Sunday, July 24, 2011

Peranan Institusi keluarga ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

Institusi keluarga yang harmoni memberikan sumbangan yang besar dalam mencorakkan kecemerlangan anak-anak.

Berikan pendapat anda.

Pendahuluan
-Definisi keluarga, orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain.
-Terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak.
-Institusi keluarga yang harmoni mampu hasilkan anak-anak yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dan begitu juga sebaliknya.

Isi Pertama
AT : menyediakan keadaan yang kondusif untuk membesar.
AH :- Melalui keluarga yang harmoni, ibu bapa dan anak-anak dapat bergaul dengan mesra penuh kasih sayang.
-Institusi keluarga yang goyah member kesan yang negatif kepada diri anak-anak.
-Institusi keluarga yang harmoni pula beri keselesaan dan amat sesuai bagi anak-anak membesar.
AC :- Kebanyakan pelajar yang cemerlang berasal dari keluarga yang harmoni.
AP :- Jelaslah, keluarga yang harmoni mampu menyediakan keadaan yang kondusif untuk anak-anak membesar menuju kecemerlangan .

Isi Kedua
AT : menjana pembentukan sahsiah unggul.
AH :-Institusi keluarga yang harmoni sentiasa terapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati.
-Anak-anak terdedah dengan nilai murni sejak kecil.
-Anak mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
AC :- Anak-anak yang diajar untuk hormati orang tua akan terdorong untuk terus mengamalkannya.
AP :- Konklusinya, sahsiah yang unggul yang membawa kepada kecemerlangan anak-anak mampu dibentuk melalui keluarga yang harmoni.

Isi ketiga
AT : anak-anak lebih mudah berinteraksi dengan ibu bapa.
AH :-Keluarga yang harmoni bolehkan anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa tanpa halangan.
-Anak-anak dapat berkongsi masalah dengan ibu bapa.
-Menghilangkan dalam diri dan dapat tumpukan pada pelajaran.

AC :-Ibu bapa yang sentiasa berfikiran rasional akan sentiasa mencuba membantu anaknya menyelesaikan masalah.
AP : jelaslah keluarga yang harmoni menyediakan peluang yang lebih besar untuk anak-anak berkomunikasi dengan ibu bapa.
UM : yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Keempat
AT : ibu bapa menjadi teladan yang baik.
AH :-Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan anak-anak.
-Segala perintah dan arahan daripada ibu bapa akan dituruti oleh anak-anak.
-Anak-anak terdorong untuk menteladani ibu bapa sama ada kea rah kebaikan atau keburukan.
AC :-Ibu bapa yang mempunyai tahap kesantunan yang tinggi mendorong anak-anak untuk turut bersopan santun.
AP :-jelaslah keluarga yang harmoni mempunyai model ibu bapa yang amat baik untuk diteladani.

Isi Kelima
AT : anak-anak dapat tenang di rumah.
AH :-Keluarga yang harmoni mempunyai suasana yang amat sesuai untuk belajar.
-Keluarga bebas daripada pergaduhan dan pertengkaran.
-Anak-anak tidak dibebani dengan masalah dalam keluarga.
AC :-Anak-anak yang berasal dari keluarga yang harmoni pada kebiasaannya cemerlang dalam kehidupan.
AP :-konklusinya, keluarga yang harmoni menyediakan suasana yang tenang untuk anak-anak belajar.

Penutup :
-Kesimpulannya, institusi keluarga amat mempengaruhi anak-anak tidak kira dari segi akademik mahupun sahsiah.
-Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan keluarga yang harmoni bagi menjamin kecemerlangan anak-anak.

Sumber rujukan : Cikgu Zainudin Dirin
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment