Sunday, July 24, 2011

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan

Berdasarkan satu daripada.novel di atas, huraikan tiga persoalan serta contoh yang sesuai daripada novel tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.


Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Persoalan tentang sikap seseorang yang sanggup belot terhadap tanah air- Lamsah, seorang pemuda yang berumur lebih kurang 25 lahun sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan diri sendiri. Latnsah telah menyamar sebagai pejuang dan memburuk-burukkan Inggeris demi mendapatkan maklumat untuk Inggeris. Maklumat yang disampaikan
digunakan oleh Inggeris untuk menyerang Kampung Pasir Salak.

2. Perancanganaiaustrategiyangbaikpentingdalam perjuangan - Datuk Maharaja Lela, selaku ketua Kampung Pasir Salak bijak merancang strategi dengan membina kubu di BandarTila semata-mata untuk mengelirukan pihak Inggeris.

3. Sikap sayang terhadap anak akan kekal selamanya - Pak Wan begitu sayang akan anaknya, Mat Nor walaupun anaknya telah lama meninggal dunia. Pak Wan sentiasa teringat akan anaknya kerana jika anaknya itu masih hidup, tentu dia akan sama-sama berjuang untuk mempertahankan Pasir Salak daripada ancaman Inggeris,


Zon 2: Jimulak Kapal Perang

1. Usaha mempertahankan tanah air tidak mengenal jantina - Walaupun Andayu seorang
perempuan, dia begitu bersemangat untuk mempertahankan daerah Inanam daripada jatuh ke tangan Inggeris.

2. Perjuangan memerlukan pengorbanan - Andayu terpaksa berkorban dengan mempertaruhkan
nyawanya demi menyelamatkan Pak Cik Tidung daripada menjadi mangsa kekejaman
Inggeris.Dia telah mengekorl dan mengintip pergerakan Inggeris yang telah menangkap Pak Cik Tidung dan membawanya ke Pulau Gaya. Usahanya berhasil apabila akhirnya Pak Cik Tidung berjaya dibebaskan.

3. Sikap terburu-buru sering kali membawa padah/ bencana - Sikap Pak Cik Tidung yang panas baran dan campur tangan dalam perbalahan yang melibatkan seorang pedagang dengan
pemungut cukai Inggeris telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Walaupun dia
berjaya membunuh beberapa- orang -pemungut cukai mggeris, akhirnya dia telah ditangkap
oleh Inggeris.


Zon 3: Tragedi Empat Disember

1. Kehidupan yang penuh dengan pancaroba/dugaan - Puan Katijah yang menjalani kehidupan penuh bahagia bersama-sama anak-anak dan suaminya Encik Razali telah melalui detik-dstik hitam dalam hidupnya setelah anaknya hilang dan suaminya pula terbunuh dalam kemalangan udara.

2. Hubungan kekeluargaan mengeratkan kasih sayang - DSP Yazid, adik kepada Encik Razali yang terbunuh dalam nahas kapal terbang, seorang yang begitu rapat dengan anak-anak saudaranya. Dia juga telah bertungkus lumus untuk mengetahui berita kemalangan yang melibatkan abangnya dan menguruskan pengebumian abangnya sehingga selesai.

3. Sikap suka membantu tidak mengenal bangsa Pak Widodo dan keluarganya telah
menyelamatkan Kamarul Azam dar Razi yang ditemui di Pulau Rangsang, Pak Widodo dan
keluarganya telah menjaga kedua-dua mereka dengan baik .dan telah menghantar Azam dan
Razi pulang ke Malaysia.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Tanggungjawab mempettahankan negara - Hassan sanggup menyertai pasukan tentera
kerana ingin membela agama dan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

2. Kepentingan menuntut iltnu - Hassan begitu tekun belajar sehingga darjah lima dan ingin menyambung pelajaran di sekolah Inggeris. Walaupun hasratnya tidak kesampaian, namun dia tetap meneruskan pelajarannya dalam jurusan agama demi mempertingkatkan ilmu
dalam dirinya.

3. Kekejaman pasukan Bintang Tiga - Pasukan Bintang Tiga bertindak ganas terhadap orang- orang kampung. Ramai orang yang tidak bersalah telah dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada mereka. Isteri Hassan, ibu menlua dan anak saudara isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Bintang Tiga semata-mata kerana mereka tidak mahu menyerahkan barang-barang yang dikehendaki oleh mereka.



http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment