Sunday, July 24, 2011

Peranan Institusi keluarga ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

Amalan ini sepatutnya bermula dari rumah kerana tanggungjawab memupuk minat membaca terletak di bahu ibu bapa.

Pendahuluan.
-Membaca jambatan ilmu.
-Faedah membaca : menambahkan ilmu pengetahuan dan membuatkan seseorang tidak ketinggalan zaman, tidak menjadi “katak bawah tempurung”.
-Ibu bapa berperanan memupuk minat membaca kerana anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di rumah, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak.
-Namun ada sesetengah ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Hal ini menjadi kekangan untuk membentuk perasaan suka membaca dalam diri anak-anak.

Isi Pertama
AT : Ibu bapa wajar menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak.
AH : Persekitaran membaca yang kondusif dapat menarik minat anak-anak untuk membaca.
-Anak-anak lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dengan hanya mencarinya di tempat yang telah disediakan.
-Anak-anak dapat menghabiskan masa senggang di tempat yang disediakan sekaligus mendorong mereka untuk membaca.
AC : -Ibu bapa hendaklah menyediakan perpustakaan mini yang lengkap dengan banyak bahan bacaan yang menarik dan berbentuk ilmiah berbanding picisan.
AP : Jelaslah ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran membaca yang kondusif sebagai usaha memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.
UM : Seperti katak bawah tempurung.

Isi Kedua
AT : Ibu bapa hendaklah menerapkan perasaan membaca dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.
AH :-Kanak-kanak lebih mudah dibentuk berbanding remaja.
-Jika amalan membaca dipraktikkan dalam rutin harian anak-anak sejak kecil, amalan tersebut akan menjadi kebiasaan bagi mereka. Perasaan suka membaca juga akan terbentuk secara tidak langsung.
AC : Ibu bapa hendaklah membiasakan anak-anak menggunakan waktu senggang mereka sejak kecil. Waktu khas untuk membaca hendaklah ditetapkan seperti waktu hujung minggu.
AP : Ternyata ibu bapa bertanggungjawab menerapkan perasaan suka membaca sejak anak-anak kecil lagi.
UM :-Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-Alah bisa tegal jadi biasa.

Isi Ketiga
AT : Ibu bapa sendiri haruslah menjadi contoh kepada anak-anak.
AH :-Segala tindakan ibu bapa sentiasa diperhatikan dan menjadi ikutan anak-anak.
-Ibu bapa haruslah menjadi role model dan menjadikan amalan membaca sebagai salah satu aktiviti dalam rutin harian mereka agar anak-anak mengikut jejak langkah mereka.
AC : Ibu bapa turut serta membudayakan amalan membaca terutamanya jika ada waktu lapang semasa bersama anak-anak.
AP : Oleh hal yang demikian, ibu bapa sendiri haruslah memupuk minat membaca anak-anak dari semasa ke semasa.
UM :-Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
-Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Isi Keempat.
AT :-Menghadiri atau mengunjungi pameran dan jualan buku.
AH :-Masa lapang diisi dengan perkara berfaedah
-Eratkan juga hubungan silaturrahim
AC : Mendapat menambahkan koleksi bahan bacaan di rumah
-Dalam masa yang sama dapat tambahkan pengetahuan
AP :-Ibu bapa harus rajin membawa anak mereka menyertai ekspo dan pameran jualan yang diadakan.

Isi Kelima
AT-membeli buku-buku untuk dibaca oleh anak-anak.
AH-1.setiap bulan ibu bapa hendaklah membeli buku untuk menambahkan ilmu anak-anak dan mengikuti perkembangan semasa.
-.banyakkan bahan-bahan ilmiah yang boleh diperoleh daripada kedai-kedai buku yang berhampiran.
AC-majalah dewan masyarakat, dewan siswa dan sebagainya.
AP-ibu bapa hendaklah membeli bahan bacaan setiap bulan untuk anak-anak mereka bagi memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Penutup:
- Ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menerapkan sikap suka membaca dalam diri anak-anak memandangkan anak-anak inilah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara ini kelak.
-Mereka seharusnya dilengkapkan dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling berharga untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang sangat mencabar ini.
-Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab mendidik anak-anak untuk minat membaca. “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”. Usaha yang berterusan untuk membentuk anak-anak suka membaca perlu dibuat agar faedah membaca dapat diperolehi.

Sumber Rujukan :
Cikgu Zainudin Dirin
Ketua Bidang Bahasa
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment