Sunday, July 24, 2011

PMR BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 – BAHAGIAN D NOVEL

Soalan 1

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Zon 1: Pahlawan Pasir Salak

1. Waktu senja - Deli selesai menolong ayahnya di gerai. Sewaktu mahu pulang ke rumah,
dia terlihat sebuah perahu meluncur di pangkalan. Lamin dan Pak Wan meminta Deli menolong mereka kerana mereka telah diserang oleh orang suruhan Inggeris.

2. Waktu malam - Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di halaman rumah Datuk
Maharaja Lela untuk mendengar ucapan beliau. Datuk Maharaja Lela memberitahu
penduduk-penduduk kampung supaya bersedia untuk menentang kehadiran Inggeris yang
mahu menjajah kampung mereka.

3. November 1875 - Berlakunya suatu peristiwa berdarah di Pasir Salak apabila Seputum
berjaya membunuh Residen British Perak yang pertama, iaitu Residen British. Peristiwa
berdarah ini mengakibatkan Inggerls menyerang Kampung Pasir Salak.


Zon 2: Timulak Kapal Perang

1. Waktu pagi - Paduka Mat Salleh menerima laporan daripada ketua pemungut cukai
bahawa orang-orang Inggeris tidak membenarkan mereka menjalankan urusan memungut
cukai di pangkalan Sungai Sugut lagi. Paduka Mat Salleh begitu marah dengan tindakan
Inggeris itu.

2. Waktu petang - Berlakunya pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan pedagang-
pedagang di pangkalan. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya telah memberikan bantuan
kepada pedagang-pedagang tersebut sehingga pergaduhan menjadi semakin besar.
Pegawai-pegawai Inggeris telah menggunakan senapang untuk menghadapi Pak Cik
Tidung dan rakan-rakannya. Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya tewas dan dibawa ke
Pulau Gaya.

3. Waktu malam - Andayu dari Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya pergi ke
Pulau Gaya untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya. Akibatnya,
berlakulah pertempuran yang sengit antara mereka dengan orang-orang Inggeris.
Akhirnya, pasukan Paduka Mat Salleh berjaya membebaskan Pak Cik Tidung.

Zon 3: Tragedi Empat disember

1. Waktu petang - Keluarga Kamarul Azam minum petang bersama-sama. Kamarul Azam
memberitahu ayah dan ibunya bahawa dia.akan mengikuti perkhemahan pengakap di
Tanjung Pangku untuk mengambil Ujian Kelas Pertama Persatuan Pengakap sementara
ayahnya pula memberitahu bahawa dia akan mengikuti rombongan kerja menteri ke
negeri-negeri di utara tanah air.

2. Waktu malam minggu - DSP Yazid mendapat laporan tentang rampasan kapal terbang
HM356. Selepas itu, dia berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada lapangan
terbang iain menggunakan alat perhubungan di balai polis tersebut. Laporan tersebut
ternyata benar dan DSP Yazid terkejut apabila disahkan bahawa kapal terbang tersebut
dinaiki oleh abangnya, ayah Kamarul Azam.

3. Tengah malam Isnin - Pak Widodo telah menemui Kamarul Azam dan Razi yang hanyut
di tengah laut. Mereka telah menyelamatkan Azam dan Razi serta membawa mereka
berdua ke Pulau Rangsang di Sumatera Timur.

Zon 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Awal tahun 1942 - Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Jepun telah mengarahkan
belia-belia Melayu untuk menyertai perkhidmatan tentera Jepun yang dinamakan pasukan
aiho dan oabang. Mereka juga dikehendaki menyertai pasukan polis Jepun yang dikenali
sebagai kabotai. Jepun berbuat demikian untuk membantu menjaga keselamatan dan
keamanan Tanah Melayu.

2. 14 Ogos 1945 - Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Tempoh 14
hari sebelum kedatangan Inggeris telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga untuk
mentadbir beberapa buah bandar di Tanah Melayu dengan penuh kekejaman.

3. 16 November 1953 - Pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hassan telah membuat serang
hendap ke atas kawasan perkhemahan sementara pasukan komunis di hutan Pahang.
Dalam serangan itu, pasukan Sarjan Hassan berjaya membunuh empat orang pengganas
komunis.


http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment