihat daripada orang yang
lebih tahu daripadanya. Di samping itu dia juga tidak akan mengharapkan sebarang ganjaran daripada manusia sebaliknya menyerahkan untung rugi segala amalannya kepada Tuhan.

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terkandung dalam puisi ini. [3 markah]

Jawapan
iii. Satu persoalan dalam puisi ini ialah sikap manusia yang beribadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk dibenci Tuhan. Selain itu terdapat juga persoalan sikap manusia yang berpura-pura beriman bagi mendapatkan pujian dan ganjaran daripada manusia.
Satu lagi persoalan dalam puisi ini ialah sikap sesetengah manusia yang menampilkan keimanan kerana ingin menjadi ketua.

http://adf.ly/1okqV

Sunday, August 21, 2011

Seloka Si Luncai Md. Ali Bachik (ILADAM)

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tidak mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan …!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

Soalan
i. Apakah sikap Si Luncai yang dapat anda simpulkan daripada puisi ini? [3 markah]

Jawapan
i. Sikap Si Luncai yang dapat disimpulkan ialah dia merupakan seorang individu yang mempunyai segala-galanya tetapi tidak mempunyai dorongan untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.

ii. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada individu yang mempunyai sikap seperti Si Luncai? [3 markah]

Jawapan
ii. Pada pendapat saya, individu seperti Si Luncai akan membiarkan segala kelebihan yang dimilikinya terlepas daripada tangannya. Akhirnya dia akan hidup melarat.

iii. Nyatakan tiga gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini? [3 markah

Jawapan
iii. Satu gaya bahasa yang ketara dalam puisi ini ialah pengulangan kata pada awal baris atau anafora. Ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “Ada” pada baris kedua hingga ke baris ke sepuluh. Selain itu terdapat juga gaya bahasa responsi iaitu
pengulangan kata pada pertengahan baris puisi. Ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “tidak” pada baris kedua dan ketiga. Satu lagi gaya bahasa yang ketara ialah epifora iaitu pengulangan kata pada penghujung baris-baris puisi. Hal ini dapat diperhatikan melalui pengulangan kata “ biarkan” pada baris pertama dan ke sebelas.

http://adf.ly/1okqV

Syair Makna Riak Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,

Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

Soalan

i. Apakah tujuan sesetengah individu itu memperkatakan hal-hal mantik? [3 markah]

Jawapan
i. Tujuan individu itu berbuat demikian adalah supaya masyarakat menganggap dirinya bijak pandai dan memberikannya sesuatu
ganjaran.

ii. Pada pendapat anda, apakah keperibadian yang akan dimiliki oleh seseorang individu yang ikhlas dalam mengerjakan suruhan agamanya? [3 markah]

Jawapan
ii. Individu sedemikian tidak akan menunjuk-nunjukkan segala ibadah yang dilakukannya kepada orang ramai. Selain itu dia juga tidak akan berlagak pandai tetapi sebaliknya akan sentiasa bersedia untuk mendengar pandangan dan nasihat daripada orang yang
lebih tahu daripadanya. Di samping itu dia juga tidak akan mengharapkan sebarang ganjaran daripada manusia sebaliknya menyerahkan untung rugi segala amalannya kepada Tuhan.

iii. Nyatakan tiga persoalan yang terkandung dalam puisi ini. [3 markah]

Jawapan
iii. Satu persoalan dalam puisi ini ialah sikap manusia yang beribadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk dibenci Tuhan. Selain itu terdapat juga persoalan sikap manusia yang berpura-pura beriman bagi mendapatkan pujian dan ganjaran daripada manusia.
Satu lagi persoalan dalam puisi ini ialah sikap sesetengah manusia yang menampilkan keimanan kerana ingin menjadi ketua.

http://adf.ly/1okqV

Saturday, August 20, 2011

Ramalan SPM 2011 KOMSAS : Gurindam Tonggak Dua Belas Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah sikap yang dimiliki oleh individu yang menghargai masa? [2 markah]

Jawapan
i. Individu yang menghargai masa tidak akan menangguhkan kerjanya.


ii. Pada pendapat anda, apakah sikap yang harus ada pada seseorang individu yang diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas? [3 markah]

Jawapan
ii. Pada pendapat saya seseorang individu yang diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan harus melaksanakannya dengan sepenuh hati dan penuh rasa bertanggungjawab. Selain itu dia juga harus meletakkan kepentingan masyarakat di hadapan kepentingan
diriya. Seterusnya dia tidak harus menindas golongan di bawahnya dalam usahanya membereskan tugasan tersebut.

iii. Huraikan dua peringatan yang terkandung dalam puisi ini. [4 markah]

Jawapan
iii. Satu peringatan dalam puisi ini ialah kita diingatkan agar sentiasa berhemat dan tidak membazir. Selain itu terdapat juga peringatan
suapaya sentiasa bersabar dan memikirkan sesuatu perkara itu dengan tenang.

http://adf.ly/1okqV

Friday, August 19, 2011

99 Names of Allah (Nama-nama Allah SWT dalam Bahasa Inggris)

Arabic English Translation

1 Allah (الله) The Greatest Name

2 Ar-Rahman (الرحمن) The All-Compassionate

3 Ar-Rahim (الرحيم) The All-Merciful

4 Al-Malik (الملك) The Absolute Ruler

5 Al-Quddus (القدوس) The Pure One

6 As-Salam (السلام) The Source of Peace

7 Al-Mu'min (المؤمن) The Inspirer of Faith

8 Al-Muhaymin (المهيمن) The Guardian

9 Al-Aziz (العزيز) The Victorious

10 Al-Jabbar (الجبار) The Compeller

11 Al-Mutakabbir (المتكبر) The Greatest

12 Al-Khaliq (الخالق) The Creator

13 Al-Bari' (البارئ) The Maker of Order

14 Al-Musawwir (المصور) The Shaper of Beauty

15 Al-Ghaffar (الغفار) The Forgiving

16 Al-Qahhar (القهار) The Subduer

17 Al-Wahhab (الوهاب) The Giver of All

18 Ar-Razzaq (الرزاق) The Sustainer

19 Al-Fattah (الفتاح) The Opener

20 Al-`Alim (العليم) The Knower of All

21 Al-Qabid (القابض) The Constrictor

22 Al-Basit (الباسط) The Reliever

23 Al-Khafid (الخافض) The Abaser

24 Ar-Rafi (الرافع) The Exalter

25 Al-Mu'izz (المعز) The Bestower of Honors

26 Al-Mudhill (المذل) The Humiliator

27 As-Sami (السميع) The Hearer of All

28 Al-Basir (البصير) The Seer of All

29 Al-Hakam (الحكم) The Judge

30 Al-`Adl (العدل) The Just

31 Al-Latif (اللطيف) The Subtle One

32 Al-Khabir (الخبير) The All-Aware

33 Al-Halim (الحليم) The Forbearing

34 Al-Azim (العظيم) The Magnificent

35 Al-Ghafur (الغفور) The Forgiver and Hider of Faults

36 Ash-Shakur (الشكور) The Rewarder of Thankfulness

37 Al-Ali (العلى) The Highest

38 Al-Kabir (الكبير) The Greatest

39 Al-Hafiz (الحفيظ) The Preserver

40 Al-Muqit (المقيت) The Nourisher

41 Al-Hasib (الحسيب) The Accounter

42 Al-Jalil (الجليل) The Mighty

43 Al-Karim (الكريم) The Generous

44 Ar-Raqib (الرقيب) The Watchful One

45 Al-Mujib (المجيب) The Responder to Prayer

46 Al-Wasi (الواسع) The All-Comprehending

47 Al-Hakim (الحكيم) The Perfectly Wise

48 Al-Wadud (الودود) The Loving One

49 Al-Majid (المجيد) The Majestic One

50 Al-Ba'ith (الباعث) The Resurrector

51 Ash-Shahid (الشهيد) The Witness

52 Al-Haqq (الحق) The Truth

53 Al-Wakil (الوكيل) The Trustee

54 Al-Qawiyy (القوى) The Possessor of All Strength

55 Al-Matin (المتين) The Forceful One

56 Al-Waliyy (الولى) The Governor

57 Al-Hamid (الحميد) The Praised One

58 Al-Muhsi (المحصى) The Appraiser

59 Al-Mubdi' (المبدئ) The Originator

60 Al-Mu'id (المعيد) The Restorer

61 Al-Muhyi (المحيى) The Giver of Life

62 Al-Mumit (المميت) The Taker of Life

63 Al-Hayy (الحي) The Ever Living One

64 Al-Qayyum (القيوم) The Self-Existing One

65 Al-Wajid (الواجد) The Finder

66 Al-Majid (الماجد) The Glorious

67 Al-Wahid (الواحد) The One, the All Inclusive, The Indivisible

68 As-Samad (الصمد) The Satisfier of All Needs

69 Al-Qadir (القادر) The All Powerful

70 Al-Muqtadir (المقتدر) The Creator of All Power

71 Al-Muqaddim (المقدم) The Expediter

72 Al-Mu'akhkhir (المؤخر) The Delayer

73 Al-Awwal (الأول) The First

74 Al-Akhir (الأخر) The Last

75 Az-Zahir (الظاهر) The Manifest One

76 Al-Batin (الباطن) The Hidden One

77 Al-Wali (الوالي) The Protecting Friend

78 Al-Muta'ali (المتعالي) The Supreme One

79 Al-Barr (البر) The Doer of Good

80 At-Tawwab (التواب) The Guide to Repentance

81 Al-Muntaqim (المنتقم) The Avenger

82 Al-'Afuww (العفو) The Forgiver

83 Ar-Ra'uf (الرؤوف) The Clement

84 Malik-al-Mulk (مالك الملك) The Owner of All

85 Dhu-al-Jalal wa-al-Ikram (ذو الجلال و الإكرام) The Lord of Majesty
and Bounty

86 Al-Muqsit (المقسط) The Equitable One

87 Al-Jami' (الجامع) The Gatherer

88 Al-Ghani (الغنى) The Rich One

89 Al-Mughni (المغنى) The Enricher

90 Al-Mani'(المانع) The Preventer of Harm

91 Ad-Darr (الضار) The Creator of The Harmful

92 An-Nafi' (النافع) The Creator of Good

93 An-Nur (النور) The Light

94 Al-Hadi (الهادي) The Guide

95 Al-Badi (البديع) The Originator

96 Al-Baqi (الباقي) The Everlasting One

97 Al-Warith (الوارث) The Inheritor of All

98 Ar-Rashid (الرشيد) The Righteous Teacher

99 As-Sabur (الصبور) The Patient One

syayid.blogspot.com
http://adf.ly/1okqV

Tuesday, August 16, 2011

The Adventures Of Chris Fable (2011) DVDRip


File Name : The Adventures Of Chris Fable (2011) DVDRip RMVB-KURYU
IMDB LINK: http://imdb.com/title/tt1336619/
Genre: Action | Adventure | Drama
Runtime: N/A
User Rating: 3.0/10 (95 users)
Country: USA
Language: Englishhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Subtitle: None

PLOT MOVIE
Chris, a runaway child, lives with a group of misfits in a junkyard, stealing to survive. When a traveling preacher tells him that his father is alive and wants him to come home, Chris must leave his family of thieves and venture into the wilderness in search of his father and a better life. Join Chris on an action-packed adventure as he outwits bandits, escapes swamp monsters, battles evil robots, and learns valuable lessons about choosing the right path in life. A contemporary allegory inspired by John Bunyan’s “The Pilgrim’s Progress.

http://www.teamhanna.org
http://adf.ly/1okqV

Monday, August 15, 2011

Powerpoint Presenter Pro Suite + Extra Templates


Ever wish you had a graphics team in the next room? Well, our selection of PowerPoint background templates and designs will make you look like you do. Chose from more than 5,000 variations, including static templates, animated templates, 3D clip art, animated titles and much more. Each template includes a full array of masters, including title, text and printable slides. With an annual online subscription, all these designs are instantly available from the web whenever you want them.

http://www.allyoulike.com/
http://www.filesonic.com/file/145609491/PPPS.rar


http://adf.ly/1okqV

KAEDAH MENGANALISIS PUISI

Sebelum menganalisis sesebuha puisi anda harus terlebih dahulu faham aspek-aspek yang perlu diperhatikan dan juga istilah yang terlibat. Berikut merupakan aspek-aspek yang perlu dikaji dalam sesebuah puisi.

1. MAKSUD

Huraian maksud puisi dalam bentuk prosa. Maksud harus diberikan untuk setiap perenggan berdasarkan urutan asal.

2. TEMA dan PERSOALAN

Tema bermaksud pokok persoalan utama dalam sesebuah puisi. Biasanya tema boleh digarap dalam satu ayat sahaja. Selain daripada pokok persoalan utama itu, puisi juga akan membawakan pelbagai persoalan lain. Persoalan-persoalan ini merupakan isu-isu
sampingan yang mengukuhkan tema.

3. BENTUK

Merujuk kepada ciri-ciri fizikal puisi. Pada bahagian ini anda harus perhatikan bilangan rangkap, bilangan baris dalam setiap rangkap, bilangan perkataan dalam setiap baris dan rima hujungnya. Sekiranya sesebuah puisi menunjukkan keseragaman dari
aspek-aspek di atas, maka puisi tersebut dikatan berbentuk terikat. Pantun dan syair, sebagai contoh merupakan puisi berbentuk terikat. Sementara itu kebanyakan sajak pula tidak akan menunjukkan sebarang keseragaman dari segi bilangan ayat dalam setiap
baris, bilangan perkataan dalam setiap ayat dan rimanya. Oleh itu puisi tersebut dikatakan berbentuk bebas.

4. GAYA BAHASA

Gaya bahasa merujuk kepada penerapan pelbagai unsur bahasa dalam sesebuah hasilan sastera. Tujuan penggunaan gaya bahasa adalah untuk menambahkan keindahannya. Antara aspek yang boleh diperhatikan pada gaya bahasa ialah:

a. Diksi
Pilihan kata. Penilaian harus dilakukan terhadap jenis-jenis kata yang digunakan dan kesesuaiannya dengan nada serta tema puisi tersebut.

b. Rima
Merujuk kepada bunyi. Rima yang biasanya diperkatakan ialah rima hujung. Rima hujung yang seragam pasti akan menambahkan keindahan ujaran sesebuah puisi.

c. Perlambangan
Simbol. Sebagi contoh, hijau melambangkan kesuburan, gunung melambangkan harapan, lautan melambangkan kehidupan, duri melambangkan cabaran dan sebagainya.

d. Personifikasi
Memberikan sifat manusia kepada haiwan atau benda tidak bernyawa. Sebagai contoh:

Daun melambai-lambai
Sungai mengalir garang
Malam luka
Mentari tersenyum

e. Simile
Perbandingan dengan menggunakan kata hubung. Kata hubung yang sering digunakan ialah seperti, bagai, umpama dll. Contoh:

Berdiri seperti pahlawan
Terbang seperti burung
Hilai bagai hantu
Tunduk umpama soldadu tewas

f. Metafora
Rangkai kata yang terdiri daripada satu kata konkrit dan satu kata abstrak. Contoh:

Rumah kasih (merujuk kepada rumah anak-anak yatim)
Rumah - kata konkrit
Kasih - kata abstrak
Perahu hidup (merujuk kepada perjalanan hidup)
Perahu - kata konkrit
Hidup - kata abstrak

g. Hiperbola
Pernyataan yang berlebih-lebihan atau keterlaluan untuk menggambarkan sesuatu. Tujuan penggunaan hiperbola adalah untuk mengukuhkan sesuatu gambaran. Contoh:

Air matanya menitis membentuk sungai
Kemarahannya membelah gunung

h. Pengulangan
Pengulangan meujuk kepada gaya mengulang kata dalam baris puisi. Terdapat istilah yang berbeza untuk pengulangan yang berbeza. Contohnya:

i. Anafora - Pengulangan kata pada awal baris-baris puisi. Contoh:

Ketika suara bergegar menempik semua
Ketika mata leka menggamit yang lalu
Mara pemuda enggan berputih mata
Menggenggam bara menghembus nafas merah

ii. Responsi - Pengulangan kata di tengah baris. Contoh:

Ditunggu anaknya dengan harapan yang satu
Mungkin pulang kini mungkin esok
Membawa pulang bingkisan molek
Mengingati ayah yang kedut mukanya

iii. Epifora - Pengulangan kata pada hujung baris. Contoh:

Tugu diselubungi embun pagi
Melagu indah senandung sedih
Menempik khabar pertiwi sedih
Untuk apa darah ditumpah?

iv. Repetisi - Pengulangan kata pada baris yang sama. Contoh:

Ditunggu anaknya dengan harapan yang satu
Mungkin pulang kini mungkin esok
Membawa pulang bingkisan molek
Mengingati ayah yang kedut mukanya

i. Asonansi
Pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u) dalam baris puisi. Tujuannya adalah untuk mewujudkan irama yang merdu semasa membaca puisi tersebut.

Contoh:
Gelung selindung luruh di seluruh tubuh
(Pengulangan bunyi u)

j. Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan (Selain daripada a,e,i,o.u)

Contoh:
Tatkala tebing tekun terkam
(Pengulangan bunyi t)

5. NILAI

Nilai-nilai murni yang tekandung di dalam puisi. Nilai ini mungkin dinyatakan secara langsung atau terkandung secara tersirat.

6. PENGAJARAN

Mesej, seruan atau peringatan yang cuba disampaikan oleh penyair kepada masyarakat. Ada masanya pengajaran ini disampaikan secara langsung dalam bentuk ayat seruan atau ayat perintah dan ada masanya kita perlu merumuskan sendiri dengan menggunakan
penghayatan kita.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL

Puisi tradisional merupakan sebahagian daripada warisan masyarakat silam. Puisi-puisi ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan bentuk dan binaannya.

A. Pantun

i. Pantun merupakan salah satu komponen kesusasteraan Melayu yang tertua.

ii. Jika ditinjau dari segi bentuknya, terdapat pelbagi jenis pantun seperti pantun
dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat
dan pantun berkait.

iii. Pantun yang paling popular ialah pantun empat kerat.

iv. Dalam pantun empat kerat, dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhirnya pula merupakan maksud.

v. Setiap baris dalam pantun ini akan terdiri dalam lingkungang 4 patah perkataan.

vi. Rima hujung pantun empat kerat ialah abab.

B. Syair

Syair merupakan puisi tradisional yang muncul di dunia Melayu melalui pertembungan
bangsa Melayu dengan Arab. Istilah “Syair” berasal daripada bahasa Arab yang bemaksud perasaan atau sesuatu yang muncul melalui rasa. Ciri-ciri syair ialah:

i. Setiap baris syair terdiri daripada 4 – 5 patah perkataan.

ii. Terdapat 4 baris dalam setiap rangkap.

iii.Rima akhirnya ialah aaaa

iv. Tidak ada konsep pembayang dalam syair. Kesemua empat barisnya berfungsi sebagai maksud.

v. Syair biasanya menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan cerita dongeng, hikayat, sindiran, hal-hal berkaitan agama atau memberikan nasihat.

C. Gurindam

Gurindam merupakan sejenis syair melarat yang biasanya terdiri daripada dua baris serangkap tanpa sebarang had terhadap jumlah rangkapnya. Antara ciri gurindam ialah

i. Terdiri daripada dua baris serangkap.

ii. Rima akhirnya ialah aa.

iii. Ayat pertama merupakan pengenalan untuk isu, manakala ayat keduanya menjadi penerang akibat untuk ayat pertama.

iv. Biasanya gurindam bertujuan untuk memberikan nasihat tentang kehidupan dan
juga hal-hal agama.

D. Seloka

Perkataan “seloka” berasal daripada perkataan Sanskrit. Kaedah inilah yang digunakan untuk menyampaikan cerita Mahabharata dan Ramayana. Ciri-ciri seloka ialah

i. Seloka merupakan puisi yang digunakan sebagai pilihan untuk prosa bagi
menyampaikan sesuatu kisah.

ii. Terdapat dua bentuk seloka iaitu seloka bersajak (empat baris serangkap dengan
rima hujungnya aaaa) dan seloka tidak bersajak (tiada ketetapan baris dan rima)

iii. Seloka Si Luncai ialah satu contoh seloka tidak bersajak.

iv. Oleh sebab seloka membawakan satu cerita, maka tidak ada konsep pembayang di dalamnya.

Ditulis oleh : Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)
http://adf.ly/1okqV

PENGENALAN PUISI TRADISIONAL

Soalan pemahaman berdasarkan puisi akan dikemukakan pada Soalan 2d, Kertas 2. Anda boleh diberikan sebuah puisi tradisional atau sajak. Sebanyak tiga soalan akan diperuntukkan bagi bahagian ini. Pola soalannya adalah seperti berikut:

i.Soalan pemahaman kontekstual, frasa atau rangkai kata. Jawapan untuk bahagian ini boleh dikutip secara langsung daripada puisi. Walau bagaimanapun anda seharusnya mampu mentafsirkan perlambangan yang digunakan agar jawapan anda menunjukkan pemahaman terhadap maksud sebenar puisi tersebut. Selain itu anda juga mungkin diminta menerangkan sesuatu konsep yang disampaikan dalam bentuk frasa. Sekali lagi, anda perlu mentafsirkan perlambangan, simbol dan maksud tersirat yang terkandung di dalamnya bagi membuktikan pemahaman anda.

ii.Soalan KBKK. Anda akan diminta memberikan idea peribadi tentang sesuatu hal yang berkaitan dengan puisi tersebut. Anda perlu menggunakan pandangan sendiri dan tidak boleh bergantung kepada kandungan puisi yang diberikan.

iii.Soalan KOMSAS. Di sini anda akan disoal tentang unsur-unsur sastera yang terkandung dalam puisi tersebut. Antaranya anda mungkin perlu memberikan tema, persoalan, pengajaran, nilai dan sebagainya.

Ditulis oleh :
Dr Kathiresan PhD
(Pengarang lebih 60 buku Revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)

Friday, August 12, 2011

Aktiviti Kokurikulum

Tuliskan rencana tentang usaha-usaha menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

Pendahuluan
-Aktiviti kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai dalam takwim sekolah.
-Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk membentuk disiplin di kalangan pelajar.
-Pihak kerajaan telah berusaha menerapkan ke dalam jiwa remaja.

Isi Pertama
AF: Menganjurkan banyak pertandingan.

AH :-Pihak sekolah perlu mengadakan banyak pertandingan di peringkat sekolah.
-Pelajar mempunyai banyak peluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
-Pelajar dapat mencungkil bakat.

AC :
-Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti seperti kawad kaki, sukan dan permainan, olahraga dan sebagainya bagi memenuhi keperluan pelajar.

AP :
-Jelaslah bahawa pihak sekolah perlu menganjurkan banyak pertandingan di sekolah.

UM : di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Isi Kedua

AT :
-Memberikan anugerah kepada pemenang atau peserta yang paling aktif.

AH :
-Mendorong pelajar lebih bersemangat melakukan aktiviti kokurikulum.
-Berlumba-lumba mengejar anugerah.
-Merasakan diri dihargai kerana mereka hendak air, pacuran terbit.

AC :
-Pihak sekolah boleh memberikan sijil, trofi dan juga markah merit kepada pelajar.

AP : I
-ntihannya, anugerah perlu diberikan kepada para peserta untuk menggalakkan lagi penyertaan pelajar dalam aktiviti ini.

UM : hendak air pacuran terbit.

Isi Ketiga
AT : Galakan daripada para guru.

AH :
-Menetapkan masa untuk melakukan aktiviti.
-Guru sentiasa turun padang dalam setiap latihan yang dilakukan dan member semangat.
-Tidak menjatuhkan semangat para peserta yang kurang berjaya.

AC :
-Guru boleh membantu pelajar ketika berlatih dengan menyumbangkan makanan dan minuman.

AP : oleh hal yang demikian, galakan daripada guru adalah antara usaha yang boleh dilakukan.

UM : turun padang berpeluk tubuh.

Isi Keempat
AT : Kerjasama daripada ibu bapa.

AH :
-Ibu bapa harus benarkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum.
-Tidak pandang enteng kepentingan aktiviti kokurikulum.
-Sentiasa memantau anak-anak sama ada mereka menyertai aktiviti kokurikulum ataupun tidak.

AC :
-Sebagai tamsilan, ibu bapa perlulah memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak dengan menghantar anak-anak ke latihan pusat tertentu.

AP : Jelaslah bahawa kerjasama daripada ibu bapa penting untuk mendorong pelajar menyertai kokurikulum.

UM : melentur buluh biarlah dari rebung.

Isi Kelima
AT : Mengadakan kempen tentang kokurikulum di sekolah.

AH :
-Dapat dedahkan kebaikan kokurikulum kepada pelajar.
-Menerangkan kepentingan aktiviti kokurikulum terutama bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA.
-Memberikan pengetahuan tentang kokurikulum dan bagaimana untuk menyertainya.

AC :
-Mengadakan taklimat di sekolah serta menampalkan poster atau risalah di papan kenyataan sekolah.

AP : intihannya, kempen tentang kokurikulum boleh diadakan di sekolah bagi mendorong pelajar menyertai kokurikulum.


Penutup :
-Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama dalam menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam menyertai kokurikulum.
-Hal ini bagi melahirkan pelajar yang seimbang kokurikulum dan akademik dann seterusnya membantu negara bagi melahirkan modal insan cemerlang.

http://adf.ly/1okqV

Meritokrasi Kokurikulum

Langkah-langkah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

Isi Pertama
AT : Penguatkuasaan peraturan sekolah.

AH :-pihak sekolah perlulah mewajibkan setiap badan berunifom dan kelab persatuan bergiat secara aktif.
-mewajibkan setiap pelajar mempunyai satu kelab dan persatuan serta satu unit berunifom.
-meminta guru yang terlibat untuk memastikan kehadiran pelajar setiap kali perjumpaan.

AC :
-mewajibkan pelajar memiliki buku kokurikulum bagi memastikan kehadiran pelajar.
-mewajibkan setiap persatuan mengadakan aktiviti tahunan yang aktif dan memasuki pertandingan sekurang-kurangnya sekali setahun.

AP :
-jelaslah di sini bahawa sekolah memainkan peranan yang dominan dalam mengaktifkan kokurikulum sekolah.

Isi Kedua
AT : Menerusi sistem demerit

AH :-sekolah mengaktifkan sistem merit demerit agar pelajar lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh mengaktifkan diri dalam bidang kokurikulum yang diceburinya.
-pelajar menjadi lebih sistematik dalam setiap perkara dan seimbang antara kurikulum dan kokurikulum.

AC :-memberikan mata merit mengikut peringkat penglibatan pelajar sepanjang tahun.

AP :-konklusinya, penggalakan sekolah melalui sistem merit demerit dapat menjana keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum.


Isi Ketiga
AT : memberikan ganjaran terhadap setiap kejayaan

AH :-pihak sekolah mengiktiraf setiap kejayaan dalam bidang kokurikulum yang dirangkuli oleh pelajar.
-mengadakan satu hari istimewa untuk meraikan kejayaan pelajar dalam bidang kokurikulum.

AC :-mengadakan malam istimewa seperti Malam Rasa Sayang dan jamuan perdana.
-menyediakan hadiah khas bagi pelajar yang cemerlang dalam penglibatannyavdan membawa nama baik sekolah.

AP :-secara amnya, imbuhan yang setimpal dapat menaikkan semangat pelajar untuk bergiat aktif dalam kokurikulum.

Isi Keempat
AT : menjadikan penglibatan kokurikulum selaras dengan kurikulum

AH : -pihak sekolah memberikan jaminan yang jitu dalam keseimbangan pelajaran sekiranya terlibat dalam kokurikulum.
-menghadkan masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum dan memberikan masa yang mencukupi untuk belajar.

AC :-mengadakan ceramah mengenai pengurusan masa dan kepentingan kokurikulum selain kurikulum.
-menetapkan tempoh masa yang sesuai bagi setiap aktiviti kokurikulum.

AP :-Tuntasnya, penglibatan kokurikulum tidak menjejaskan prestasi pembelajaran sekiranya dapat dibahagikan dengan baik.

Isi Kelima
AT : mengadakan pelbagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.

AH :-menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti sekolah dengan mengadakan pelbagai aktiviti peringkat sekolah.
-memvariasikan aktiviti sepanjang tahun.

AC :-setiap persatuan mengadakan minggu-minggu khas seperti minggu bahasa melayu dan minggu sejarah.

AP :-tegasnya, aktiviti kokurikulum yang pelbagai dapat memancing minat pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

Penutup
-secara intihannya, sekolah memainkan peranan yang dominan dalam memberikan impak yang besar dalam bidang kokurikulum selain dari kesungguhan pelajar itu sendiri supaya generasi yang bakal memimpin seimbang antara kokurikulum dan kurikulum dan sekaligus melahirkan modal insan yang cemerlang.

Sumber rujukan : Cemerlang Bahasa
http://adf.ly/1okqV

Paradox Soldiers (2011) DVDRip with English Subtitles


The fate of WWII depends on four warriors from the future. Four disparate men are enjoying a WWII re-enactment weekend when fantasy becomes a reality and they find themselves accidentally caught up in a time vortex that throws them back to the rhttp://www.blogger.com/img/blank.gifeal wartime. Trying to avoid capture by Nazi troops, the four must put aside their differences to find another portal that will return them to 2011. They accidentally become embroiled in one of history’s most notorious, bloody and pivotal battles and soon realise that if they fail in their mission, their future lives may never exist.

http://www.filesonic.com/file/943492304/Paradox.Soldiers.part1.rar
http://www.filesonic.com/file/943491774/Paradox.Soldiers.part2.rar
http://www.filesonic.com/file/943492284/Paradox.Soldiers.part3.rar
http://www.filesonic.com/file/943492244/Paradox.Soldiers.part4.rar
http://www.filesonic.com/file/943492454/Paradox.Soldiers.part5.rar
.
http://www.allyoulike.com
http://adf.ly/1okqV