RUANG SEMBANG

Latihan interatif

Panduan Penulisan Rumusan Bahasa Melayu SPM

Sunday, July 24, 2011

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan

Nyatakan empat latar tempat berserta contoh peristiwa yang berlaku dalam novel yang anda kaji, iaitu dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 1 dan dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2.


Meniti Kaca

1. Hospital Bahagia, Janjung Rambutan, Perak
- Ibu Nazar, iaitu Mahyun telah dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak untuk mendapatkan rawatan penyakit nanar yang dialaminya.

2. Rumah Nazar
- Suasana di rumah Nazar menjadi riuh-rendah kerana jiran-jirannya datang untuk menziarahi Mahyun yang baoi sahaja pulang dari Hospital Bahagia. Mereka sibuk membaniu Pak Sahar menyediakan minuman.

Pahlawan Pasir Salak

1. Kampung Pasir Salak, Perak
- Berlakunya kisah penentangan orang-orang kampung ini terhadap Inggeris yang mahu
menjajah dan menguasai kampung mereka. Penduduk Kampung Pasir Salak diketuai oleh

Datuk Maharaja Lela.

2. Sungai Perak

- Berlakunya peristiwa berdarah apabila Seputum, seorang anak buah Datuk Maharaja Lela
telah membunuh Residen Inggeris, iaitu J.W.W Birch yang ketika itu sedang mandi di
Sungai Perak.


Limpahan Darah di Sungai Semur

1. Port Dickson, Negeri Sembilan
- Jamaluddin telah berjaya dalam temu duga menjadi tentera. Dia dan rakan-rakannya
menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson selama enam bulan.

2. Sungai Semur di Hulu Kelantan
- Koperal Jamaluddin dari Platun 12 Kompeni D Batalion Ketiga Askar Melayu dan rakan-
rakannya berhadapan dengan serangan daripada pasukan komunis di Sungai Semur. Leftenan
Hassan dan beberapa orang tentera telah terkorban dalam pentempuran ini


Anak Din Biola

1. Rumah Bonda,
- Budiman, Chong dan Chandra serta rakan-rakannya tinggal di Rumah Bonda, sebiiah rumah anak-anak yatim. Di sinilah mereka menjalani kehidupan seharian di bawah seliaan Pak Jais.

2. Sekolah Muzik Lagu Bayu di tengah kota raya
- Budiman belajar menggesek biola di sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu ini kerana dia begitu berminat dalam bidang seni. Budiman juga berhasrat untuk menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.

Tragedi Empat Disember

1. Di rumah Kamarul Azam
- Kamarul Azam memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia akan menyertai perkhemahan
pengakap dan mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sekolahnya.

2. Tanjung Pangku, Johor
- Kamarul Azam dan rakan-rakannya memulakan perkhemahan di sini. Pada waktu malam,
mereka terlihat suatu cahaya menjunam jatuh tidak jauh dari tempat perkhemahan mereka.
Tanpa pengetahuan Kamarul Azam dan rakan-rakannya, cahaya itu adalah daripada kapal
terbang yang dinaiki oleh ayahnya.


Aku Anak Timur

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
- Zarina, ibu dan adiknya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Mereka
hendak pergi ke Belanda untuk mengunjungi Encik Ali, iaitu ayah Zarina yang bertugas di Universiti Leiden.

2. Rumah kawan Niek Van Hoeve di Belanda
- Zarina yang berasa bosan kerana duduk di rumah telah mengikut Niek Van Hoeve pergi ke rumah rakan Niek untuk menghadiri majlis hari jadi. Di situ, Zarin.a melihat pergaulan bebas anak-anak muda di luar negara. Mereka merokok dan minum minuman keras. Zarina mengambil keputusan untuk melarikan diri. Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Negeri Sembilan
- Hassan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. atas kehendak datuknya, Penghulu
Ismail walaupun dia sebenarnya bercita-cita unluk menyambung pelajaran di sekolah
Inggeris.

2. Hutan Pahang
- Pasukan pimpinan Sarjan Hassan telah membuat serangan hendap terhadap pasukan
komunis yang sedang b.erkhemah di kawasan hutan Pahang. Dalam serangan itu, empat
orang pengganas komunis berjaya ditembak mati.

http://adf.ly/1okqV

1 comment:

  1. Kalau tersalah tulis name tolak markah atau terus salah?

    ReplyDelete