Sunday, July 24, 2011

Kempen Masyarakat Penyayang ramalan soalan SPM Kertas Satu Bahasa Melayu 2011

“Peranan Institusi Keluarga dalam Menangani Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja”

Pendahuluan
-keluarga merupakan suatu medium yang berpengaruh dalam pembentukan akhlak remaja bermula sedari kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-tujuan menangani gejala sosial dalam kalangan remaja – objektif kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sahsiah dan akademik.

Isi Pertama
AT : memantau kegiatan anak remaja dari semasa ke semasa.
AH : sentiasa prihatin terhadap aktiviti luar anak remaja dan memberikan nasihat.
-menyelidiki tempat kunjungan mereka dan menemani mereka jika perlu.
-jangan mengongkong pergerakan mereka cuma mengawalnya sahaja.
AC :-ibu bapa meluangkan masa yang khusus seperti waktu malam untuk bertanya perkembangan anak seharian.
AP :-hal ini demikian dapat menyelamatkan anak daripada terlibat dalam masalah sosial.
UM :-mencegah lebih baik dari mengubati.

Isi Kedua
AT :-memberikan didikan agama yang mendalam
AH:-agama dapat membentuk keperibadian dan personality modal insan cemerlang.
-anak remaja dapat membezakan buruk dan baik sesuatu perkara mengikut pertimbangan minda berilmu mereka.
-budaya keluarga islam dapat mempengaruhi tindak tanduk anak renaja di luar runah.
AC:-selain mengamalkan cirri keluarga islam di rumah, kesibukan ibu bapa membuatkan mereka memberikan didikan agama melalui khidmat guru bertauliah.
AP:-jelaslah bahawa didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak remaja mereka mampu menangani gejala sosial dalam kalangan remaja yang baru mengenali dunia.
UM:-umur setahun jagung.

Isi Ketiga
AT:-meluangkan masa bersama anak.
AH :-meluangkan masa bersama anak untuk merapatkan ukhwah kekeluargaan yang terjalin.
-mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam keluarga di samping penerapan nilai murni dalam diri setiap ahli keluarga terutamanya anak remaja.
-memberi peluang kepada anak memberikan pendapat mereka dan meluahkan perasaan atau permasalahan yang dihadapi.
AC:-aktiviti riadah atau bercuti bersama anak sewaktu cuti persekolahan di tempat peranginan yang menarik.
AP :-tuntasnya masa yang terhad yang dapat diluangkan bersama anak hendaklah dimanfaatkan dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.
UM :-masa itu emas.

Isi Keempat
AT :-menguruskan keperluan anak sebaiknya.
AH :-menguruskan pemakanan, pakaian dan keperluan akademik anak sebaiknya supaya mereka tidak memberontak akibat tekanan.
-untuk memberi contoh teladan yang baik kepada anak supaya mereka mencontohi usaha gigih ibu bapa untuk merialisasikan keperluan mereka dengan harapan mereka menjadi insan yang berjaya.
-mengelakkan anak berasa terabai kerana keperluan mereka tidak diendahkan.
AC :-ibu bapa berusaha berganding bahu, bersengkang mata, keluar bekerja dengan kudrat empat kerat mereka untuk menyediakan keperluan anak.
AP :-sebagai anak, pasti timbul kesedaran di benak mereka untuk berusaha menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat serta bebas daripada gejala sosial.
UM :-keredaan Allah Terletak Pada Keredaan Ibubapa.

Isi Kelima
AT :-memberikan kasih sayang yang sepatutnya.
AH :-tunjuk kasih sayang melimpah ruah kepada anak supaya mereka berasa diri mereka disayangi.
-dapat mengelakkan anak mencari sumber kasih sayang lain dari luar rumah.
-memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
AC :-ibu bapa menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anak melalui belaian mereka, penghargaan mereka dan kata-kata manis mereka.
AP :-sebagai anak, mereka akan berasa diri mereka disayangi dan tidak perlu mencari kasih di luar yang barangkali boleh menjerumuskan mereka dalam kancah sosial.

Penutup:-
Kesimpulannya, jelaslah bahawa institusi keluarga memanikan peranan penting dalam usaha menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.
-oleh hal demikian, institusi keluarga era moden ini hendaklah memainkan peranan supaya anak remaja terselamat daripada kancah sosial.

Sumber rujukan : Cikgu Zainudin Dirin
http://adf.ly/1okqV

No comments:

Post a Comment